Setiap kali mendapat undangan majlis open house pasti kita akan mengenakan solekan yang agak mampan dari biasa.

Maklumlah sudah dua tahun tidak ada majlis sebegini, jadi inilah masalah untuk tampil cantik dan menarik di mata orang.

Namun, adakah mereka membersihkan muka dengan betul setelah menggunakan solekan yang tebal?

Dan tahukah anda jika tidak membersihkan eyeliner dan mascara dengan betul, kuman yang terperangkap di mata boleh menyebabkan mudarat kepada anda juga.

Ini Cara Betul & Bersih Cuci Mekap Bahagian Mata, Elak Jangkitan Kuman

Artikel Lain: Rupanya Selain Bantu Turunkan Berat Badan, Lobak Putih Juga Cantikkan Kulit

IKLAN

Seorang pengguna TikTok @zahragirlytalk telah berkongsi video berkenaan cara cuci mata dengan betul untuk mengelakkan jangkitan kuman yang boleh merebak di mata.

Walaupun dah cuci mata menggunakan micellar water, semestinya ada sahaja lebihan eyeliner, mascara mahupun eyeshadow yang akan terperangkanp di bahagian mata sungguhpun mata nampak sudah bersih.

Cara untuk mencuci mata ini mudah sahaja. Anda boleh membeli eye wash di farmasi berdekatan anda.

Dalam kotak eye wash itu, akan ada squeeze cup untuk membersihkan mata. Masukkan air itu ke dalam squueze cup. Kemudian, semasa ingin membersihkan mata, anda kena pastikan yang mata anda terbuka.

IKLAN

Ini Cara Betul & Bersih Cuci Mekap Bahagian Mata, Elak Jangkitan Kuman

Artikel Lain: Pakai Bedak Sejuk & Minum Jus Kunyit. Cara Tradisional Asmidar Jaga Kecantikan Luar & Dalam!

Seterusnya, picit squeeze cup tersebut dan berkelip-kelipkan mata supaya air masuk ke dalam mata.

IKLAN

Selepas merendam mata dengan eye wash itu, anda akan merasa sensai dingin dan segar pada mata anda. Mengantuk pun boleh hilang!

Selamat mencuba dan kongsikan rahsia pembersihan mata ini kepada orang yang anda sayang sebelum mata mereka rosak!

 

@zahragirlytalk Ayok tak berani mata tak bersih nanti masuk kuman 😭 #beautyhacks #beautytips #rohtoeyewashcleansrefresheseyes ♬ dudul – pinkbrain

Artikel Lain: Pengambilan Gula Pasir Berlebihan Bukan Je Rosakkan Gigi, Tapi Juga Beri Kesan Pada Hati

Selain itu:  Rahsia Pudarkan Jeragat Tanpa Perlu Habiskan Duit, Tepek Masker Kentang Je!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI