Baru-baru ini tular satu perkongsian selebriti, Lisa Surihani turunkan berat badan supaya senang beribadah.
Menurut pelakon, Datin Lisa Surihani, misi menurunkan berat badan itu dibuat dengan melakukan senaman di gim selain mengamalkan intermittent fasting (IF) sejak sebulan lalu.
Bukan hanya sekadar mendapatkan berat badan ideal, Lisa atau Lisa Surihani Mohamed, 38, memberitahu dia mahu menjaga kesihatan agar mampu melakukan ibadah dengan sempurna. Tidak hanya itu, Lisa mahu kekal sihat agar tidak menyusahkan anak-anak apabila mereka dewasa kelak.
“Saya amalkan bersenam di gim sebanyak empat kali seminggu dan lakukan intermittent fasting sejak sebulan lalu. Niat saya adalah untuk sihat, kuat dan nanti bila sudah berumur tidak menyusahkan anak-anak. Bila ada kekuatan dapat jalankan ibadah dengan baik,” katanya.
Lisa berkongsi perkara itu menerusi video siaran langsung di TikTok miliknya.
Berkongsi misi menurunkan berat badan, Lisa bersyukur apabila rakan-rakan di gim banyak memberi sokongan dan tunjuk ajar kepadanya. Malah dia kagum ada di antara mereka yang tetap mengingatkannya agar tidak lupa berzikir walaupun sedang bersenam.
“Saya bersyukur sebab gim saya pergi ada rakan-rakan wanita yang sangat memberikan sokongan kepada saya. Mereka juga selalu ingatkan saya pada Allah seperti sambil bersenam kita sebenarnya boleh berzikir. Jadi saya sangat kagum dengan perkara itu tapi ia juga bergantung pada jenis senaman,”
jelasnya.Untuk rekod, Lisa mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pengarah Datuk Yusry Abdul Halim, 51, pada 23 Februari 2012. Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Yahaira Leanne, 9, Yusof Leonne, 7 dan Yunos Laith, 3 tahun.