Sejak dia bergelar finalis Dewi Remaja lagi, Anzalna Nasir, 34 tahun, adalah antara selebriti yang memang sangat menjaga penampilannya.

Sentiasa akan tampil cantik dan anggun, dia yang juga seorang pelakon ini memang seorang yang pandai bergaya setiap kali tampil di khalayak.

Malah selepas bergelar isteri dan ibu juga Anzalna Nasir juga sentiasa memastikan dirinya kekal langsing dan fit bertenaga.

Ditanya petua kecantikan, wanita kecil molek ini menjelaskan dirinya seorang yang simple dalam menjaga kecantikan wajah dan kesihatan diri.

Malah keayuan aktres jelita Anzalna Nasir makin terserlah selepas tampil berhijab sejak September tahun lalu hingga meraih perhatian ramai.

Jenis Yang Simple

“Saya jenis yang simple dan bukan terlalu terperinci untuk menjaga kecantikan wajah. Saya basuh muka macam biasa dan tidaklah sampai ada 10 step nak diikuti.

“Kalau kulit kering saya biasanya akan pakai moisturizer yang sesuai. Sebenarnya kulit saya ini jenis yang tak boleh terima terlalu banyak penggunaan produk. Nanti akan naik jerawat di wajah.

“Manakala untuk penjagaan rambut juga memang simple. Walaupun sudah berhijab, saya akan pastikan rambut disyampu dengan sebaiknya.

IKLAN

“Rambut saya masih panjang, lebat dan hitam seperti dulu dan sekarang pun dah panjangnya dah melebihi paras pinggang,” katanya yang memang terkenal antara selebriti memiliki rambut panjang yang hitam dan cantik.

Uruskan Anak Jadi Aktiviti Sihat Untuk Kekal Fit

Tambah Anzalna juga untuk kekal fit, dia tidak mempunyai sebarang hobi untuk dijadikan aktiviti.

Selain itu:  Bahaya 'Gam Gajah' Boleh Rosakkan Kulit & Jadi Pedih. Elak Tak Ditanggal Beberapa Hari!

“Sebenarnya saya paling malas untuk lakukan hobi seperti kebanyakan orang lain seperti berbasikal atau lain-lain. Sebaliknya menguruskan kerja rumah yang dilakukan setiap hari juga saya anggagp sebagai satu senaman untuk menjaga kesihatan diri.

“Rutin menjaga anak, turun naik tangga boleh dijadikan senaman yang mudah dan boleh dilakukan di rumah saja. Itu sudah memadai bagi saya,” tambahnya yang ditemui ketika majlis memperkenalkan dirinya dalam kerjasama dengan jenama hijab Loveta x Anzalna.

Untuk kerjasama ini, Anzalna berkata, dia sanggup menolak tawaran menjadi duta produk tudung lain demi terbabit dengan kempen Loveta X Anzalna yang sebelum ini diusahakan oleh Allahyarham Siti Sarah.

IKLAN

Kata Anzalna, ketika hayat Siti Sarah masih ada, arwah pernah beberapa kali mahu melamarnya untuk bekerjasama dengan produk kosmetik keluarannya.

Namun, hasrat berkenaan tidak kesampaian sehingga penyanyi itu menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempat, Ayash Affan dalam keadaan dijangkiti virus Covid-19.

Sukar Tolak Kerjasama Dengan Loveta

“Arwah Siti Sarah pernah beberapa kali memberi tawaran untuk bekerjasama, tetapi tidak berkesempatan kerana setiap kali tawaran dibuat, saya mesti ada kontrak dengan produk kosmetik lain.

“Tawaran kali ini memang saya tidak boleh tolak, meskipun saya sebenarnya sudah menerima tawaran daripada produk tudung jenama lain, namun terpaksa menolaknya demi menjadi sebahagian daripada keluarga Loveta,” katanya.

IKLAN

Tambah Anzalna atau nama penuhnya Nur Anzalna Md Nasir, hatinya terbuka untuk bekerjasama dengan kempen Loveta X Anzalna kerana mahu membantu mengembangkan legasi yang ditinggalkan oleh arwah Siti Sarah.

Menerusi kempen Loveta X Anzalna ini melalui Ratasya Empire (M) Sdn Bhd sebuah syarikat Siti Sarah dan Siti Fatimah Suberi selaku Ketua Pegawai Eksekutifnya memperkenalkan Anzalna Shawl yang juga merupakan semi instant hadir dengan 11 koleksi warna menarik.

Kredit Foto: Instagram Anzalna & Loveta 

Selain itu:  Dr Izzar Ingatkan Buat Penilaian Kendiri Covid-19, Ingat TRIIS. Sebelum Rentas Negeri Balik Kampung!

Artikel Berkaitan:

Setelah Selamat Lahirkan Anak & Bertarung Lebih 48 Jam, Akhirnya Siti Sarah Dijemput Ilahi Akibat Covid-19

Pernah Alami Komplikasi Jantung Buat Uyaina Harga Kesihatan. Ini Rahsia Tampil Cantik & Berseri Di Majlis Nikah!

Rajin DIY Masker Guna Putih Telur, Cara Laila Nasir Jaga Kecantikan. Walau Usia Cecah 50an!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI