strok haba

Sekali lagi tular kisah kanak-kanak lelaki 12 tahun yang dikatakan korban strok haba di Kluang, bermula dari demam sahaja dan akhirnya dikejutkan dengan berita meninggal dunia.

Korban Strok Haba, Jangan Ambil Mudah Bila Anak Demam

Airiel Syahren Syahrol disahkan meninggal dunia oleh doktor akibat ‘septic shock secondary to meningoencephalitis’ di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK).

Korban Strok Haba, Jangan Ambil Mudah Bila Anak Demam

Menurut bapanya, Syahrol Azmi Mohd Hekak, 42, anak kedua daripada empat beradik itu mengalami simptom demam tidak berpeluh, kekejangan otot, muntah, terkencing, terberak dan meracau kira-kira 10 malam Ahad lalu.

Bermula Dengan Demam

Pada mulanya Airiel Syahren termasuk adik lelakinya berusia sembilan tahun dan ibu mereka mengalami demam biasa.

“Pada malam kejadian dia mengejutkan saya dan menyuruhnya tidur di ruang tamu mungkin kerana di bilik itu sejuk.

“Selepas itu saya dengar macam bunyi benda jatuh dan kemudian saya dapati dia mengalami kekejangan di ruang tamu,” katanya.

Syahrol terus menghubungi talian 999 sebelum disambungkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom.

“Pihak hospital ada tanya, apakah anak saya ada sawan? Lagilah saya panik, tetapi pihak hospital beritahu supaya mengiringkan badan anak saya itu, jangan bagi dia makan atau minum dan tunggu ambulans sampai.

IKLAN

“Dalam tempoh itu, anak saya meronta-ronta sampai terberak, terkencing dan seperti menahan kesakitan. Adiknya juga mengalami perkara sama tetapi dalam beberapa minit sahaja,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Bentong di sini.

Katanya, jam 7 pagi, dia mendapat panggilan daripada petugas HEBHK supaya membeli lampin pakai buang buat anaknya namun tidak lama kemudian dia mendapat panggilan kedua yang menyuruhnya segera datang ke wad.

Selain itu:  Disahkan Positif Covid-19. Wanie Kayrie Demam & Sakit Kepala Teruk, Daiyan Trisha Pula Tiada Simptom Teruk!

“Ketika meninjau di katil anak, saya terkejut kerana anak saya sedang dipam di dadanya oleh kakitangan di situ.

“Kemudian dua orang doktor memanggil saya ke bilik mereka dan menerangkan anak saya mengalami simptom strok haba hingga menyebabkan buah pinggang terjejas, X-ray dadanya berwarna putih selain terkena radang otak,” katanya.

Katanya, tidak menyangka anak yang disifatkan sebagai pendiam, suka tersenyum dan ringan tulang membantu keluarga itu, pergi terlalu cepat.

IKLAN

“Jangan ambil mudah jika anak-anak anda mengalami demam, jangan fikir lagi soal ada duit atau tidak, segera hantar mereka mendapatkan rawatan di hospital,” katanya.

Anak ketiganya, Aidil Syahren, 9, kini sudah stabil dan masih berada di wad HEBHK.

“Anak saya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bentong selepas Zohor,” katanya.

Langkah Pencegahan Strok Haba

Merujuk eCENTRAL, orang awam perlu mengetahui beberapa langkah pencegahan penting untuk mengelak berlakunya strok haba iaitu:

1. Tidak melakukan aktiviti di bawah sinaran matahari terik atau dalam keadaan panas untuk tempoh yang panjang.

IKLAN

2. Elak melakukan aktiviti fizikal dalam keadaan letih, lapar atau dahaga yang keterlaluan.

3. Pastikan diri terhidrat dengan minum air kosong tiga (3) hingga empat (4) liter sehari.

4. Mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang, memakai pakaian yang longgar dan ringan serta pelindung haba seperti topi atau payung.

5. Tidak meninggalkan sesiapa di dalam kenderaan yang parkir di bawah matahari terik.

5. Memastikan pengudaraan yang cukup atau pendingin hawa jika berada dalam rumah atau premis.

Apa pun, Rapi mengucapkan salam takziah buat mangsa keluarga strok haba. Jangan ambil mudah jika anak anda mengadu sakit kepala selepas bermain di taman. Muka si anak merah-merah, tangan kesejukan, rasa pening nak muntah. Ini mungkin tanda anak anda mengalami heat strok yang sangat bahaya kepada nyawa.

Selain itu:  Ramai Yang Keliru, Doktor Ini Jelaskan Apa Sebenar Perlu Dilakukan Bab Jaga SOP

Sumber: Harian Metro

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI