Awet muda dan maintain dengan tubuh badan kecilnya, Noorkhiriah tak kedekut kongsi rahsia kurusnya di media sosial.
Menurut perkongsian Khiriah, dia jaga makan dan usaha untuk kurus demi sebuah watak. Tidak mengambil sebarang produk kurus, Khiriah mendedahkan dia hanya mengamalkan cara semula jadi secara konsisten selama dua minggu.
Hasilnya, Khiriah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 4kg dalam masa dua minggu.
“Assalamualaikum, meh akak nak share 1 tip walaupun dah ramai yang tahu.
“Siapa-siapa nak kurus marilah kurus berjemaah secara sihat.
“Caranya CUT GULA.. makan macam biasa tapi jangan penuh pinggan.
“Ambil 1/2 atau suku nasi je.
“Alhamdulillah akak dari dari 52kg dah turun ke 48kg.”
Khiriah turut berkongsi foto perubahan dirinya sebelum dan selepas kurus.
Menurut Khiriah, bentuk wajah adalah yang paling ketara kesan daripada penurunan berat badan. Wajahnya kini lebih terbentuk dan tirus berbanding sebelum ini.
Khiriah turut berpesan kepada para pengikut dan peminatnya di Instagram supaya kurus secara sihat di samping menjaga pemakanan dan bersenam.
“Kuruslah secara sihat. Jaga pemakanan kita dan rajin-rajinlah bersenam juga.”
Menurut Khiriah, salah satu aktiviti kecergasan yang boleh dilakukan ialah briskwalk selama 40 minit. Khiriah turut berkongsi beberapa menu sihat sepanjang misi mengurangkan berat badan.
Jadi buat anda yang nak badan slim dengan mudah, mungkin boleh ikut cara Khiriah ini. Bukan fokus nak cantik semata tetapi lebih mudah nak beribadat dan selesa nak bergerak.