Inspirasi

Amyza Aznan Dipuji Awet Muda, Hampir 50an Tapi Macam Anak Dara

Share

Otai dalam lakonan, Amyza Aznan antara artis yang banyak berlakon dan diminati ramai dek kerana setiap watak yang dibawa cukup meninggalkan kesan.

Dia yang masih aktif dan bekerja sebagai anak seni, cukup gigih dalam mencari rezeki untuk keluarga tercinta selepas kesihatan suaminya, Khairil Idzhar Md. Nazir terganggu.

Amyza Aznan Dipuji Awet Muda

Namun ada satu sisi yang membuatkan ramai tertarik dengan dirinya, wajahnya awet muda seolah-olah tidak dimamah usia walau umurnya sudah 47 tahun dan hampir masuk 50an. Malah ada yang memuji dirinya mirip penyanyi wanita, Fauziah Latiff.

Tubuh badannya yang ramping dan kecil molek menaikkan lagi sisi cantiknya sebagai seorang wanita yang pandai pasang badan.

Suka Menari Dan Menyanyi, Cukup Pakej

Dilihat menerusi perkongsian video di laman Instagram miliknya, pelakon cantik yang mula menceburkan diri dalam seni lakonan sejak 1995 ini juga suka menari. Mungkin ada yang masih ingat, Amyza dan suaminya pernah menang naib juara pertandingan realiti amal tarian Sehati Berdansa pada tahun 2009. Memang darah anak seni dan berbakat!

Dengan karakter yang melawak, sesekali dia mencuitkan hati peminat dengan beberapa aksinya yang lucu.

Lakonannya Mantap Dan Menjiwai Watak

30 tahun pembabitan dalam lakonan, ternyata Amyza antara artis yang berbakat yang patut dipuji. Antara drama terawal lakonannya yang begitu popular ialah siri komedi Mat Despatch.

Namun drama yang ketara wataknya melekat di hati penonton adalah Rindu Kasih

, sebagai seorang banduan. Ramai yang meluahkan rasa kagum serta memuji lakonannya yang sangat berkualiti dalam drama ini.

Sekadar rekod, Amyza berkahwin dengan pegawai Petronas Khairil Idzhar Md Nazir dan kekal bahagia dan dikurniakan tiga cahaya mata Andre Mikhail, Andrian Adam, dan Ayden Andika.

Kredit gambar: Amyza Aznan

Published by
Nadia