Chemical exfoliator seperti AHA/BHA adalah bahan aktif dalam sesuatu produk yang bertindak untuk exfoliate kulit kita dengan lembut.

Jadi pentingnya anda mengambil tahu tentang kandungan bahan dalam setiap produk yang dipakai untuk mendapatkan kesan yang cepat dan selamat.

Namun, kalau anda tengah cari chemical exfoliating toner, Puan Nik Nazirah cadangkan untuk guna antara 3 ini:

1. Something Else Jasmine Green Tea Retexturing Treatment Tonic.
2. thepastelsshop “Jicama” 2% Lactic Acid + 1% Hyaluronic Acid Toner.
3. Wardah Lightening Face Toner.

Bahan AHA/BHA Buang Sel Kulit Mati, Ini Cara Guna Chemical Exfoliating

Jicama tu saya dah pakai 2 botol. Sesuai untuk beginner.

IKLAN

Something Else tu saya baru try dalam sebulan. Minggu pertama tu purging lah juga tapi masuk minggu kedua dah slowly okay. A little bit pedih tapi still tolerable. Baunya sedap macam bunga melur.

Wardah pulak dah masuk botol kedua. Sedikit pedih masa pakai. Tapi buat masa sekarang berhenti pakai sebab nak habiskan Something Else dulu. Purging sedikit je masa minggu pertama pakai.

Ramai tak tahu bahawa toner Wardah ni bukan toner brightening biasa . Bila pakai daily, skin meragam kerana skin barrier dah rosak akibat over exfoliation.

IKLAN

Cara Guna Chemical Exfoliating

Kalau bahan AHA/BHA tu ada dalam pencuci, guna seperti biasa. Aturan penggunaan ada pada label, selalunya langkah penggunaan lebih kurang je untuk kebanyakan pencuci. Basahkan muka, urut guna pencuci bersihkan serata muka dan bilas.

Sama juga kalau AHA/BHA tu ada dalam toner, essence, serum, moisturizer. Guna mengikut fungsi produk tersebut. Sebabnya cleanser, toner, serum tu semua adalah vehicle untuk deliver bahan aktif tersebut kepada kulit kita.

AHA bertindak secara perlahan-lahan untuk melarutkan sel-sel kulit mati. Sebab itu untuk mendapatkan kesan exfoliation yang optimum, anda perlu menggunakan chemical exfoliation dalam leave-on product (yang popular adalah toner)

IKLAN
Selain itu:  Pakai Toner Pun Penting, Tak Ada Lah Masalah Kulit Makin Kering Berjeragat

Ketiga-tiga toner ni menggunakan AHA. Types of AHA:

1. Lactic acid: derived daripada tenusu dan fermented vegetables.
2. Glycolic Acid: derived daripada tebu.
3. Malic Acid: derived daripada apples dan pears
4. Citric Acid: derived daripada buahan citrus.
5. Tartaric Acid: derived daripada anggur.
6. Mandelic Acid: derived daripada bitter almond.

Kongsi wanita ini, antara 3 toner ini, paling suka thepastelsshop Jicama Toner. Sebab itu yang paling gentle.

Owh ya, AHA selamat untuk dipakai pada waktu siang juga, yang penting kena lindung kulit dari sinaran matahari dengan pakai sunscreen.

Jadi kalau anda sedang mencari toner yang sesuai untuk wajah anda, boleh rujuk info ini dan pastikan anda tahu bahan dalam setiap produk yang anda beli.

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI