Hilangkan Kulit Kusam

Nak hilangkan kulit kusam, anda kena pakai skincare yang lengkap seperti pencuci, masker, pelembap, serum dan sunscreen.

Namun, kalau nak jimat poket anda boleh cuba tips cantik ini yang hanya menggunakan gabungan kunyit, madu dan yogurt.

Hilangkan Kulit Kusam. Sapu Je Kunyit, Yogurt Dan Madu

Dijadikan seperti masker, bahan ini bagus untuk mengatasi masalah kulit yang kusam, berjerawat dan memberikan kesan flawless pada kulit muka.

Hilangkan Kulit Kusam. Sapu Je Kunyit, Yogurt Dan Madu

 

IKLAN

Bahan-bahan:

1 1/2 sudu serbuk kunyit
1 sudu madu
1 sudu yogurt (perisa asli)

1. Campurkan semua bahan kat atas ni dan gaul hingga sebati (pekat dan tidak menitik)

2. Sebelum sapu masker, bersihkan muka terlebih dahulu dengan pencuci muka dan bilas dengan air suam supaya liang pori terbuka, bagi memudahkan nutrien lebih menyerap ke dalam lapisan muka.

IKLAN

3. Sapukan masker tadi di muka secara menyeluruh.

4. Biarkan 30 minit masker meresap.

IKLAN

5. Bilas muka dengan air sejuk dan cuci dengan pencuci muka.

 

Anda boleh amalkan 2 kali seminggu masker ini untuk dapatkan hasil muka lebih berseri, flawless dan mengatasi masalah kulit berjerawat.

Nota: Muka tak jadi kuning lepas bilas dengan air secukupnya.

Selain itu:  "Bertambah Cantik Nelly Sekarang..." Penampilan Terbaru Nelydia Senrose Dapat Pujian Ramai
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI