Inspirasi

Cantik Dalam Usia 50-an, Umie Aida Aktif Join Majlis Ilmu Agama

Share

Cantik bertudung dengan senyuman yang manis selebriti, Umie Aida atau nama penuhnya Datin Sri Umi Khalsum binti Rahmad Ali sudah mencecah umur 50 tahun. Sungguh awet muda!

Umie Aida Cantik Dalam Usia 50-an

Mungkin ramai di kalangan generasi millenial tidak tahu tentang penglibatan Umie Aida di dalam Pencarian Dewi Remaja 1990/1991. Ketika menghubunginya untuk menjalani sesi temu bual dan penggambaran ini, Umie Aida sendiri seakan terkejut dengan permintaan kami.

Mengimbau kembali kenangan yang sudah 28 tahun berlalu, Umie Aida ternyata masih cukup teruja bila berbicara tentang penglibatannya dalam pertandingan ini. Pada ketika itu, usianya baru mencecah 17 tahun dan mempunyai impian yang cukup besar untuk berjinak-jinak dalam industri dan menjadikan Pencarian Dewi Remaja sebagai sebuah platform.

Banyak Join Majlis  Ilmu Agama

Mengikuti perkembangan terkini Umie Aida di laman Instagram miliknya, dia cukup aktif dengan majlis ilmu agama. Selari dengan usianya, kelihatan Umie Aida semakin elok menjaga penampilan dan auranya sangat luar biasa. Malah boleh dijadikan inspirasi kepada wanita-wanita di luar sana untuk terus menjadi isteri yang solehah dalam pergaulan bersama sahabat terdekat.

Aktif Dalam Lakonan

Buat anda yang nak lihat wajah Umie Aida sekarang, masih boleh ikuti menerusi lakonan di kaca TV kerana tetap aktif berlakon dengan watak yang serasi dengannya.

Sekadar info, Datin Seri Umie Aida terdahulu mempunyai dua orang anak iaitu Mohd Daniel Firdaus dan Mohd Dzulhelmy. Pada penghujung tahun 2020, Daniel Firdaus mendirikan rumah tangga bersama gadis pilihan yang dikenali sebagai Haniz Zahira.

Kredit gambar: Umie Aida

Published by
Nadia