bersunat

Anak bersunat biasanya sinonim dengan aktiviti anak lelaki pada musim cuti sekolah, waktu ini senang mak ayah nak jaga sebab kena duduk rumah sahaja.

Mesti ramai mak ayah yang kena jaga orang ‘berpantang’. Baik dari segi pemakanan dan emosi anak-anak, semua kena ambil kira.

Ayat ’motivasi’ yang selalu kita dengar nak bagi anak-anak bersunat, ”kena sunat dulu, baru boleh kawen.” Jadi, nak tak nak anak-anak kena serah diri.

Buat mak ayah yang belum ada pengalaman menjaga anak bersunat, ini sedikit nasihat untuk anda jaga anak yang baru bersunat.

  1. Pastikan luka di sekitar tempat jahit kerap di cuci dan disapu krim ‘antibacterial’ bagi mengelakkan luka yang lambat sembuh .
  2. Layanlah anak-anak anda sebaik mungkin, anak pun ‘stress’ kena baring 24jam.

Menerusi satu perkongsian daripada jururawat UNIMAS, Rash Ellin, untuk menjaga orang bersunat, baik atau ayah anda kena ambil peduli dan elakkan menipu anak. Nah, jemput baca tip yang dikongsi olehnya daripada pengalaman sendiri menjaga anak bersunat.

Tips Kepada Ayah Menjaga Anak Bersunat

1) Sediakan mental anak-anak bahawa mereka akan bersunat. Berbulan sebelum harinya, beritahu mereka akan tetap bersunat. Jelaskan bahawa bersunat itu adalah untuk menjaga kebersihan, dan jadi lebih hebat.

2) Jangan menipu bahawa sunat tidak sakit, berkata benar dengan mengatakan sakit sedikit sahaja. Mungkin terjatuh semasa berlari luka tu lebih lagi sakit. Buat perbandingan yang mereka mampu fahami. Menipu menghilangkan kepercayaan anak-anak kepada anda.

3) Tempah klinik awal. Jangan walk-in tetiba. Hasrat dah datang nak bersunat tapi penuh atau tutup atau takda servis. Kan terganggu emosi anak-anak.

IKLAN

4) Pilih cara bersunat; teknik potong-jahit atau potong-clamp. Potong-jahit ada jahitan la of course. Sembuh lambat sikit, dan bahagian jahitan akan ngilu semasa dressing atau tersentuh kain. Potong-clamp lebih senang jaga. Ada diletakkan seperti corong untuk kencing, dan alat untuk melindungi luka. Kurang ngilu.

Selain itu:  "Makan Panadol Lepas Vaksin Bukan Sebelum" - Ahli Kimia Jelaskan Sebabnya

5) Hari kejadian, pergi klinik bawa kain pelikat kecil untuk anak-anak, sapu tangan. Masuk sekali bersama anak untuk pegang tangannya. Yakinkan dia bahawa ayah ada di sisi. Jangan risau. Sakit sekejap sahaja, dan akan hilang.

6) Pastikan klinik mempunyai assistant yang cukup. Kawal instrument, pegang kaki – 2 orang staf minimum perlu membantu – jika anak kuat meronta.

7) Oh, pastikan sebelum ke klinik bagilah makan agar kenyang seperti biasa. Jangan perut kosong sebab selepas bersunat hilang ke laut semua selera pak kecik tu. Semua perhatian dah berpusat pada kesakitan zakarnya.

Puji anak setelah prosedur, katakan mereka telah menjadi seorang lelaki yang kuat dan berani. Selepas ini kena rehat paling kurang 2 hari jika guna teknik clamp.

IKLAN

9) Penjagaan – disebabkan mereka tiada selera makan, mungkin menanggung sakit dari pagi – perut kosong. Sapu minyak angin sedikit di perutnya sebelum tidur. Pagi esoknya mungkin akan muntah angin. Sediakan alas, plastik di bilik tidur.

10) Pagi nak kencing! Ini paling kritikal. Pagi pertama selepas bersunat akan menjadi ujian besar buat ayah. Kerana secara fisiologinya memang hujung bahagian yang dipotong akan sedikit inflammed dan sakit jika terkena air. Mereka akan menangis kesakitan semasa kencing. Ayah bersabar, pegang tangan mereka, urut perlahan ari-ari mereka. Tapi jangan paksa.

11) Jika mereka menangis, teruskan. Ayah tahan telinga sekejap. Genggam kuat tangan mereka. Rangsang, “tak apa, nangis kuat-kuat kalai sakit” – sebab menangis akan menggalakkan otot perut dan pundinga mengempis dan mengeluarkan air kencing.

12) Jika tiada air kencing? Jangan risau – acah sedikit anakanda mu itu. “Lihat, ayah dah nampak sedikit air kencing keluar!” Dia akan melihat juga dan berfikir – oh? Dah keluar – dan dia akan terus kencing. Bila saat kencing keluar – genggam erat semula tanggannya sebab dia akan meraung kembali. Tapi, tengah-tengah stream, dia akan relaks sebab dah tak sakit. Awal-awal sahaja.

Selain itu:  Ubat Kurus Bahaya, Tak Perlu Cuci Usus Dengan Produk Pun

13) Mereka mungkin kencing tak habis. Tapi jangan risau, mereka akan kencing juga – mungkin di mana-mana, sediakan kain alas, mop dsb.

IKLAN

14) Ubat tahan sakit sentiasa bagi setiap 4 jam untuk 2 hari ni. Setiap 6 jam hari selepasnya. Pastikan ada 3-4 botol syrup PCM standby.

15) Minum air untuk galakkan anak kencing. Semakin kerap kencing, semakin cepat dia recover dan flush blood clot, discharge jika ada, semakin bersih saluran kencing. Air kencing manusia sifatnya sterile. Ia akan mencuci salurannya sendiri. Cuma dribble tu jangan lupa cuci.

16) Beli seluar dalam yang ada hard cup structure di depannya untuk jaga zakarnya daripada tersentuh/tertekan. Anak-anak saya suka pakai.

17) Sentiasa motivasi anak dengan mengira hari-hari berlalu mereka akan semakin baik dan sembuh.

18) Pilih hadiah yang sesuai untuk mereka main selepas bersunat. Ikut minat anak dan kalau mampu.

19) Buka clamp pada hari 5-7 selepas bersunat. Sakitnya sedikit sahaja. Ingat, anak dah trauma selepas pergi ke klinik pada hari bersunat. Sekali lagi ayah kena sediakan mental sewajarnya.

20) Bagi buah-buahan sebab jika mereka sembelit, tekanan akan diterima di bahagian bawah. Jika ayah perasan semasa meneran sembelit, air kencing akan terpancut ketika najis tengah crowning di bawah. Boleh beri lactulose 10 mls setiap hari untuk bantu lawas berak.

Cukup setakat itu tipnya, semoga anda mampu bersedia memberikan pengalaman baru kepada anak-anak lelaki. Jangan dimanja lebih. Jangan juga dibiar sangat. 

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI