Penyanyi dan pelakon, Alyssa Dezek bersyukur apabila usaha kerasnya belajar untuk ujian diagnostik subjek perakaunan membuahkan keputusan yang sangat cemerlang.
Alyssa, 16, tidak menyangka dia memperoleh markah penuh untuk ujian sebelum memasuki tingkatan empat. Ditanya mengenai tips, Alyssa berkata dia belajar di rumah selain menyertai tuisyen tambahan di PTTI.
“Memang benar, saya mendapat markah 100 untuk ujian diagnostik sebelum pemilihan ke aliran perakaunan memandangkan saya baru masuk ke tingkatan empat.
“Sebelum ujian itu memang saya pulun, saya tak nak ambil aliran sains sebab agak sukar, maka pilihan saya adalah perakaunan.
“Saya belajar di rumah dan sertai tuisyen PTTI. Syukur dapat 100 (markah) dan saya memang tak jangka. Kawan-kawan pun cakap macam mana boleh dapat markah penuh sedangkan saya selalu tak datang sekolah,” kongsinya.
Tambah pemilik nama Aryanna Alyssa Dezek, jadual kerja yang padat tidak akan menjadi penghalang dalam pelajaran.
Katanya, dia tetap akan ‘mencari masa’ untuk mengulang kaji dengan menonton semula rakaman tuisyen daripada PTTI.
“Kadang-kadang saya lost sebab banyak hari tak datang sekolah kerana sibuk dengan penggambaran. Tetapi kalau di rumah jika ada masa lapang, saya akan belajar semula dan dalam masa saya menyertai tuisyen PTTI.
Kalau tak sempat sertai sesi live tuisyen, saya akan tengok balik sesi rakaman,” ceritanya.
Alyssa berkata demikian ketika ditemui di Majlis Anugerah Inspirasi PTTI 2024 yang diadakan di Hotel Le Meridien Putrajaya.
@alyssadezekofficial Raya mesti nak cantik kan? Guna je Mugwort Clay Stick ni guys! #skintificmy @skintific.my ♬ original sound – Alyssa
Berkongsi tentang kecantikan pula, gadis ini suka menggunakan Mugwort Clay Skin
untuk hilangkan masalah jerawat halus dan kecilkan liang pori.Pakai dalam10-15 minit sahaja dalam 2 hingga 3 kali seminggu. Senang nak pakai pun, sapu sahaja. Sesuai untuk anda yang ada masalah kulit jerawat, blackhead dan whitehead.
Hasilnya memang kulit akan jadi lebih cerah dan cantik. Hah, apa lagi? Jom lah cuba petua cantik ini pula!