Inspirasi

Cantik Dan Kemas Rekaan Teh Firdaus, Patutlah Dayang Anisha Pilih Sentuhannya

Share

Semakin menonjol rekaan Teh Firdaus dalam bidang fesyen, jelas kelihatan unik dan cantik busana yang dipakai oleh Dayang Anisha Rosnah Adam dalam Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja baru-baru ini.

Pasti anda mahu kenali lebih dekat personaliti Teh Firdaus dan kenapa Dayang Anisha memilih mengenakan busana yang dihasilkan pereka fesyen ini.

Cantik Dan Kemas Rekaan Teh Firdaus

Penampilan pertama Dayang Anisha pada Majlis Khatam Al-Quran, 3 Januari lalu, yang anggun dengan persalinan kurung moden menggunakan kain songket tenunan Brunei rona putih, benar-benar memukau setiap mata yang memandang.

Begitu juga persalinan semasa Majlis Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja pada 9 Januari, Dayang Anisha tampil memukau apabila mengenakan busana baju kurung pendek yang sarat dengan sulaman renda bertatahkan mutiara serba putih.

Kedua-dua busana berkenaan adalah hasil sentuhan pereka dari Malaysia, Teh Firdaus.

Pasti ramai yang tertanya-tanya, siapakah gerangan di sebalik nama Teh Firdaus ini?

Berikut trivia mengenai dirinya:

1) Merupakan graduan Rekaan Fesyen dari UiTM Seri Iskandar, Perak.

2) Mula membina nama dengan mengambil tempahan busana pengantin (bridal) dan baju yang ditempah khas oleh klien (custom made) dari sebuah studio kecil di Seri Kembangan, Selangor.

3) Jenama Teh Firdaus perlahan-lahan berkembang sehingga menjadi pilihan dalam kalangan selebriti dan kerabat diraja.

4) Firdaus, Pengarah Kreatif bagi jenama Teh Firdaus yang dipetik Harpers Bazaar Malaysia berkata, dia pertama kali bertemu dengan Dayang Anisha pada Jun tahun lalu apabila wanita tersebut memintanya untuk mereka pakaian untuknya.

5) Kagum dengan sentuhannya, Dayang Anisha ‘melamar’ Teh Firdaus untuk mereka busana sempena Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja.

6) Menurut Teh Firdaus, busana Dayang Anisha semasa Majlis Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja mengambil masa selama tiga bulan untuk disiapkan.

7) Signature rekaan Teh Firdaus adalah simple, effortless namun tetap mengekalkan ciri feminin yang elegan dan classy.

8) Antara selebriti yang mendapat sentuhan Teh Firdaus adalah Raysha Rizrose, Mira Filzah, Janna Nick dan Qalisha Ray.

9) Butik Teh Firdaus bukan sahaja menerima klien untuk busana pengantin dan custom made, tetapi turut menghasilkan busana sedia dipakai (ready to wear).

10) Butik Teh Firdaus terletak di Zeva Boulevard Retail Center, Taman Pinggiran Putra, Seri Kembangan, Selangor.

Teruja melihat hasilnya dalam setiap busana yang dihasilkan oleh Teh Firdaus. Hebat dan tumpang bangga dengan pencapaian pereka fesyen muda ini, layak dijadikan inspirasi dan moga terus terbang tinggi dalam bidangnya.

Kredit gambar: Teh Firdaus

IKLAN