Nak kecutkan jerawat dan licinkan kulit tanpa menggunakan produk dan krim muka, anda boleh guna bahan alami sahaja.

Kalau ikutkan sudah ramai yang menggunakan petua wajah ini tetapi kali ini Puan Aisyah Badar Bajrai kata, tips ini dikongsikan oleh seorang MUA untuk hilangkan cela di wajah dengan mudah sebelum sapu mekap.

Jom semak perkongsian Wanita ini tentang rahsia jadikan kulit bebas cela.

Kecutkan Jerawat Dan Licinkan Kulit, Bangun Pagi Gosok Tomato Beku

Kecutkan Jerawat Dan Licinkan Kulit, Bangun Pagi Gosok Tomato Beku

Ini salah satu petua kecemasan Aisyah apabila muka tetiba naik jerawat. Petua ni bukan setakat simple, tapi memang berkesan sangat.

Aisyah tahu ramai dah tahu petua ni. Tapi tak apa, mungkin ada yang tak tahu lagi. Boleh la cuba nanti.

Petua ni Aisyah dapat daripada sorang MUA, MUA ni cerita dulu dia ada makeup kan model yang ada jerawat pasir. Lepas dia nasihatkan model itu pakai tomato ice kat muka, kulit model tu licin sangat.

IKLAN

Tomato ais ni bukan setakat boleh kecutkan jerawat dengan licinkan kulit, tapi kalau ada parut jerawat pun boleh hilang tau. Kalau konsisten pakai, pori-pori muka pun boleh makin kecil.

Kecutkan Jerawat Dan Licinkan Kulit, Bangun Pagi Gosok Tomato Beku

Ok jom tengok cara buat tomato beku ni;

  1. Masukkan sebijik tomato dalam freezer 3-4 jam. Pastu potong dua.
  2. Ambil sebelah tomato yang dipotong tu pastu basuh sikit dengan air. Pastu baru golek golek tomato tu pada muka sampai tomato tu hancur.
  3. Biarkan dia kering 15-20 minit. Pastu baru basuh.

Cara Amalkan Tomato Beku

Sehari boleh buat 2 kali. Cuba konsisten buat seminggu insyaAllah nampak beza nanti.

IKLAN

Ini Khasiat Tomato Ais

Kecilkan pori -pori muka.

Kurangkan minyak pada muka.

Selain itu:  Rajin Buat Rawatan 'Ice Facial' Segarkan Kulit Muka, Rahsia Wajah Comel & Awet Muda Mira Filzah

Kurangkan sembab muka.

IKLAN

Melancarkan darah muka, nanti muka pinkish.

Hilangkan blackhead.

Sekatakan warna kulit.

Kurangkan jerawat.

Okay, bagi anda yang tak berapa rajin nak tepek banyak produk muka, anda boleh konsisten sapu tomato beku ini ya.

Selamat bercantik-cantik!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI