Kulit Dah Memang Cantik Di Usia 53 Tahun. Jurusolek Dedah Maria Farida Tak Suka Pakai Foundation! Seperti tidak percaya walaupun usianya sudah mencecah 53 tahun, tetapi raut wajah seperti wanita berusia awal 30an dan kelihatan tidak dimamah usia.

Malah setiap kali muncul membawakan apa jua watak di kaca televisyen, pasti terlihat penampilan Maria Farida yang sentiasa muda.

Rupanya dalam satu perkongsian video, seorang jurusolek mendedahkan pengalamannya ketika menata rias wajah pelakon ini.

Kulit Dah Memang Cantik Di Usia 53 Tahun

Artikel Lain: Berat Turun Mendadak Lepas Buat Bariatrik. Penampilan Terbaru Alyah Makin Cantik & Langsing!

Menurutnya dia pernah make-up Maria Farida di rumahnya dua tahun lepas.

“Saya pernah make-up Datin Maria Farida di rumahnya dua tahun lepas. Kulit dia memang cantik, tak ada satu pun garisan tua. Cekang orang kata. Dan kulit dia tak perlu pakai foundation.

IKLAN

“Bila pakai foundation nampak sikit kering even guna liquid. Jadi Datin Maria memang tak suka pakai foundation pun.

“Tapi body, kulit semua macam anak dara. Memang segak lah orang kata, kalah kita yang muda,” tulis jurusolek berkenaan.

Sebelum itu, ada juga yang bertanya pada Maria Farida jika ada memakai bengkung memandangkan pinggangnya yang langsing dan ramping.

Jurusolek Dedah Maria Farida Tak Suka Pakai Foundation

IKLAN

Artikel Lain: ‘Nak Sihat Kenalah Strict Jaga Makan Minum’. Rahsia Penyanyi Azie Kekal Cantik & Awet Muda Diusia 45 Tahun!

Menjawab pertanyaan itu, Maria memberitahu dia tidak perlukannya kerana ukuran pinggang berukuran 24 inci.

Selain itu:  Tak Perlu Pergi Gym, Ini Cara Senaman Mudah Boleh Buat Tanpa Guna Peralatan

Sebelum itu, dalam video dimuat naik Datuk Vida, ramai netizen yang memuji kecantikan serta penampilan Maria Farida.

IKLAN

 

@onlyyou_gold Replying to @moccha…lusu #onlyyougold#masukberandafyp #pageforyou #fypシ゚viral ♬ original sound – Only you_gold

Tidak kurang ada juga yang membandingkan diri Maria Farida yang lebih berusia daripada Vida tetapi kelihatan lebih muda.

Menurut netizen Maria Farida tua lima tahun daripadanya tetapi nampak macam kakak adik versi awet muda.

aliff_rezekiTak faham aku.. knpa maria faridah muda je.. langsung tak tua2… dia punye cantik bdk remaja pun kalah
miss_lyza Cantiknyee sis maria dari dlu sampi skrgg x brubah cantikk sngatt muda jre
tiafatia cantiknya kak maria…Very natural..
miszhoneys Cntiknya maria Farida..kenapele cntik sgt..Ak dri kecik da tgk dia berlakon,cengitu je muka dia..cntikkkk

Artikel Lain:bKekal Jelita Di Usia 53 Tahun, Maria Farida Beruntung Dikurnia Wajah ‘Baby Face’. Kongsi Tip Awet Muda!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI