Kalau nak elak kaki melecet bila pakai kasut, anda kena tahu beberapa rahsia ini. Bak kata orang dulu-dulu, elok gigit bahagian belakang terlebih dahulu sebelum sarung buat berjalan.

Hah, anda sendiri dah pernah kokak kasut ke? Confirm selesa?

Petua Elak Kaki Melecet Bila Pakai Kasut, Confirm Selesa!

Petua Elak Kaki Melecet Bila Pakai Kasut, Confirm Selesa!

Memang pedih bila kaki melecet terutamanya di bahagian hujung jari atau belakang tumit. Lagi-lagi kalau kaki jenis kembang, memang mudahlah nak melecet.

Selain petua orang lama tersebut, apa kata anda cuba 4 petua terbaik ini untuk kekal bergaya dengan kasut baru.

Petua Elak Kaki Melecet Bila Pakai Kasut, Confirm Selesa!

Plaster Luka

Jimat dan murah, boleh gunakan plaster luka untuk elakkan kaki daripada melecet ketika pakai boots baru.

IKLAN

Caranya adalah lekatkan plaster luka di bahagian yang sering melecet seperti di jari kaki, tepi kaki dan belakang kaki.

Petua Elak Kaki Melecet Bila Pakai Kasut, Confirm Selesa!

Alkohol & Kertas

Untuk petua ini, semburkan alkohol pada bahagian kasut yang kamu rasa ketat ketika pakai. Kemudian masukkan kertas yang direnyuk ke dalam boots sehingga memenuhi keseluruhan ruang.

Biarkan semalaman dan keluarkan kertas renyuk di awal pagi dan pakai supaya dapat membentuk kaki kamu.

IKLAN

Petua Elak Kaki Melecet Bila Pakai Kasut, Confirm Selesa!

Pengering Rambut

Turn on pengering rambut dan halakan ke seluruh kasut. Udara panas daripada pengering rambut akan membuatkan material kasut menjadi longgar dan meninggalkan ruang di kaki.

Petua Elak Kaki Melecet Bila Pakai Kasut, Confirm Selesa!

IKLAN

Pelindung Jari Kaki

Menjadi trend sekarang, ramai yang gemar memakai kasut tanpa stokin. Tapi kalau tak pakai stokin, melecetlah kaki betul tak?

Jangan risau kerana anda boleh gunakan pelindung jari kaki. Pelindung ini direka khas bagi melindungi kaki daripada melecet semasa memakai kasut baru.

@nabilahjamilhijab Selepas ni takda lagi masalah kaki melecet horeyyyyy #fyp #nabilahracun #racunshopee ♬ Its You – Cover by Kaleb – Kaleb J

Hah, senang sangat, bukan? Jadi lepas ini jangan risau sangat pasal kasut makan kaki tuan sebab anda dah ada beberapa petua ini.

Selain itu:  Meninggal Lepas 80 Peratus Tubuh Melecur Diseterika. 6 Akibatkan Kematian Zulfarhan Dijatuhi Hukuman!

Selamat mencuba!

Kredit video: nabilahjamilhijab

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI