Setiap wanita pastinya mahu sentiasa kelihatan cantik dan paling penting nampak awet muda sepanjang masa.

Tidak perlu memakai produk mahal, sebaliknya elak buat beberapa perkara ini yang boleh membantu kita kekal awet muda.

Perkongsian seorang doktor estetik di laman tiktok, Dr Dyana memberitahu beberapa tip perlu dielak dan boleh dilakukan bagi memastikan wajah kita sentiasa kelihatan nampak muda.

Artikel Lain: Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Berpuasa. Ini 5 Senaman Boleh Buat Elak Lesu!

Tip Mudah Kekal Awet Muda

1. Jangan ikat rambut kuat-kuat, supaya tak cepat botak depån atau kita panggil penyakit Traction Alopecia.

2. Gosok mata sebelum tidur adalah habits yang tidak bagus. Ini akan membuatkan bahagian ini jadi gelap dan kelihatan garis halus bawah mata.

IKLAN

3. Bersihkan sarung bantal, makeup sponge/brush, tuala wajah. Ingat jangan sesekali ‘menternak kuman’.

4. Juga diingatkan jangan terlalu lama berada dalam hot bath/steamer. Ini kerana boleh menyebabkan kulit jadi kering dan rosak.

 

IKLAN

Artikel Lain: Terbeli Makanan Basi Atau Jumpa Bendasing Di Bazar Ramadan, Boleh Report Ke Pejabat Kesihatan

5. Jangan jilat bibir yang kering, air liur ada enzyme yang buat bibir lagi kering. Sebaliknya gunalah lip balm untuk lembapkan bibir.

6. Untuk kulit matang/kering/berumur, gunakan cleanser tiada buih. Gunakan juga pelembap, Ini kerana jika kulit kering akan nampak kita lebih berumur dari usia sebenar.

IKLAN

7. Jangan lupa ambil Vitamin C serum & apply sunscreen terutama di sekitar mata. Ini adalah untuk kurangkan dark circle.

8. Lagi satu wajib memakai sunscreen 3 kali sehari kalau nak sentiasa awet muda.

Beliau juga turut mengingat untuk mula pakai produk yang ada bahan seperti Hyaluronic acid atau antioxidants seperti Vitamin C dan collagen untuk retinoid.

 

@dyananyse Ok I locked lagu ni.😆#skintok#skintips ♬ Pamela – Bots🇵🇭

Artikel Lain: Gara-Gara Nak Jadi Cantik, Wanita Ini Derita Kanser Lepas Buat Prosedur ‘Putihkan Kulit’