Tidak dinafikan bukan mudah untuk mendapatkan berat badan idaman. Pelbagai cara dilakukan termasuk pengambilan sumplemen, diet makan, tetapi semuanya tidak menjadi.

Namun jika kekal berusaha dan disiplin, pastnya impian itu akan terlaksana.

Seperti perkongsian gadis ini yang berkongsi cara menurunkan berat Badan tanpa perlu mengelak pengambilan nasi.

Menurut Ameera dalam perkongsiannya di laman twitternya tahun 2019, perjalanan penurunan berat badannya bermula pada November tahun 2018. Selain berdiet, dia juga turut melakukan senaman.

Ujarnya lagi, dia tidak mengikut diet tertentu yang popular seperti diet atkins, IF dan sebagainya. Dia hanya berdiet mengikut caranya sahaja.

Gadis 27 tahun ni berkongsi rahsia dietnya. Menurutnya, dia hanya makan dalam kuantiti yang banyak pada sebelah pagi.

IKLAN

Untuk sarapan dia akan mengambil nasi dan lauk seperti biasa. Namun, untuk makan tengahari, dia hanya akan makan buah-buahan dan tidak mengambil apa-apa untuk makan malam.

Tambahnya lagi, dia akan mengambil 2 senduk nasi, lauk ayam dan sedikit kuah untuk sarapan.

Katanya, jika kita tidak bersarapan kita lebih cenderung untuk mengambil lebih banyak makanan pada tengahari

Saya mula lakukan diet dan senaman ini pada November tahun lalu. Pada awalnya berat saya 83kg dan terkini berat saya turun ke 69kg,”

IKLAN

Untuk tengahari, dia akan mengambil buah potong dan tidak meletakkan sebarang perisa asam atau kicap.

Untuk makan malam, permulaan memang agak sukar untuk anda tidak mengambil sebarang makanan. Jadi anda bolehlah mengambil biskut atau roti high fiber.

Dia mula melakukan senaman seperti berlari/jogging selama 30 minit atau berbasikal selama 30 minit.

Ini  merupakan antara tip lain yang dikongsikan olehnya adalah seperti berikut:

– Untuk permulaan anda memulakan senaman, untuk orang yang berat lebih baik buat cycling dulu.

IKLAN

– Kemudian baru boleh buat joging secara perlahan. Jangan terlalu paksa diri masa buat kardio. Buat ikut kemampuan, tapi kena sentiasa konsisten.

– Perlu displinkan diri dengan jangan mengambil sebarang makanan ringan, makanan segera dan makanan yang manis-manis.

Jadi diingatkan bagi yang mahu turunkan berat badan cara sihat, boleh ikut tip dikongsi Ameera ini. Apa yang penting keazaman untuk kembali langsing.

Artikel Berkaitan:

Lepas 2 Tahun Buat Pembedahan Pintasan Usus, Aishah Berjaya Lenyapkan 33Kg. Kini Boleh Kawal Nafsu Makan!

Rupanya Picit Jerawat & Cabut Bulu Hidung Boleh Undang Strok. Ini Bahaya Yang Ramai Tak Tahu!