
Anda yang mempunyai anak kecil pastinya pernah berdepan dengan situasi anak mengalami hidung berdarah secara tiba-tiba.
Jika situasi ini berlaku, sebagai ibu bapa selalunya kita akan mudah diserang rasa panik membayangkan suatu yang buruk telah berlaku.
Adakah sebenarnya petanda ini tidak elok dan apa harus kita lakukan jika keadaan ini berterusan.
Ikuti perkongsian Pakar Bedah Telinga, Hidung & Tekak Dr Ezairy:
“Hidung berdarah pada usia kanak-kanak selalunya, walau tidak semestinya, disebabkan oleh masalah sinus atau resdung pada hidung yang tidak terkawal.
Hampir setiap hari bersin, gatal hidung, anak kita pun dok gosok-gosok garu hidungnya, maka pendarahan hidung amat mudah berlaku.
Jika ia berlaku, ibu bapa perlu ingat beberapa langkah ini:
– Bertenang dan jangan panik
– Dudukkan pesakit dan tundukkan kepala pesakit
– Picit atau compress hidung pesakit daripada luar. Lakukan langkah ini selama 10-15 minit. Ini akan menghentikan pendarahan
– Jangan dongak atau baringkan pesakit. Ini akan menghalang darah keluar ke depan, tetapi ia akan terus mengalirkan darah ke paru-paru. Bahaya!
– Letakkan ais di dahi pesakit untuk membantu mengurangkan pendarahan
Jika semua langkah di atas tidak menghentikan pendarahan. Bawa ke hospital dengan segera.”
Sumber: Dr Ezairy
Hidup Berdua Tanpa Anak, Beto Kusyairi Cukup Bahagia Punya Isteri Di Sisi

Ada yang nampak hidup berdua tanpa anak itu macam kurang lengkap, namun bagi Beto Kusyairi, kehadiran isterinya itu sudah lebih daripada cukup. Tetap bahagia!
Tidak pernah mengeluh, sebab sedar sudah tertulis bahawa rezeki setiap orang itu berbeza-beza.
Hidup Berdua Tanpa Anak, Beto Kusyairi Cukup Bahagia Punya Isteri Di Sisi
Ada orang bahagia dengan anak ramai, ada yang bahagia dengan duit yang banyak dan mungkin ada yang cukup bahagia dengan hidup berdua kerana sebuah kesetiaan.
Tak dinafikan anak adalah pengikat kasih sayang suami isteri, namun ini bukan juga satu jaminan yang perkahwinan akan porak peranda jika tidak dikurniakan zuriat kerana cinta seharusnya hadir tanpa berbelah bahagi.
Buktinya, kita lihat lah sendiri pasangan artis ini. Walaupun ada yang berbelas-belas tahun diuji dengan tidak meniliki anak, rumahtangga yang dibina tetap rukun damai.
Langsung tidak menyalahkah takdir ataupun menuding jari tanda tidak adil kepada Maha Esa, pelakon yang disegani ramai Beto Kusyairi tenang meneruskan kehidupan bersama isteri tanpa kenal erti putus asa.
Meskipun zuriat dan penantian, itulah juga soalan yang lazim diajukan buatnya. Mujur, lelaki yang selalu hadir dengan watak serius itu tidak menunjukkan reaksi kurang senang.
Memuat naik video di laman TikTok miliknya, Beto meluahkan bahawa dia tetap bahagia disamping isteri tercinta andai takdir mereka harus menjalani kehidupan tanpa seorang zuriat.
Sebelum ini, memetik sumber laporan Kosmo, meskipun terdengar soalan klise, namun melihatkan kebahagiaan dan kebersamaan aktor Beto Kusyairy bersama suri hatinya, Tisha Shahar tanpa kehadiran benih cinta bersama zuriat, soalan tipikal tersebut diberanikan meluncur dalam satu pertemuan.
Sementara itu, Beto mengakui pelbagai usaha sudah dibuat untuk mendapatkan zuriat termasuk menjalani rawatan Islam, tradisional dan moden.
Beto mengakui pelbagai usaha sudah dibuat untuk mendapatkan zuriat termasuk menjalani rawatan Islam, tradisional dan moden.
“Hendak kata tidak berusaha, macam-macam cara saya dan isteri dah cuba. Daripada rawatan Islam, moden sampailah tradisional semuanya sudah kami jalani,” cerita Beto.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji keperibadian pelakon kesayangan ramai ini kerana dikategorikan sebagai jejaka idaman para wanita namun tetap memilih setia dengan isterinya.
Malah, ada yang tidak putus-putus menitipkan doa agar pasangan ini dikurniakan benih cinta suatu hari nanti.
Sebagai rekod, Beto dan isteri mendirikan rumah tangga sejak 14 tahun lalu iaitu pada tahun 2008.
Basuh Dulu Telur Sebelum Simpan Atau Masuk Terus Peti? Ini Penjelasan Doktor

Masih ramai yang ragu-ragu cara penyimpanan yang betul, sebenarnya elok basuh dulu telur sebelum simpan atau masuk terus peti?
Mana satu fakta yang betul? Jom lihat penjelasan Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan, tentang kedua-dua pendapat ini.
“Doktor, betul ke kalau nak telur tak cepat rosak, jangan cuci telur tu?”
Ya, macam-macam pendapat keluar, ada yang kata basuh dulu sebelum simpan sebab nak elak pencemaran dari tahi ayam. Ada pula yang kata jangan basuh dulu sebab nanti telur cepat rosak.
JANGAN BASUH SEBELUM SIMPAN
Kalau kalian nak tahu, semasa proses bertelur ayam keluarkan sejenis cecair dikenali sebagai egg bloom atau cuticle.
Ia umpama protective layer yang melitupi liang-liang di seluruh permukaan telur untuk elak kemasukan kuman ke dalam telur selain bantu kekal kelembapan dengan cara mencegah air dari meruap keluar dari kulit telur.
Jika basuh sebelum disimpan protective layer ni akan menipis / hilang. Inilah asas kepada pendapat yang tak galakkan telur dibasuh sebelum disimpan.
Tapi… kalau ada najis pada kulit telur, takkan nak simpan terus? Kotor dan berkuman, kan?
BASUH SEBELUM SIMPAN
Najis dan kulit telur boleh tercemar dengan kuman seperti Salmonella, dan ia boleh berpindah kepada makanan lain yang disimpan dalam peti sejuk.
Walaupun peti sejuk berada suhu yang rendah (4°C ke bawah) yakni bebas dari zon suhu bahaya (5°C-63°C), kita tetap perlu beringat!
Pada suhu itu, kuman tidak mati. Mereka hanya dorman(kurang aktif). Maka, kerosakan pada telur boleh berlaku walaupun pada kadar yang rendah.
Jadi perlu basuh buang najis pada kulit telur agar bersih dan tiada kontaminasi silang. Kalau simpan diluar pula, telur lagi akan cepat rosak.
AMALAN MANA YANG BETUL?
Tak usah gaduh-gaduh. Dua-dua betul dan boleh diamalkan. Kita ambil sikap diplomatik dan dasar terbuka.
Kalau ada tahi yang jelas kelihatan, basuhlah telur-telur yang tercemar itu terlebih dahulu. Kita pun tak mahu peti sejuk kita dicemari kuman.
Tak perlulah sental kuat-kuat kulit telur tu sampai hilang semua protective layer-nya. Sekadar hilangkan najis. Kemudian simpan dalam bekas bertutup.
Bila nak memasak nanti, beri keutamaan pada telur yang telah dibasuh dahulu kerana ia lebih berpotensi dimasuki kuman dan rosak.
Telur yang tidak dibasuh sebelum simpan, hendaklah dibasuh sebelum digunakan. Nak sental sampai berkilat pun tak apa, asalkan tak guna wax kereta suami kalian.
Oh ya! Pastikan masak telur dengan sempurna untuk elakkan keracunan.
Semoga info ini bermanfaat buat anda yang suka beli telur banyak dan buat stok di rumah.
Jangan Memandai Ubah Resipi Air Rebusan Magik, Kalau Nak Turun Berat Badan Lebih Cepat

Tidak perlu bersusah payah, menggunakan bahan alami untuk menguruskan badan dan dalam masa sama dapat hilangkan rasa sakit kaki.
Bukan itu sahaja resipi yang dikongsi ini juga dapat menghilangkan lemak berlebihan atau sakit lulut yang selama ini meragut keselesaan.
Buat sendiri air rebusan dari bahan yang mudah untuk dicari iaitu kulit kayu manis Ceylon dan juga madu. Bahan-bahan juga senang untuk diperoleh. Minum secara konsisten dan anda akan dapat hasil diingini.
Minum Air Rebusan Kuruskan Badan
Dalam banyak banyak resepi yang Kak Bib pernah share, ini lah satu satunya resepi paling best dan paling power untuk #kuruskan badan dan hilangkan #sakit kaki.
Resepi lain best jugak. Tapi feedback dia, tak se best feedback dari resepi ni.
Hilang berat badan
Hilang lemak berlebihan
Hilang buncit macam ngandung 4 bulan
Hilang sakit kaki yang berlarutan
Hilang sakit lutut yang selalu ragut keselesaan
Yang turun 10 ke 15 kilo tu memang senang sesangat. Tapi lagi luar biasa, bila ada beberapa orang yang berat lebih 3 angka, boleh turun lebih 40 kilo tau.
Yang sakit kaki pun gitu.
Dari duduk jek time sembahyang, dah boleh sembahyang diri
Dari yang jalan sikit kaki dah sakit, dah boleh jauh sedikit
Dari lutut bisa bisa, dah boleh naik tanga
Keyword dia, kena minum air rebusan ni secara KONSISTEN. Sebab ni seme bahan natural jek. Ambik masa sikit baru nampak hasil.
Yang penting, jangan pandai pandai ubah resepi. Wajib guna Kayu Manis Ceylon, kayu manis asli.
Kayu manis biasa tu tak sesuai untuk minum hari hari. Nanti boleh tingkatkan risiko rosak hati.
Madu lak, make sure madu asli. Madu tak asli tu campo gula. Kang badan tak kurus, sakit kaki tak hilang, diabetes menjelma, penyakit lain yang datang.
Jom kita tengok resepi
RESEPI KURUS DAN SAKIT KAKI
1 liter air
2 batang serai
7 biji cengkih
1 batang Kayu Manis Ceylon
3 hiris halia di ketuk
1 biji lemon
Madu
Cara-cara
1. Rebus semua bahan kecuali madu dan lemon selama 15-20min. Tutup api, ambik setengah gelas air rebusan, tambah setengah gelas air biasa, perah satu hirisan lemon dan tambah 1 sudu madu.
2. Minum ketika masih suam sebelum makan.
3. Balance air rebusan, boleh disimpan dalam peti sejuk. Bila nak minum, ambik setengah gelas dan campur setengah gelas air panas. perah lemon dan tambah madu. Kena minum suam suam ok!
Hasilnya?
Power Rangers!! Dah la kurus, perut kempis, pastu badan rasa bertenaga dan ringan. Boleh jadi detox gak!
Ok. Jom kita tengok pulak khasiat bahan-bahan yang kita guna.
KAYU MANIS CEYLON (KMC)
– kayu manis sebenar (true cinanmon)
– mengandungi kandungan coumarin yg amat rendah (0.017gm/kg) berbanding kayu manis cassia (0.31-6.97gm/kg)
– mengurangkan kolesterol
– membantu melambatkan proses penuaan
– merawat nafas berbau
– kurangkan kadar gula dalam darah
– mampu kuruskan badan
SERAI
– turunkan berat badan
– kurangkan kolesterol dan gula dalam darah
– turunkan tekanan darah tinggi
– buang toksin dari badan
– bantu pencernaan
– ada citral yg boleh merawat kanser
HALIA
– buang angin dalam badan
– kurangkan bau hamis darah ketika haid
– buang angin dalam badan
– tingkatkan tenaga batin
– rawat pengaliran darah yang ada masalah
– panaskan tubuh
CENGKIH
– rawat masalah pernafasan
– bantu sistem pencernaan
– panaskan tubuh
– ada euganol yang berfungsi untuk cegah darah beku dan cegah sakit jantung dan stroke
– sumber antioksidan yang jaga kesihatan kulit dan wajah
MADU ASLI
– tingkatkan antibodi badan
– tambah stamina
– cantik kan kulit
– perangi bakteria dalam badan
– cegah penuaan
– tingkatkan penyerapan nutrisi dalam badan
LEMON
– lancarkan pencernaan
– bersihkan darah
– pecahkan lemak di badan
– bantu tingkatkan stamina
Akhir kata dari penaja, cuba, jangan tak cuba. Kalau tak cuba, takkan berjaya.
Kalau korang nak lagi bijak, beli jek #Cannella. Seme dah siap dalam tu. Senang, jimat masa. Nak nak untuk yang bizi bekerja dan ibu surirumah tangga. Goncang goncang terus minum.
Setiap bahan dalam Cannella ni dah bebetul kita sukat berat ikut magic nombor memasing.
Gabungan komposisi yang tepat, sebabkan cannella jadi triple power. Testimoni pun berderet deret
#KayuManisCeylon
#CannellaByCasadiab
Sumber: Habibah Badar Bajrai
Artikel Lain: Gara-Gara Nak ‘Aset’ Besar, 2 Wanita Diserang Sawan Lepas Injek Guna Hyaluronic Acid