Inspirasi

Dulu Rasa Tak Selamat, Sekarang Zila Bakarin Cukup Selesa Dengan Penampilannya

Share

Semakin manis dan cantik dengan penampilannya, pelakon wanita, Zila Bakarin mengakui tidak menyesal membawa imej seksi yang pernah menarik perhatian ramai suatu ketika dahulu.

Zila Bakarin Rasa Bersyukur Ada Peluang Berubah

Dalam masa sama, Zila atau nama asalnya Rosmawati Bakarin, 49, bersyukur masih diberi peluang untuk berubah menjadi muslimah lebih baik terutama dari segi penampilan diri.

“Kalaulah saya tahu nikmatnya begini, saya dah pakai tudung awal-awal dulu tetapi kita tidak boleh menyesal dengan apa yang pernah kita lalui dahulu.

“Mungkin kalau dahulu saya bertudung, sekarang hati saya terdetik ‘kan seronok dapat warna rambut, pakai skirt pendek macam orang itu’.

“Saya pernah lalui zaman itu semua, dah merasa. Jadi, bagi saya syukurlah Tuhan masih beri saya peluang untuk terus baiki diri,” katanya lagi.

Pernah Rasa Tak Selamat

Berkongsi lanjut, Zila mengakui pernah berasa tidak selamat untuk keluar memandangkan pakaiannya yang terdedah.

“Kalau selak dalam almari saya dulu, satu baju pun tiada yang tertutup. Semua terdedah sana sini.

“Sampai satu tahap saya rasa nak keluar pun tak selamat.

“Dulu sebut sahaja Zila Bakarin, orang mesti tahu punya dahsyat dalam berpakaian tetapi sekarang alhamdulillah saya selesa macam ini,” ujarnya lagi.

Selain itu, pelakon filem Syaitan Munafik

itu seronok menjalani kehidupan sekarang yang lebih tertutup.

“Saya tidak sempurna tetapi sekurang-kurangnya saya diberi kesempatan untuk itu.

“Saya gembira dengan kehidupan sekarang,” jelasnya.

Sebelum ini, Zila yang terkenal dengan imej seksi dilaporkan semakin tenang menjalani kehidupan selepas mengambil keputusan mengenakan hijab pada 2020.

Kredit gambar: Zila Bakarin

Published by
Nadia