Biasa kita dengar daun lidah buaya dapat membantu menghilangkan parut dan kesan luka pada kulit, tapi mungkin ramai yang tidak tahu ia juga dapat membantu mengurangkan berat badan disamping beberapa kelebihan lain untuk muka dan kulit.

Tak hanya berkesan untuk kulit, selain membantu kurangkan berat badan, ia juga bagus untuk rambut dan juga bagi anda yang mempunyai masalah kelemumur.

Bukan Untuk Parut Luka Je, Lidah Buaya Boleh Bantu Dapat Berat Ideal. Jimat!

Bagi yang ada masalah kulit, rambut dan juga yang mahu cuba dapatkan berat badan ideal, boleh cuba gunakan daun lidah buaya. Senang dan dapat dan tak perlukan kos yang tinggi!

PETUA DAUN LIDAH BUAYA

Jalan jalan kat taman terjumpa pokok lidah buaya kat umah jiran. Sebelum nie tahu lidah buaya nie bagus untuk rambut je

IKLAN

Rupe nye ade lagi khasiat dan kegunaan nye. Jom kita tengok apa lagi khasiat nye.

  1. BERKESAN BAGI MENGATASI MASALAH KULIT BERMINYAK

Lidah buaya mengandungi asid salisilik yang bertindak sebagai ejen untuk menghalang penghasilan minyak secara berlebihan. Jadi nye lendir yang ade kat daun lidah buaya boleh disapu pada muka.

  1. MERAWAT KESAN LUKA

Daun lidah buaya juga membantu mempercepatkan pertumbuhan semula kulit selepas kecederaan terutamanya berkaitan luka.

Cara nye mudah sangatt hanya perlu ratakan lendir lidah buaya pada kawasan kulit yang bermasalah dan biarkan ia semalaman. Insya Allah luka cepat sembuh.

IKLAN

Bukan Untuk Parut Luka Je, Lidah Buaya Boleh Bantu Dapat Berat Ideal. Jimat!

  1. LIDAH BUAYA UNTUK MENGURANGKAN BERAT BADAN

Lidah buaya adalah salah satu tumbuhan yang membantu dalam meningkatkan keberkesanan diet serta potensi penurunan berat badan.

Lidah buaya boleh dibuat jus untuk diminum setiap hari.

Tips : rasa asli lidah buaya agak pahit, jadi campurkan sedikit madu dan lemon untuk rase yang lebih sedap.

IKLAN
  1. TIADA LAGI MASALAH RAMBUT GUGUR
Selain itu:  Penat Menangis 7 Tahun Alami Breakout, Akhirnya Gadis Ini Berjaya Transform Wajah Jadi Lebih Flawless

Vitamin A, C dan E yang terkandung dalam daun lidah buaya bukan sahaja baik untuk kulit wajah dan berat badah, malah ia juga berkesan untuk mengawal masalah keguguran rambut yang serius.

Bukan Untuk Parut Luka Je, Lidah Buaya Boleh Bantu Dapat Berat Ideal. Jimat!

  1. HILANGKAN KELEMUMUR

Urutkan sedikit lendir lidah buaya (satu atau dua sudu) ke kawasan kulit kepala sebelum tidur. Lidah buaya boleh melegakan gatal-gatal pada kulit kepala serta berkesan untuk menangani masalah kelemumur.

 

 

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI