Mandi limau ini memang diamalkan orang dulu-dulu lagi, cukup bagus untuk segarkan tubuh badan dan pulihkan semangat.

Namun tak ramai yang tahu cara nak buat dan ambil peduli tentang kelebihan mandi limau.

Anda sendiri biasa mandi limau dan ais tak? Haaa, menurut Puan Nurasykin Ali, dia suka dapat ilmu ini daripada ustazah di tempat mengaji.

Kalau anda sudi, boleh lah turut amalkan dalam kehidupan harian.

Wanita Ini Kongsi Manfaat Mandi Limau Dan Ais, Amalkan Lepas Asar Atau Sebelum Subuh

IKLAN

Ini Cara Mandi Limau:

1. 7 biji limau nipis atau limau purut dipotong dan perah airnya dalam besen berisi air paip dan ais. Sukatan ais tu agak-agak saja.

IKLAN

2. Biar buah rendam sepenuhnya dalam air.

3. Kacau air. Sambil tu baca Bismillah Lima( 7x), Selawat (7x), Fatihah (7x), Al ikhlas (7x). Baca ni di luar bilik air ya.

IKLAN

4. Mandi waktu lepas Asar atau sebelum Subuh.

Manfaat Mandi Limau

Banyak manfaat mandi limau antaranya hilangkan sakit kepala, buang angin, mudah tidur, cantikkan kulit dan bantu badan rasa segar cergas.

Jadi, kalau anda rasa kurang bertenaga atau hilang semangat, boleh cuba mandi limau dan buat sendiri sahaja di rumah.

Selain itu:  Sering Kembung Perut Mungkin Hidap Kanser Ovari. Diagnosis Awal Peluang Sembuh Tinggi!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI