
Tak selesa nak pakai lipstik kalau bibir kering sampai menggelupas, jadi anda kena ambil peduli untuk merawat masalah tersebut dengan menggunakan produk atau petua lama.
Namun kadang kalau guna produk tertentu juga boleh memudaratkan lagi dan tidak sesuai dengan bibir kita. Hah, kalau nak bibir merah semulajadi, tak perlu guna produk mahal pun sebenarnya. Cukup hanya guna beetroot dan vaseline pun dah cukup.
Hilangkan Masalah Bibir Kering Guna Lip Balm Homemade, Berkesan!
Kalau ada mengalami bibir mengelupas, kering dan gelal, boleh cuba tip ini. Hanya guna lip balm dari beetroot.
Lagipun, semua orang tahu manfaat beetroot ini sangat bagus untuk kulit, berikan merah bibir semulajadi dan cerahkan kulit.
Bahan-bahan:
1. Hiris beetroot dan tumbuk atau parut.
2. Tapis airnya.
3. Kemudian, campurkan 2 sudu vasaline.
4. Kacau rata.
5. Bila dah sebati, letakkan dalam bekas yang senang nak dibawa ke mana-mana.
6. Guna 3 kali sehari, nanti boleh lihat hasil nya, bibir tak kering dan semakin cerah.
Sumber: teamon (tiktok)
Kebaikan Senaman Naik Tangga, Bantu Bakar Lebih Banyak Kalori & Cegas Risiko Osteoporosis

Walaupun hanya duduk di rumah, anda sebenarnya masih boleh melakukan señaman kardio yang mudah seperti menaiki tangga.
Oleh itu, jika anda tinggal di rumah atau bekerja di pejabat yang mempunyai lift, elakkan menggunakannya dan gunakan tangga sebagai alternatif.
Amalan menaiki tangga ini sebenarnya mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan anda. Ini antara manfaat yang diperoleh jika anda melakukannya setiap hari dan secara konsisten.
Kebaikan Senaman Menaiki Tangga
1. Mengurangkan Risiko Angin Ahmar
Menerusi kajian bertajuk Promoting Stair Climbing as an Exercise Routine among Healthy Older Adults yang diterbitkan MDPI 2019 menyebut, rutin menaiki tangga secara konsisten (sekitar 20 hingga 34 anak tangga seminggu) dapat menurunkan risiko serangan angin ahmar, selain meningkatkan denyutan jantung dan menurunkan kesan fisiologi kepada warga emas.
2. Bakar Lebih Banyak Kalori
Menurut jurnal diterbitkan BMC Public Health pada 2012, menaiki tangga dapat membantu membakar lebih banyak kalori dalam kiraan seminit daripada berjoging atau melakukan aktiviti mendayung.
3. Boleh Menguatkan Otot
Jurnal bertajuk The effect of step climbing exercise on balance and step length in chronic stroke patients (2015) pula menyatakan, menaiki tangga dapat menguatkan otot kaki kerana ia melibatkan gerakan secara vertikal dan horizontal selain menjaga keseimbangan badan.
4. Meningkatkan Fungsi Paru-Paru
Aktiviti naik tangga juga dapat membantu meningkatkan fungsi paru-paru seseorang, malah ia juga baik buat mereka yang menghidap masalah paru-paru.
5. Menurunkan Kadar Kematian
Kajian berjudul Stair-Climbing Capacity as a Marker of Improvement Following Pulmonary Rehabilitation yang diterbitkan oleh Preventive Medicine Reports (2019) menyatakan memanjat tangga secara konsisten berpotensi membantu mengurangkan risiko pelbagai penyakit yang boleh mendatangkan maut seperti diabetes, jantung dan kanser.
6. Meningkatkan Kesihatan Mental
Tidak hanya bermanfaat untuk kesihatan fizikal, menaiki tangga juga membantu meningkatkan kerja kognitif berbanding sesi senaman berat.
Ia sekaligus dapat menjaga fungsi mental agar sentiasa lebih fokus dan terhindar daripada sebarang penyakit berkaitan mental seperti kemurungan dan kebimbangan melampau.
7. Mencegah Risiko Osteoporosis
Osteoporosis adalah masalah kesihatan global berkaitan dengan tulang. Amalan menaiki tangga dan berjalan kaki mampu membantu mencegah tulang mereput.
8. Meningkatkan Sensitiviti Insulin
Bagi penderita penyakit diabetes, amalan menaiki tangga dalam tempoh pendek dapat menurunkan kadar gula dalam darah sekaligus meningkatkan sensitiviti insulin dalam badan.
Artikel Berkaitan:
Kekal Cergas 7 Hari Seminggu, Ini Senaman Boleh Diamalkan Walaupun Hanya Duduk Rumah Musim PKP Ini
Badan Sebu Disebabkan ‘Gemuk Air’. Jurulatih Kecergasan Ini Kongsi 8 Cara Mudah Elakkannya!

Memenuhi undangan rumah terbuka raya nanti pastinya akan menyebabkan berat badan bertambah atau jadi sebu.
Apabila badan sebu akan menyebabkan baju jadi sempit, kain rasa kesat dan muka juga makin membulat.
Selain bertambah makanan diambil antara punca lain adalah disebabkan water retention atau gemuk air.
Demikian menurut perkongsian Jurulatih Kecergasan, Mohd Shahfazreen yang turut memberitahu caranya untuk kurangkan dan elak gemuk air ini.
Artikel Lain: Doktor Kongsi Tip Mereka Yang Positif Covid-19, Tapi Nak Sambut Raya. Boleh Tapi Ada Syaratnya…!
Cara Untuk Kurangkan & Elak Gemuk Air:
1. Minum lebih air kosong untuk flush air dalam tubuh. Jika kurang air, tubuh akan pegang lebih air dalam badan. Jadi kena bagi cukup minum.
2. Kurangkan karbohidrat yang tak perlu. Setiap 1g karbo pegang 3-4 gram air. Tak semestinya tak makan langsung, kawal pun okay dah.
3. Dapatkan tidur yang cukup. Kadang hari raya setiap malam tidur lewat. Tubuh jadi stress dan akan memegang lebih air dalam badan.
4. Kurangkan garam. Ia ibarat pasir pantai yang menyerap air & tambah berat dalam badan.
5. Elak terus garam mungkin susah. Kurangkan process food, kuah yang banjir dan hadkan diri makan kerepek-kerepek yang masin.
6. Cari dan makan sumber serat seperti sayur pada kuah lodeh dan buah-buahan. Mudah nak melawas dan perut lebih kempis.
7. Berpeluh akan singkirkan air dari badan. Tak semestinya bersenam. Bermain dengan anak buah dan jalan kaki pusing kampung pun okay.
8. Buat senaman ringan. Bawa kasut sukan dan tali skipping balik kampung. Boleh jogging keliling rumah atau skipping depan halaman.
Artikel Lain: Walau Hidap Arthritis, Semangat Untuk Kurus. Wanita Ini Pilih Diet Sihat Ikut Saranan Coach Terlatih!
*****
Lemak badan tak bertambah dalam masa yang singkat. Berat air yang akan naik dengan cepat.
Kawal pengambilan biskut raya, air manis, kuah banyak dan makanan yang berproses.
Cukupkan minum air kosong. Jaga waktu tidur. Ambil serat bantu melawas. Berpeluh untuk singkirkan air yang tak perlu dalam badan.
Sepanjang berhari raya, dapat kekalkan perut supaya kempis. Baju raya pun elok muat. Muka pun tak makin bulat.
Begitulah.
Mohd Shahfazreen.
Artikel Lain: Setahun Buat Diet Intermittent Fasting, Wanita Ini Akhirnya Miliki Berat Idaman!
Rajin Workout Lepas Bersalin. Rahsia Ratu Tenis Maria Sharapova Kembali Langsing Lepas Lahirkan Anak!

Rajin Workout Lepas Bersalin. Rahsia Ratu Tenis Maria Sharapova Cepat Langsing Lepas Lahirkan Anak! Ketika berada di zaman kegemilangannya, bintang tenis dunia ini sangat dikenali dan popular seantero dunia.
Kelincahannya menghayun raket menentang lawannya begitu digeruni. Kejayaan demi kejayaan diperoleh sepanjang karier bergelar bintang tenis handalan dunia sebelum mengumumkan persaraan sekitar Februari tahun 2020.
Siapa tidak mengenali Maria Sharapova, nama yang sentiasa meniti dibibir peminat sukan nombor satu ini. Bukan saja lincah di padang, Maria juga mempunyai seraut wajah cantik dengan ketinggian badan bak supermodel.
Rajin Workout Lepas Bersalin
Artikel Lain: Abah Ajar Guna Masker Beras. Rahsia Ziana Zain Kekal Cantik Walau Usia Dah 54 Tahun!
Justeru tidak hairanlah, ramai peminatnya teruja apabila Maria baru-baru ini mengumumkan bergelar ibu setelah melahirkan anak pertamanya, Theodore Julai lalu.
Pun begitu gelaran ibu tidak menjadi alasan buat Maria untuk mengabaikan penampilan sebagai seorang public figure.
Setelah empat bulan melahirkan, penampilan wanita ini tetap berada dalam kelas tersendiri dan tubuhnya juga kekal langsing walaupun setelah melahirkan.
Selain menjaga pemakanan, Maria juga rajin mengamalkan workout untuk memastikan dirinya kekal fit selepas melahirkan anak.
Rahsia Ratu Tenis Maria Sharapova
Dalam perkongsian di laman Instagram berjumlah 4.4 juta follower ini, Maria dilihat sedang melakukan workout selepas empat minggu melahirkan.
Menurutnya ketika itu baru dua minggu menggerakkan dan dia tidak pernah membayangkan badannya lemah seperti sebelumnya.
Namun Maria tetap cuba melakukan workout bagi memastikan dia mendapat energi secukupnya.
Tidak sia-sia melakukan workout, penampilan Maria tetap menawan dan semakin anggun dengan fizikal tinggi lampai persis supermodel.
Artikel Lain: Cantik Macam Aktress Bollywood, Ini Bahan Semulajadi Yang Diamalkan Dalam Rutin Kecantikan Mereka!
Cepat Langsing Lepas Lahirkan Anak
Terdahulu, bekas pemain No. 1 dunia itu mengumumkan persaraannya pada Februari 2020 dan ketika itu dia sempat mengajukan persoalan mengenai apa yang akan dilalui setelah meninggalkan satu-satunya kehidupan yang dijalani selama ini iaitu bermain tenis.
“Bagaimana rasanya meninggalkan gelanggang yang menjadi tempat latihan anda sejak kecil.
“Ia permainan yang anda gemari, sukan yang membuatkan air mata anda mengalir, sama ada kerana suka atau duka,” katanya dalam satu temubual.
Artikel Lain: Tak Kisah Makan 2 Sudu Nasi. Rahsia Azah Aziz Kekal Langsing & Awet Muda Cecah Usia 50 Tahun!