Dah lama tahu tentang kebaikan minum smoothie buah naga tetapi tetap tak amalkan sebab tak begitu rajin nak buat. Tup tup tengok Puan Zuriaty Musa kongsi amalan minum smoothie yang dikatakan boleh buat dia rasa kenyang dan tahan lapar.
Ini memang sesuai untuk kita-kita yang mahu diet. Jangan lagi melambung ayat:
“Alamak, berat naik lagi!”
Sambil gosok perut, “…bila agaknya berat badan boleh kurus balik.”
Apa yang payah sangat, bila kita ini jenis pantang nampak makanan manis. Semua nak dan mesti habis. Esok repeat. Penat sangat kalau asyik naik penimbang tetapi jarum tetap ke arah kilo naik.
Elak Berat Naik, Minum Smoothie Buah Naga
Bila diet, memang pemakanan perlu dijaga supaya tidak melebihi kalori seharian yang perlu diambil. Baik sarapan, tengah hari, menu petang atau makan malam, anda kena pandai pilih menu. Jadi, jom kita cuba salah satu menu sihat ini.
Sesuai untuk anda yang sedang berdiet, jom cuba buat jus buah naga sendiri. Cuma perlukan susu segar, buah naga dan pisang.
IKLAN
Cara buat:
Mula-mula potong buah naga dan pisang kecil-kecil dalam jumlah yang anda suka. Kemudian anda boleh tambah susu segar dan kisar sehingga sebati.
Agak warna jus dah naik pink cantik, anda boleh hias dengan sedikit buah naga dan pisang yang sudah dipotong ke dalam gelas. Kalau nak tambah cia seed pun boleh ya, boleh buat lagi kenyang.
IKLAN
Haa.. selepas ini kalau Waktu petang rasa lapar, boleh buat smoothie pula. Sedap sungguh dan yang penting lebih sihat.
INFO SIHAT
IKLAN
Kelebihan buah pisang.
Buah pisang kaya dengan kandungan serat mampu untuk memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Ini kerana serat melambatkan proses pengosongan perut lalu membuatkan kita berasa kurang lapar. Pisang juga mengandungi B6, manganese dan copper yang bagus untuk otak.
Sebiji buah naga membekalkan 7 gram serat iaitu kira-kira 30% daripada saranan pengambilan serat seharian (25 hingga 30 gram). Antara fungsi serat ialah membantu memberi rasa kenyang yang lebih lama terutamanya bagi individu yang ingin menurunkan berat badan. Serat juga memainkan peranan dalam mencegah risiko penyakit kronik.
Buah naga juga boleh dijadikan sebagai salah satu pilihan makanan untuk membekalkan zat besi. Kandungan vitamin C dalam buah naga juga membantu penyerapan zat besi.
Ok, anda dah nampak hasilnya kan? Nak diet pun gembira kalau dapat minuman macam ini.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kurma antara makanan sunnah yang dikatakan mampu memberi tenaga berpanjangan ketika di bulan puasa.
Sama ada dimakan begitu saja ketika sahur dan berbuka, kurma juga boleh dibuat pati untuk dijadikan air minuman.
Selain itu, pati juga boleh dijadikan bahan tambahan dalam setiap masakan.
Perkongsian di laman sosial Nadiah Latfi memberitahu cara mudah buat pati kurma yang boleh dicampur terus dengan susu.
Sesuai sangat diamalkan sewaktu bersahur dan boleh bertahan hingga waktu berbuka puasa. Bukan itu sahaja, dalam masa sama boleh kekal slim, menjelang Syawal nanti.
Stok Pati Kurma Untuk Sahur
Stock pati kurma untuk sahur. Campur dengan susu & ready untuk minum. Minum ini je pon dah cukup untk bertahan sampai berbuka. Dalam masa sama boleh kurus. Selamat berpuasa semua.
Bahan-bahan:
– Kurma – Susu – Badam, kismis atau bahan lain
Cara membuat:
1. Buang biji & basuh kurma 2. Stim 20 minit 3. Blend sampai hancur 4. Simpan dalam bekas & boleh letak dalam fridge 5. Campurkan 2 sudu pati kurma & susu (any susu yang sedap di tekak masing-masing). Ready untuk minum. Boleh jugak campur madu, badam, kismis dan lain-lain.
Baru-baru ini tular dengan kisah air mineral yang dikatakan mahal berbanding jenama biasa.
Harganya sebotol berharga RM4.50 dan dianggap harga ‘kayangan’ yang hanya diminum oleh golongan atasan.
Kenapa agaknya air mineral jenama Evian ini mahal dan jadi pilihan ramai berbanding jenama lain.
Dikatakan air mineral ini mahal kerana qualiti yang baik dan bagus untuk kesihatan.
1. Baik Untuk Tulang, Jantung & Mampu Turunkan Berat Badan
Ia kaya dengan kalsium dan magnesium yang akan membuatkan tulang kuat, peradaran jantung yang baik dan membantu untuk menurunkan berat badan.
2. Dari Sumber Semula Jadi
Ia adalah daripada sumber air semula jadi yang bukan sahaja menghilangkan dahaga malah membantu tubuh menjadi lebih sihat.
3. Pengiktirafan Dari Segi Kesihatan & Brand ‘Awareness’
Air mineral Avian mendapat pengiktirafan dari segi kesihatan dan brand awareness tidak seperti jenama lain. Bukan sahaja dia melabur dalam pemasaran, namun dalam pelbagai acara termasuk Terbuka AS dan Wimbledon.
4. Air Dari Perancis
Ia datang dari wilayah tenggara Perancis, Rhone-Alpes. Harga air sedikit sebanyak meliputi kos pengedaran global.
Jika di Perancis atau bahagian lain negara Eropah, air ini mungkin lebih murah daripada harga di Malaysia. Namun untuk sampai ke negara-negara di Asia Tenggara, kos untuk mengedar jenama air Evian ini akan menjadi lebih mahal.
5. Botol Dari Bahan Kitar Semula
Demi melindungi bumi, Evian menggunakan botol dari bahan yang mudah dikitar semula. Website mereka mengatakan botol diperbuat daripada polyethylene terephathalate (PET) yang mempunyai proses pembuatan kompleks. Kosnya juga agak mahal untuk menghasilkan botol dengan kualiti 100% PET.
Apabila semua makan sedap terhidang di atas meja menyebabkan selera makin sukar untuk ditahan-tahan. Namun begitu, boleh atau tidak kita mencampurkan makanan laut dan darat.
Ada yang memberitahu, jika mencampurkan akan menyebabkan toksik yang boleh memudharatka kesihatan.
Jika betul, apa hidangan terbaik boleh kita ambil setiap hari dalam pyramid pemakanan. Perkongsian Dr Fatimah Salim menjelaskan perkara ini bagi mengelak kekeliruan.
CAMPUR MAKANAN LAUT & DARAT TOKSIK?
Ramai yang keliru dengan amalan tidak mencampur masak dan makan makanan berprotein daripada laut (ikan, udang, ketam) dan darat (ayam, kambing, lembu.,) kerana dipercayai akan berlaku tindak balas kimia yang akan menyebabkan makanan menjadi toksik lalu memudaratkan kesihatan.
Ketahuilah, ianya TIDAK benar! Kimia tidak menyokong kenyataan ini.
Sebenarnya makanan berprotein laut dan darat jarang dicampur masak bersama disebabkan oleh struktur protein yang berlainan. Ikatan kimia struktur protein makanan laut lebih longgar maka lebih cepat empuk apabila dimasak.
Manakala ikatan kimia dalam struktur protein makanan darat pula lebih teguh terutamanya daging maka secara perbandingan proses memasak akan menjadi lebih lama.
Ingat, proses memasak bertujuan melonggarkan ikatan kimia dalam protein agar mudah dipisahkan kepada molekul-molekul kecil dalam sistem penghadaman, lalu memudahkan proses penyerapannya ke dalam badan.
Proses Memasak & Gaya Kunyahan Berlainan
Jadi jika difikir logik, larangan tidak mencampur makan makanan laut dan darat adalah lebih kepada kelainan tekstur protein yang mana memerlukan proses memasak dan daya kunyahan yang berlainan.
Tekstur keras daging yang belum masak sepenuhnya jika tidak dikunyah sebaiknya akan mengganggu proses penghadaman terutamanya jika diambil dengan kuantiti banyak.
Makanan yang tidak dihadam ini sama ada terperap dalam bahagian perut atau ditolak ke usus besar menjadi habuan bakteria. Perapan yang lama dalam perut boleh menyebabkan sendawa berlebihan, ulser, pedih ulu hati, sakit tekak dan batuk disebabkan kandungan asid hidroklorik perut meruap ke saluran oesophagus.
Aktiviti bakteria melalui proses fermentasi pula akan menghasilkan bahan kimia berbentuk gas seperti hidrogen dan metana yang banyak. Gas-gas ini kemudiannya akan dikeluarkan dari sistem usus besar sebagai kentut.
Sekiranya gas ini tidak dikeluarkan, ianya akan terus terkumpul/ terperangkap dalam usus yang juga dikenali dengan istilah ‘kembung perut’ atau orang kita bahasakan sebagai ‘angin’.
Harus diingat ‘angin’ ini ialah ‘benda asing’ yang berada dalam badan. Maka badan akan seboleh mungkin untuk mengeluarkannya dengan mekanisma yang mampu menggangu keseimbangan proses kimia badan yang lain.
Olah Cara Memasak
Ketidakseimbangan kimia badan ini akan menyebabkan kita berasa ‘kurang selesa’ atau ‘sakit’ pada bahagian tertentu. Tujuannya adalah sebagai ‘signal’ untuk kita berbuat sesuatu atau badan akan beradaptasi untuk mengembalikan semula keseimbangan kimia (Self-healing).
Bahagian mana yang terkesan dan bagaimana, adalah bergantung kepada tahap kesihatan sedia ada dan mekanisma yang ‘paling’ kurang mudarat kepada system badan. Ada yang krem otot abdomen, ada yang sejuk badan dan berpeluh, ada yang muntah, ada yang pitam.
Maka, untuk masakan campur sebegini, mungkin cara dan proses memasak perlu diolah sedikit agar kedua jenis protein ini lebih serasi. Contoh masak bagi empuk daging dahulu, kemudian baru campurkan dengan ikan atau udang.
Atau boleh juga daging yang liat diperap terlebih dahulu untuk melemahkan ikatan kimia antara molekul-molekul proteinnya. Selain itu, sesetengah individu kurang menggemari tekstur dan rasa kedua kumpulan makanan sumber protein ini apabila dicampur masak. Dan pilihan adalah bergantung kepada citarasa masing-masing.
Ada juga yang mengaitkan dengan amalan Nabi saw. Namun tiada ayat Al-Quran atau hadith Sahih yang melarang mencampur makan makanan laut dan darat. Boleh baca penerangan Mufti Wilayah di pautan ini https://muftiwp.gov.my/…/2287-irsyad-al-hadith-siri-ke…
Sebenarnya amalan tidak mencampur makanan laut dan darat adalah tergolong dalam Kahsut iaitu hukum hakam pemakanan kaum Yahudi (Jewish dietary laws). Boleh baca penerangan lebih terperinci di pautan ini untuk lebih jelas https://www.myjewishlearning.com/…/ask-the-expert…/amp/
KESIMPULANnya mencampur makan makanan laut dan darat tidak akan mencetuskan tindak balas kimia berbahaya atau toksik dalam badan. Makanlah apa yang anda suka, yang penting halal dan baik.
Pastikan memasak dan mengunyah dengan betul terutamanya apabila mengambil bersama ikan dan daging yang lebih liat seperti daging lembu. Ini untuk membantu memudahkan proses penghadaman.
Nota: Bagi anda yang tidak gemar untuk mencampur makan, terpulang kepada selera, kemampuan dan kehendak masing-masing. Namun usah dikaitkan dengan tindak balas kimia penghasilan toksin atau amalan Nabi saw.