Coronavirus (CoV) adalah sejenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan saluran pernafasan. Terdapat beberapa jenis coronavirus seperti severe acute respiratory syndrome coronavirus (SARS) dan Middle East Respiratory syndrome-related coronavirus (MER-CoV). Coronavirus terbaru yang ditemui di China adalah Coronavirus 2019 (COVID-19). Jangkitan Coronavirus boleh menyebabkan spektrum gejala daripada selesema biasa kepada radang paru-paru (pneumonia) yang teruk.

Kala ini ramai beranggapan Covid hanya seperti selesema biasa tapi bagi mereka yang dijangkiti, pasti tahu kesan berpanjangan dialami. Bukan saja bagi pengidapnya tapi bagi mereka yang didapati bergejala tapi tidak buat test juga berisiko merasainya.

Baca perkongsian dari doktor perubatan, Dr. Mohd Syamirulah Rahim yang mengulas luahan pelakon Namron mengenai derita long covid dialaminya.

RUPA-RUPANYA LONG COVID

Perkongsian oleh pelakon tuan Namron, amat kerap kami para doktor jumpa di klinik sekarang ini. Sebab inilah saya selalu tekankan, meskipun ramai yang kata covid itu gejalanya ringan, macam gejala flu saja, tapi hakikatnya Long Covid itu benar.

Pesakit datang memaklumkan sejarah pernah dijangkiti Covid, namun masih bergejala seperti selalu keletihan, sakit dada, sesak atau tidak cukup nafas, tidak boleh bersukan seperti biasa. Sedangkan gejala long covid kepada kita yang dewasa ini pun sangat significant, apatah lagi kepada anak-anak kita.

Seperkara lagi yang kerap kali saya jumpa, pesakit yang datang dengan simtom Long Covid seperti batuk berpanjangan. Apabila kita bertanya pernah kena Covid tak, jawapannya “tak pernah test.”

Rupanya beliau pernah bergejala Covid, tapi tidak test. Beliau menyangka tak perlu test atau memang sengaja tidak test kerana tak mahu dikuarantin. Selepas beberapa hari bergejala, beliau sembuh, tapi gejala long Covid pula bermula.

Beliau batuk berpanjangan, dah berapa klinik dilawati. Dah habis berapa jenis antibiotik ditelan. Sering kelesuan. Dah buat blood test. Sering rasa berdebar. Dah buat ECG. Semuanya normal.

Apabila berjumpa dengan saya, saya tanyakan kepadanya satu soalan penting – “ada kemungkinan tak encik pernah dijangkiti covid-19?”

Lalu dia beritahu, pada awal tahun ini memang ada dua tiga orang rakan sekerjanya bergejala, termasuk beliau. Tapi mereka masing-masing tidak buat test. “Ingatkan demam biasa”, alasan yang diberikannya.

IKLAN

Kalau mengikut garispanduan pasca Covid oleh KKM, sindrom long Covid ditakrifkan sebagai “Signs and symptoms that develop during or after an INFECTION CONSISTENT WITH COVID-19”

Dia tak sebut Covid19 sahaja, tapi definisi menyebut “infection CONSISTENT with”. Dari situ, saya mengatakan beliau berkemungkinan sedang mengalami Long Covid.

Selain itu:  Basuh Botol Susu Anak, Cara Ini Boleh Hilangkan Kerak Yang Melekat!

Manakala definisi Post Covid dari WHO pula mengatakan, “Post COVID-19 condition occurs in individuals with a history of PROBABLE OR CONFIRMED SARS CoV-2 infection.”

“Probable or Confirmed”. Kalau mengesyaki adanya sejarah jangkitan Covid, sudah memenuhi kriteria untuk dikatakan Long Covid.

Habis, apa rawatannya?

Inilah saat yang paling saya tidak suka. Kerana saya tidak ada berita gembira kepada pesakit ini. Apabila individu datang dengan gejala Long Covid, saya hanya mampu berkata,

“Maaf tuan/puan, buat masa ini masih belum ada sebarang rawatan khas untuk Long Covid. Rawatannya hanyalah berdasarkan simtom sahaja. Jika batuk, kita bagi ubat batuk. Jika letih, kita minta amalkan makanan sihat dan bertenaga. Jika sakit perut, kita bagi ubat sakit perut.”

IKLAN

“Habis, sampai bila, doktor?”

“Wallahua’lam. Saya tak boleh jawab soalan itu. Ada orang, lepas dua minggu, simtom bertambah baik. Ada orang, dua bulan pun, masih ketara simtomnya. Ada orang tak pulih-pulih seperti sediakala langsung.”

Seterusnya pesakit pun dirujuk ke hospital yang mempunyai kemahiran dan fasiliti untuk follow up kes Long Covid ini. Tujuannya adalah untuk “rehabilitasi”.

Begitulah, Long Covid. Sebab itulah kalau ikut cakap palatao atau tahi konspirasi ini, mereka kata Covid ini rekaan, mereka hasut jangan ambik vaksin, mereka kata covid ini demam biasa saja. Bagi saya, kata-kata mereka lebih beracun dan mudarat dari kata mereka itulah yang akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak.

Sekarang, kes Covid sudah mula meningkat kembali. Beberapa hari lalu, saya secara peribadi mendiagnosis 2 orang pesakit sebagai positif Covid. Dua hari lepas, 4 orang. Kelmarin, 6 orang didiagnosis positif Covid, termasuklah seorang bayi berusia empat bulan.

Semua ini bukannya kes close contact kepada sesiapa pesakit Covid, tapi datang ke klinik kerana bergejala ILI. Saya mensyaratkan semua semua pesakit bergejala ILI, mesti menjalani swab Covid yang saya buat sendiri. Walaupun pesakit “kata” dah buat dirumah, saya akan memohon maaf kerana memang saya akan ulang semula test Covid.

Itu pun ada pesakit yang marah apabila dimaklumkan, pesakit perlu buat swab Covid dahulu sebelum mendapatkan rawatan di klinik saya bertugas. “Apa yang susah sangat, nak ambil antibiotik saja pun!”. Dia ingat semua penyakit di dunia ini boleh dirawat dengan antibiotik sahaja agaknya. Berapa ramai yang menyangka mereka atau anak mereka hanya “demam selesema” biasa tapi sebenarnya dijangkiti Covid. Bila batuk tak lega sebulan, pergi serata klinik beli ubat batuk.

IKLAN
Selain itu:  Doktor Ajar 5 Teknik Mudah Latihan Kuatkan Paru-Paru, Selepas Kena Jangkitan Covid-19

Untuk pengetahuan, stok ubat di negara kita khasnya di fasiliti swasta, adalah sangat terhad. BANYAK klinik yang sudah kehabisan ubat, termasuklah ubat demam dan antibiotik. Ketika bertugas semasa cuti raya haji baru ini, saya ada dapat pesakit yang membawa preskripsi doktor dari Kuala Lumpur, datang semata-mata hendak membeli antibiotik, kerana sudah puas dicari di klinik sana sini tapi tak ada.

Untuk ubat batuk pula. Jika dulu, kita ada pelbagai pilihan ubat batuk. Ada ubat batuk pecah kahak, ada hilang penat, ada mengantuk, ada kering hingus dsb. Sekarang, jika anda ke klinik, doktor akan bagi ubat batuk “yang mana ada” saja. Kebiasannya yang cecair hitam mengantuk itulah, kerana itu yang orang tak suka.

Kerana itulah saya menggesa, jika anda atau anak anda mempunyai gejala demam batuk selesema,

  1. ASSUME COVID UNTIL PROVEN OTHERWISE.

Kuarantin kendiri di rumah anda. JANGAN ke tempat awam, tengok wayang, naik grab, join makan-makan open house, hadir kenduri dsb. PAKAI MASK sentiasa walaupun dengan ahli keluarga sendiri, atau rakan sekerja sendiri. Jangan alpa, assume “ala kawan satu ofis, ok kot”, “kalau dia tak sihat mesti dia tak datang kerja dah”.

  1. TEST TEST TEST.

Jangan ingat dah test sekali, negative, terus anggap anda negatif. Saranan KKM adalah test pada hari pertama dan hari keempat bergejala, namun saya sering berpesan kepada pesakit, jika masih bergejala dan berkemampuan, buat test SETIAP HARI itu lebih bagus. Ataupun jika terpaksa keluar rumah, test dahulu.

Jika berhasrat ke tempat orang ramai, kenduri dsb, buat saja test kendiri meskipun anda tidak bergejala.

Orang awam khuatirkan banyak benda jika didiagnos Covid. Paling difikirkan adalah kuarantin. Ada yang takut/risau dikuarantin kerana nanti sapa nak jaga anak, sapa nak cover kerja, sapa nak masak2 kat rumah, tak boleh jalan2 shopping. Ada yang, enjoy/seronok dikuarantin, kerana boleh work from home, tak payah hadap jem, seronok orang hantar makanan dsb.

Tapi kami doktor, memikirkan kesihatan anda jauh lebih dari tempoh kuarantin. Kami risaukan anda, dijangkiti Long Covid. Justeru tolong jangan pandang mudah kerisauan kami ini.

Dr. Mohd Syamirulah Rahim
Pegawai Perubatan

 

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI