Tidak dinafikan, jika mengalami masalah batuk akan menyebabkan seseorang rasa tidak selesa. Apatah lagi jika batuk berkenaan berpanjangan dan lama untuk sembuh.

Bahkan selepas makan ubåt batuk diambil dari klinik juga, masalah ini tidak hilang hingga boleh mengganggu tugasan harian.

Sebenarnya selain ubat batuk tedapat sumber alami yang boleh membantu mengatasi masalah ini jika diamalkan secara konsisten.

Perkongsian Pakar Antioksidan Dr Suri Roowi menyenaraikan sumber alami ini dan antaraya adalah bahan mudah didapati di dapur anda.

Pakar Kongsi 9 Sumber Alam Senang Dapat, Boleh Hilangkan Batuk & Legakan Tekak

Artikel Lain: Selain Batuk & Selesema, Cirit-Birit Juga Antara Simptom Awal Varian Omicron

SUMBER ALAMI UNTUK BANTU ATAU ATASI MASALAH BATUK

Memandangkan sekarang ini agak panas, ramai antara kita mungkin mengalami masalah batuk. Disertakan disini sumber alami untuk bantu atasi masalah batuk

1. Minum Air Serbuk Halia

Apabila halia dikeringkan dan dikisar jadi halia serbuk, bahan khasiat (gingerol) akan bertukar kepada shogaol. Shogaol adalah 2 kali lebih pedas berbanding gingerol. Bahan shogaol boleh bertindak sebagai ubat batuk.

2. Makan Nanas

IKLAN

Nanas mengandungi enzim bromelain. Enzim ini bantu cairkan kahak dan kurangkan batuk.

3. Minum Madu Asli

Madu asli sangat membantu masalah sakit tekak dan batuk. Terdapat kajian menunjukkan ia lebih berkesan berbanding ubat moden yang mengandungi dextromethorphan.

Pakar Kongsi 9 Sumber Alam Senang Dapat, Boleh Hilangkan Batuk & Legakan Tekak

4. Minum Yoghurt atau Madu Kelulut

Lactobacillus adalah bakteria baik yang boleh membantu sistem penghadaman dan masalah batuk. Bakteria baik ini banyak dalam yoghurt dan kajian terkini menunjukkan lactobacillus banyak juga dalam madu kelulut.

IKLAN

5. Minum Air Limau Nipis bersama Madu

Limau nipis membantu merawat batuk dengan mengurangkan radang. Kulit limau nipis tinggi bahan berkhasiat (neohesperidin) berbanding jus. Caranya adalah dengan tambahkan madu asli pada kulit limau yang dihancurkan dan ditambahkan jus. Minum sedikit-sedikit sehingga sembuh. Limau nipis lebih berkesan berbanding kasturi untuk masalah batuk.

Artikel Lain: Sedikit Berbau & Ulas Kecil, Tapi Banyak Manfaat Untuk Kesihatan. Bawang Putih Boleh Atasi Masalah Batuk!

Selain itu:  KKM Kesan Produk Kosmetik Mengandungi Racun, Sebabkan Kulit Muka Nipis & Risiko Kanser

6.Hidu Bawang Merah

Bawang Merah adalah antara sumber yang mudah didapati untuk bantu kurangkan batuk. Caranya adalah dengan memotong dan hidu bau bawang tersebut.

IKLAN

Pakar Kongsi 9 Sumber Alam Senang Dapat, Boleh Hilangkan Batuk & Legakan Tekak

7. Minum Air Kunyit

Kunyit secara semulajadinya mengandungi bahan kurkumin. Ia juga membantu kurangkan batuk terutamanya jenis batuk tanpa kahak. Caranya adalah ambil sedikit kunyit bersama madu, ditambah air dan diminum.

8. Minum Air Kayu Manis

Rendam 1 atau 2 kayu manis dalam segelas air panas dan minum sedikit-sedikit. Kayu manis juga membantu masalah diabetis

9. Kumur-kumur dengan air garam – disediakan dengan melarutkan sesudu garam dengan secawan air suam

#DrSuriRoowi Ph.D KMN

Principal Scientist

Artikel Lain: Bawang Putih Bakar, Petua Lama Hilangkan Angin Dalam Badan. Mudah Je Nak Buatnya!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI