Nak jadi cantik tak semestinya perlukan produk mahal atau guna jenama terkenal.

Sebaliknya menggunakan bahan dapur juga boleh tampil lebih menawan dan paling penting menjimatkan serta selamat.

Seperti perkongsian wanita ini Aya Zuki yang hanya gunakan bahan dapur untuk membuat skrub berasaskan beras dan barli saja.

Menurutnya dia lakukan skrub ini hari-hari dan hasilnya kulit terasa licin dan flawless.

Skrub Guna Barli & Beras

Bahan-bahan:
Segenggam beras – basuh dulu
Garam
Barli

Cara Membuatnya:

Step A:

IKLAN

1. Basuh beras dulu lepas tu toskan air dan goreng tanpa minyak sampai beras kering.
2. Sudah kering masuk dalam blend kering.
3. Blend beras bersama garam sampai halus.
4. Garam untuk matikan kuman.

Step B:
1. Blend barli sampai halus macam beras.

IKLAN

Step C:
1. Lepas sudah blend beras, garam, barli dan campurnkan semuanya sekali sampai sekata.
2. Sudah siap boleh pakai dekat kulit muka dan badan. Skrub perlahan-lahan dan jangan terlalu  kasar
3. Untuk org yg ada jerawat teruk jangan skrub kawasan jerawat. Nanti lagi teruk jerawat. Just tempek je skrub ini di kawasan jerawat.
4. Untuk kulit yang tak ada jerawat boleh gosok perlahan-lahan.
5. Jika mahu biarkan lama mana pon boleh, nak pakai sampai pagi esok pun tak ada masalah.
6. Lepas sudah cuci rasailah kulit rasa bersih dan licin sangat! Kemudian kelihatan cerah dan berseri-seri.

Sebenarnya barli itu sendiri mempunyai banyak khasiat. Malah penggunaannya bagus untuk kulit jadi lebihbcerah, anjal dan awet muda. Antara kelebihan lain barli adalah:

– Kulit jadi lembut sangat
– Blackhead dan whitehead hilangg dari radar
– Kulit licin nak mekap pon rasa smooth saja
– Cerahkan kulit
– Buang sel-sel kulit mati, berseri-seri muka lepas skrub
– Elak jerawat

IKLAN

#tipsayazuki
#tipskulitlicin
#tipskulitflawlessk

Artikel Berkaitan:

Pernah ‘Down’ Sebab Berjerawat, Wanita Ini Kongsi Rahsia Wajah Kembali Jadi ‘Flawless’!

Nampak ‘Bersih’ Tapi Roti Dah Berkulat, Jangan Makan Elak Keracunan Makanan

Berjaya Hilangkan 21 Kg Dalam Masa 3 Bulan, Gadis Ini Kongsi 20 Menu Ringkas Diet Suku-Suku Separuh