Seperti yang kita tahu, kegunaan jeli petroleum atau yang paling popular jenama Vaseline untuk menjaga bibir agar sentiasa lembap.

Vaseline adalah satu jenama produk berasaskan jeli petroleum yang sering dibeli pelanggan di drugstore berhampiran.

Ia adalah jenama jeli petroleum yang popular yang dihasilkan daripada campuran mineral dan lilin lebah.

Vaseline telah digunakan selama lebih dari 140 tahun sebagai sapuan serbaguna untuk meredakan luka, luka bakar dan kulit merekah.

Tetapi sebenarnya bukan itu saja kegunaan Vaselin tetapi banyak lagi manfaatnya untuk kesihatan dan kecantikan.

Berikut adalah lagi 10 kegunaan Vaseline yang ramai tak tahu:

1. Melicinkan Tumit Kering

Pemakaian selipar di bawah matahari dan pasir dapat menjadikan kulit di kaki anda menjadi kering dan mengelupas.

Sapukan Vaseline pada kaki sebelum tidur dan pakai stokin. Keesokannya korang akan mendapati kulit tumit semakin lembut.

IKLAN

2. Mencabut Bulu Mata Palsu

Agak mustahil jika mencabut bulu mata palsu tanpa keuguran bulu mata asli. Korang boleh cuba dengan gosokkan sedikit Vaseline pada garis bulu mata palsu agar lebih mudah ditanggalkan tanpa merosakkan yang asli.

3. Sempurnakan Rias Kuku

Oleskan kuku dengan Vaseline sebelum menyapu cat kuku untuk mengelakkan sapuan merebak di luar kuku.

4. Bulu Mata Lebih Tebal

Jika rajin sapukan Vaseline pada bulu mata, korang boleh mendapatkan bulu mata yang lebat.

5. Licinkan Lubang Anting-Anting

Mesti korang pernah alami lubang tindik telinga tertutup atau sukar memakai anting-anting. Jangan risau!

IKLAN

Gosokkan Vaseline pada lubang tindik supaya proses memakai anting-anting tidak menyakitkan. Malah masa berdandan juga lebih pantas.

6. Sembunyikan Rambut Bercabang

Sekiranya rambut korang kering, gosokkan sedikit Vaseline pada hujung rambut. Ini boleh mengelakkan rambut bercabang menjadi lebih teruk dan rosak.

7. Lindungi Kulit Dari Pewarna Rambut

Sekiranya korang mewarnakan rambut, ia akan terkena pada dahi dan telinga. Untuk mengelakkan pewarna meresap pada kulit, sapukan Vaseline pada anak rambut terlebih dahulu sebelum proses mewarnakan rambut dilakukan.

8. Mencantikkan Kening

Kening yang tidak tumbuh teratur atau terlalu lebat sukar dikemaskan. Korang boleh sapukan Vaseline pada kening korang sebelum memberusnya. Ia akan kelihatan lebih teratur dan kemas sepanjang hari.

IKLAN

9. Kekalkan Haruman Minyak Wangi

Sapukan Vaseline pada pergelangan tangan dan belakang telinga sebelum menyembur minyak wangi. Langkah ini akan membuatkan minyak wangi korang tahan lebih lama.

10. Menghilangkan Kotoran

Kesan kotoran solekan pada fabrik adakalanya sukar untuk ditanggalkan. Apa kata gunakan Vaseline dengan menyapunya pada kesan kotoran tersebut. Kemudian lap ia dengan kain lembap dan cucilah seperti biasa.

Artikel Berkaitan:

Kongsi Rahsia Cantik Wanita Seluruh Dunia. Pilih Petua Tradisional Untuk Penjagaan Dalaman & Luaran!

Sara, Anak Pelakon Saif Ali Khan Dedah Rahsia Turunkan Berat Badan Drastik Dari Saiz XXL Ke S

Umur 72 Tahun Tapi Badan Kekal Langsing, Ini Rahsia Awet Muda Pereka Terkenal Dunia Vera Wang