Putih lambang kesucian. Warna putih juga membawa erti tersendiri kerana kita yang bakal mencorakkan ia menjadi kanvas berwarna.

Bagi pasangan pengantin baru ini bersepakat memilih putih sebagai warna untuk menggayakan busana di majlis pernikahan.

Walaupun dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun tidak membatasakan pasangan Mas Aliza dan Faruq Azran untuk mendirikan rumah tangga.

Selepas dua kali ditunda kerana PKP, majlis pernikahan anak perempuan sulung Mas Anizan berlangsung jam 12 tengah hari Jumaat lalu di Pejabat Agama Shah Alam.

Dengan sekali lafaz, Mas Aliza Ali yang anggun dengan persalinan Man Kajang, sah bergelar isteri kepada juruterbang bernama Faruq Azran.

Sebagai Lambang Kesucian. Mas Aliza Anggun Gayakan Busana Warna Putih Di Majlis Pernikahan!

Kata pelakon era 1990-an itu, perancangan majlis dibuat sekitar seminggu lalu.

“Selepas majlis akad nikah dibenarkan untuk dilaksanakan di negeri Selangor sejak 1 Julai lalu, saya mula memikirkan cara untuk mempercepatkan majlis ini.

IKLAN

“Tapi memang akur, kehadiran di pusat agama itu hanya membabitkan tiga orang saja iaitu pengantin lelaki dan wanita serta anak kedua saya, Mohd Masli Daniel Ali sebagai wali.  Saya hanya menunggu di dalam kereta saja kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat ditetapkan.

“Ikutkan majlis tunang dan nikah buat kali pertama dirancang pada 21 Mac lalu. Kemudian kedua majlis itu dianjak pula ke 12 Jun. Tapi akhirnya hanya majlis nikah saja diadakan hari ini. Kita utamakan akad nikah dulu, majlis resepsi menyusul kemudian apabila segala galanya reda selain dibenarkan penganjuran acara kahwin,” katanya.

Sebagai Lambang Kesucian. Mas Aliza Anggun Gayakan Busana Warna Putih Di Majlis Pernikahan!

Kata pelakon drama Sara Sajeeda itu, hanya cincin dan gelang tangan menjadi tanda termeterai majlis pernikahan.

“Selepas majlis pernikahan,  pasangan pengantin balik ke rumah mereka untuk mengabadikan gambar kenangan.

IKLAN
Selain itu:  Walaupun Gout Jarang Serang Wanita, Kena Ambil Tahu Punca & Pantang Larang Elak Penyakit Ini

“Tak apalah janji mereka sudah sah ikatan. Dengan keadaan semasa segala serbi ada kekangan memang tak dapat buat apa apa,” katanya.

Sebagai Lambang Kesucian. Mas Aliza Anggun Gayakan Busana Warna Putih Di Majlis Pernikahan!

Ditanya mengenai perasaannya melepaskan anak sulungnya yang mesra disapa Baby membina keluarga sendiri, pelakon kelahiran Teluk Intan, Perak itu mengakui perasaannya bercampur baur.

“Sedih ada, bahagia dan gembira pun bertandang. Sedih kerana saya sudah sah menyerahkan tanggungjawab sebagai ibu kepada menantu. Lepas ini saya yakin Faruq pula dapat menjaga Baby dengan baik.

IKLAN

“Paling menyeronokkan kerana bertambah ahli keluarga baru. Insya-Allah selepas setahun tiga bulan mereka kenal, saya yakin Faruq akan membahagiakan Baby,” katanya.

Selain Mas Aliza dan Mohd Masli Daniel Ali, pelakon itu turut dikurniakan anak bernama Ariana Marissa.

Sebagai Lambang Kesucian. Mas Aliza Anggun Gayakan Busana Warna Putih Di Majlis Pernikahan!

Artikel Berkaitan:

‘Look So Beautiful….” – Persalinan Serba Putih Serikan Penampilan Neelofa Di Majlis Nikah

‘So Pretty’ – Dipuji Netizen, Ini Rupanya Rahsia Ernie Zakri Bergelar Pengantin Paling Cantik Di Majlis Nikah!

Sejak Berhijab Penampilan Sering Dipuji Netizan, Ini Rupanya Rahsia Cantik Kilafairy

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI