Anak Kecil Tak Halang Menantu Ustazah Datuk Dr Norhafizah Genggam Ijazah

Share

Bangga dengan kejayaan anak dan menantu pakar motivasi terkenal, Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa baru-baru ini.

Walau sibuk menguruskan rumah tangga dan mempunyai anak kecil, ini tidak menjadi halangan buat Nur Nadratun Naeemah dan suami iaitu Akmal untuk menggenggam ijazah.

Anak Dan Menantu Ustazah Datuk Dr Norhafizah Genggam Ijazah

Lebih bermakna, ini merupakan degree kedua buat Nadratun Naeemah dan Akmal. Kejayaan pasangan suami isteri ini memang patut jadi inspirasi dan ikutan ramai.

Tumpang bangga apabila kedua-duanya dapat sama-sama naik pentas di Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ke-39 baru-baru ini.

Anak Kecil Bukan Halangan Untuk Berjaya

Berkongsi khabar gembira berkenaan di media sosial, Ustazah Datuk Dr Norhafizah melahirkan rasa syukur atas kejayaan anak dan menantu kesayangan apatah lagi menguruskan anak yang masih kecil.

Kredit Instagram @ustazahnorhafizahmusa

“Alhamdulillah. Tahniah anak kami Nadratun Naeemah dan Akmal untuk konvokesyen second degree kalian berdua (Law Syariah). Dua degree dan seorang baby dalam tahun yang sama. Allah mudahkan perjalanan pengajian kalian dalam kekalutan mengurus kehamilan dan kelahiran.

Alhamdulillah alhamdulillah. Semoga terus cemerlang anak-anak semua. Jangan berhenti belajar. InsyaAllah doa kami sentiasa mengiringi kalian.”

Kredit Instagram @ustazahnorhafizahmusa
Kredit Instagram @ustazahnorhafizahmusa

Jadi Inspirasi Ibu Muda

Di samping bergelar pakar motivasi dan pendakwah, Ustazah Datuk Dr Norhafizah juga merupakan pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Penasihat Maahad Tahfiz Integrasi Madinatul Huffaz.

Tanggal 1 Februari 2018, beliau menjadi penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Wilayah Persekutuan daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V. Pengurniaan darjah kebesaran itu membawa gelaran Datuk.

Kredit Instagram @ustazahnorhafizahmusa
Kredit Instagram @ustazahnorhafizahmusa

Melihat situasi ini, Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa juga bukan sahaja menjadi sumber inspirasi kepada kaum wanita bahkan anak-anaknya turut mengagumi kemampuan ibu mereka yang sibuk menguruskan hal rumah tangga dan berkerjaya sebagai penceramah, malah berjaya meraih PhD ketika berusia 43 tahun. Sangat hebat!

IKLAN