Ustazah Asma

Ada yang guna ais ketul di muka, dan ada yang buat rawatan di spa untuk cantikkan kulit. Dah memang fitrah manusia, lagi-lagi wanita.

Mesti nak cantik kan? Jadi, tak ada istilah membazir dalam menjaga kesihatan kulit wajah ni.

Beberapa hari lepas, Rapi ada ternampak video Ustazah Asma Harun yang menerangkan tentang penjagaan kecantikan kulit wanita bukanlah satu pembaziran.

Menerusi video tersebut, Ustazah Asma Harun berkongsi kepada orang ramai bahawa beliau juga membuat rawatan laser di bahagian muka untuk menghilangkan sel kulit mati.

Bukan itu saja, beliau juga berkata bahawa beliau sememangnya membuat rawatan facial di spa untuk kesihatan kulit wajah.

Kita wanita tak dikira membazir bila jaga diri pergi buat rawatan. Kalau orang tanya Ustazah, “Ustazah buat tak facial?”

Ustazah jawab, “Saya buat, rawatan juga saya buat. Tapi rawatan yang bukan ekstrem. Rawatan yang biasa, facial.”

Disoal pula tentang ambil laser, “Ustazah ada ambil juga ke rawatan laser?”

“Ada, pernah juga buat. Bila laser tu sebenarnya dia buang sel kulit mati.”

IKLAN

 

“Guna Ais Ketul Di Muka, Rawatan Pun Saya Buat.” Ini Cara Ustazah Asma Jaga Kulit

Ustazah Asma Harun ada mendedahkan bahawa adik beradiknya memang dididik untuk menjaga kulit badan termasuklah kulit muka kerana ianya anugerah yang dikurniakan kepada Allah.

“Saya sebenarnya diajar untuk menjaga, kami adik beradik ni diajar untuk menjaga kulit daripada sekolah menengah.”

“Mak memang seorang yang akan belikan pencuci sebab apa, kulit adalah amana daripada Allah. Kita memang kena jaga, kita kena pelihara. Masya Allah, bukan kulit wajah je, kulit badan kita jadi jangan kata membazir.”

Ada orang kata, “hmm… pergi spa membazir je. Buat rawatan membazir. Pergilah jumpa doktor yang amanah. Yang mana doktor itu orang Islam yang amanah. Yang mana doktor ini tahu bahan ramuan yang digunakan.”

IKLAN

Nak Kulit Sihat Bukan Awet Muda Semata

Selain itu:  Pernah Simpan Rambut Cantik Panjang Mengurai, Ramlah Ram Terpaksa Potong Sebab Susah Nak Jaga

Beliau juga berkongsi bahawa beliau sememangnya menggunakan produk kecantikan untuk menjaga kesihatan kulit wajah dan bukanlah kerana awet muda atau kulit natural semata-mata.

“Aaa… pergi jumpa doktor estetik. Contohnya bagi masalah kulit yang bermasalah. Mungkin jeragat yang teruk atau pun jerawat yang teruk. Apa-apa masalah, jadi bab ini saya memang jaga daripada zaman remaja sampai sekarang. Memang bukannya semula jadi. Saya sendiri kalau tak jaga, kulit saya akan bermasalah.

Terutamanya waktu saya mengandung. Muka seleuruh inci muka ini, saya nak cerita akan naik jerawat. Sebab apa, hormon orang perempuan kan. Bila saya mengandung muka breakout sangat teruk. Jadi lepas itu kita buat rawatan mengikut kadar kemampuan kita.”

Beliau juga menyarankan kepada penonton jika penggunaan produk kecantikan pun masih tak dapat nak selesaikan masalah kulit wajah, berjumpalah dengan mereka yang lebih pakar.

IKLAN

“Buat rawatan itu berkala, sebenarnya nak sihat dan cantik, keduannya kena rajin. Tapi kedua-duanya kena guna cara mengikut syariat.

Jadi kalau kita tak tahu bahan ramuan dalam satu produk, kita rujuk orang yang faham untuk baca. Saya buat macam tu yang terbaik ada logo halal. Saya pun pakai pakai produk yang ada pengesahan halal. Kalau yang tak ada, kita sahkan, kita cuba cari.”

Suka Guna Ais

“Guna Ais Ketul Di Muka, Rawatan Pun Saya Buat.” Ini Cara Ustazah Asma Jaga Kulit

Ceritanya lagi tentang petua tradisional dalam kecantikan, “Saya suka juga guna ais. Ais sangat bagus sebenarnya untuk keanjalan kulit.

Ambil ais sektul tu, dan sapu ke muka. Anak dah faham dah kalau saya ambil ais, saya letak dalam gelas, lepas itu saya duduk dekat sinki, saya guna ais. Memang rasa macam sejuk, tapi lama-lama kulit kita tu dah jadi imun dengan rasa sejuk. Dia jadi kebas. Yang tak tahan sikit tu, kat dahi sebab ia akan bengang kat kepala bila sejuk. Haa… balik kerja tu, ambil ais dan duduk kat singki kejap.

Sikit lah rahsia saya, bukan awet muda sangat. Saya mengikut kadar manusia. Usia saya tahun depan masuk 40 tahun, sekarang 39.”

Seronok apabila figura seperti beliau berkongsi tentang rutin kecantikan kulit wajah. Jadi kita walau duduk rumah pun, sebaiknya jaga kulit wajah mengikut kemampuan kita. Tak mampu beli produk boleh guna cara tradisional. Asal masalah kulit dapat diselesaikan.

Selain itu:  Habis Ribuan Ringgit Tapi Hasilnya Teruk. Rupanya Zara Zya Serasi Guna Skrub Beras Pulut Nak Cantik
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI