Ramai rakan-rakan terdekat dengan kita pernah merasai perasaan ini iaitu jiwa rasa kosong. Semuanya serba tak kena, tak tahu hendak lakukan apa. Semuanya nampak serba salah.

Jika inilah perasaan pernah dirasai, ada cara terbaik boleh dilakukan oleh mereka yang diuji dengan masalah mental untuk kembali pulih.

Pensyarah dan Pakar Psikiatri UIA juga Felo Psikiatri Kanak-Kanak Dan Remaja Hospital Tengku Ampuan Afzan, Dr Rozanizam Zakaria berkongsi tip ini untuk mengatasi masalah kemurungan yang dihadapi.

Bagaimana nak atasi rasa ‘kosong’?

 “Saya rasa kosong, tak rasa apa-apa, tak tahu nak gambarkan macam mana. Tapi rasa tu kosong”.

IKLAN

Bagi kita yang tak alami mungkin sukar nak faham satu rasa yang spesifik ini. Namun ia adalah antara perasaan yang sering dialami mereka yang diuji dengan masalah mental.

Chronic emptiness boleh berlaku pada individu yang alami kemurungan (unipolar/bipolar depression, persistent depressive disorder), gangguan personaliti seperti borderline personality disorder.

Ia juga boleh jadi non-speficic symptom yang berlaku pada diagnosa penyakit mental lain.

IKLAN

Scientifically described as:

“Chronic feelings of emptiness are experienced as a feeling of disconnection from both self and others, and a sense of numbness and nothingness which was frequent and reduced functional capacity. Feelings of purposelessness and unfulfillment..” (Miller, et. al, 2021).

Antara tips yang saya selalu kongsikan untuk pesakit sebegini ialah:-

IKLAN
  1. Konsisten dengan rawatan – ubatan dan terapi kerana gejala ini boleh jadi residual symptoms yang menunjukkan penyakit utama anda seperti depression belum betul-betul sembuh.
  2. Hargai setiap perkara kecil yang anda lakukan. Acknowledge dan appreciate walaupun perkara yang anda lakukan itu Kecil. Contohnya, anda bangun tidur, anda kemas katil. Acknowledge this small achievement – katakan pada diri – tengok, saya buat satu perkara yang baik untuk bilik saya hari ini. Then move to next small things, be it a simple smile to others.

    Perkara ni penting.
Selain itu:  Wanita Hamil Diingat Jangan Makan Senarai Ubat Ini, Elak Risiko Gugur & Janin Cacat


Muhasabah ayat ini.

“ Dan barangsiapa yang melakukan kebaikan walau sebesar zarah, maka tetap akan dihitung, dan barangsiapa yang melakukan kejahatan walau sebesar zarah, maka tetap akan dihitung” Surah Al-Zalzalah ayat 7-8.

Jika di sisi Allah, Pencipta seisi alam, acknowledge kebaikan sebesar zahrah, mengapa kita tak mahu hargai ‘kebaikan’ Kecil kita sendiri.

  1. Berbuat baik dengan orang lain. Tak kira sekecil mana, mengikut kemampuan kita.
  2. Setiap hari biasakan muhasabah, catat 3 perkara yang kita syukuri, yang baik jadi pada kita, yang kita hargai. Bila rasa down, buka semula catatan ini dan bacakan pada diri sendiri.
  3. Cari minat, aktiviti, hobi atau apa jual yang membantu anda occupy masa anda.
  4. Elakkan berseorangan. Rasa kosong ni memang suka datang bila kita seorang diri.
  5. Bina hubungan dengan orang lain. Orang yang kosong ini selalunya crave for attachment.
  6. Amalkan swacinta – yang ni saya dah ulas dalam posting lepas dan dalam buku Solusi Stres.
  7. Bina kekuatan spiritual. Banyakkan mengingat Allah, rahmat dan kasih sayang Allah, mengingatkan diri yang Allah sentiasa bersama dengan kita. Sumber : FB Dr Rozanizam Zakaria

 

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI