Permaisuri Agong

Mengaku jarang bersolek tetapi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah atau lebih mesra dengan sapaan Che Minah Sayang ini sentiasa kelihatan cantik dengan penampilan tudungnya yang dilipat molek menutup pipi gebunya.

Namun apa yang lebih menjadi perhatian dan tanda tanya adalah bagaimana Tuanku Permaisuri menjaga kemulusan dan kebersihan kulit wajahnya yang sentiasa kelihatan halus, putih kemerahan dan sihat meskipun tanpa mengenakan sebarang solekan pada wajah.

Tunku Azizah Jarang Bersolek, Cuma Amal Dua Rutin Kecantikan

Tunku Azizah Jarang Bersolek, Cuma Amal Dua Rutin Kecantikan

Menurut baginda Permaisuri, dia tidak rajin mencuci wajahnya kerana dia seorang yang jarang mengenakan solekan pada wajah, memandangkan YDPA kurang gemar melihat wajah permaisuri disolek tebal.

“Sayalah yang paling malas sekali cuci muka ke apa, saya cuma letak sabun-sabun dan pakai cream biasa sahaja. Saya jarang pakai make-up. Tuanku Agong tak suka saya pakai make-up.

“Dan saya juga tidak biasa pakai make-up kerana mungkin la saya punya ayah garang kan. Ni nak pergi mana ni muka macam topeng. Bukan topeng, wayang pekji (Chinese Opera),” titah Permaisuri.

Hanya Lakukan Dua Rutin Ini, Untuk Kekalkan Kecantikan Kulit Wajah

Tunku Azizah Jarang Bersolek, Cuma Amal Dua Rutin Kecantikan

IKLAN

Permaisuri berkata, dia tidak mempunyai rawatan wajah yang khusus untuk memastikan kulit kekal cantik. Namun, hanya mengamalkan rutin kecantikan yang amat mudah dengan menggunakan dua bahan sahaja.

Jelas Permaisuri, dia mula cakna berkenaan kepentingan menjaga kulit wajah adalah sewaktu dirinya menziarahi nenek saudara yang meinggal dunia dan seakan terpana dengan kemulusan dan kecantikan kulit wajah arwah yang langsung tidak dimamah usia atau mempunyai sebarang garis halus mahupun kedutan pada wajah.

“Tapi I do pakai cream, serum atau apa. Kerana bila melihat tok sedara saya umur 94 tahun ketika dia meninggal. Muka tiada fine line atau apa, jadi saya mengendap (cari tahu apa yang diamalkan). Oh dia pakai cream ni, cari terus beli,” ujar baginda Permaisuri lagi.

Selain itu:  Umur 46 Nampak Sebaya Macam 20an, Rupanya Wanita Ini Emak Kepada 2 Anak Kembar

Tunku Azizah Jarang Bersolek, Cuma Amal Dua Rutin Kecantikan

IKLAN

Sekadar info, golongan kenamaan sering dikaitkan dengan penggunaan barangan berjenama mewah. Terutamanya, apabila melibatkan produk penjagaan kulit.

Bagaimanapun, Permaisuri Agong kesayangan rakyat Malaysia pernah mengejutkan orang ramai apabila mendedahkan bahawa produk penjagaan kulit yang digunapakai olehnya bukanlah produk berjenama mahal.

Tunku Azizah Jarang Bersolek, Cuma Amal Dua Rutin Kecantikan

IKLAN

Tuanku Azizah mengakui dia hanya menggunakan krim Nivea sebagai perawatan kulit wajah iaitu salah satu jenama yang sering digunakan rakyat marhaen di negara ini.

Terdahulu, pada Ogos 2019 menerusi hantaran di laman Twitter rasmi miliknya, baginda ada memuatnaik hantaran gambar memaparkan hadiah set percuma pemberian syarikat penjagaan kulit dari Jerman itu berserta kapsyen “Thank You To Nivea”.

Haa… jadi kalau anda nak kulit yang bersih tanpa masalah jeragat dan jerawat, tak perlu pun guna produk yang mahal. Boleh cuba guna set penjagaan murah sahaja tetapi pastikan tepat dengan jenis kulit anda.

Sumber: Instagram @love.tunkuazizah & Twitter @cheminahsayang

 

 

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI