Lagi beberapa tahun akan masuk umur 60-an, wajah Ardini Angeline Tan atau lebih dikenali dengan Lucy tetap maintain awet muda.
Seorang yang fasih berbahasa kebangsaan, kecantikan Angeline Tan pada usia pertengahan 50-an seolah-olah tidak terusik.
Biarpun sudah hampir tiga dekad sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu berlalu, nama Lucy tetap melekat sehingga dia lebih dikenali dengan nama tersebut berbanding nama sebenarnya.
Kekal cantik dan awet muda, tengoklah sendiri koleksi foto terkini Angeline Tan seperti yang dikumpul daripada akaun media sosialnya. Masih jelita!
Kelihatan kekal dengan penampilan bertudung, isteri kepada Sabri Yunus ini tidak kekok malah makin berseri apabila mengenakan tudung. Aktif berkongsi menu istimewa negeri Kelantan, Ardini Angeline Tan ini dipuji orang ramai.
Untuk rekod, persabatan penggalas watak Wan Ismail Golok serta Lucy terus kekal akrab sehingga terbit bunga-bunga cinta dan seterusnya memateri ikatan sebagai suami isteri.
Pelakon wanita ini juga meluahkan rasa syukur apabila suaminya iaitu Sabri Yunus sering memberikan bimbingan mengenai Islam dan membuatkan dirinya semakin dekat dengan agama.
Begitulah jodoh, tiada siapa menyangka hubungan mereka daripada seorang pelakon membawa kepada status suami isteri. Moga terus bahagia dengan cara tersendiri, hendaknya.