Tidak dinafikan pelbagai cara dilakukan seseorang itu untuk membantu mengurangkan berat badan dialami.

Namun proses ini memerlukan usaha yang serius, bukan sekadar main-main kerana apa yang dilakukan hanyalah untuk menjadi lebih sihat.

Seperti perkongsian wanita ini Muhaini Othman dari Grup Diet Suku-Suku Separuh yang berjaya menghilaangkan 10 kg setelah empat bulan lakukan diet sihat.

Malah dia juga berjaya menyarung baju daipada saiz 4XL ke XXL dan paling penting turunkan bacaan gula dari 16 ke 6.5.

Ayuh ikuti perkongsiannya dengan melakukan 12 cara untuk menurunkan berat badan lebih sihat.

Berjaya Tukar Saiz Baju Dari 4XL Ke XXL

Lepas 4 Bulan Berjaya Turunkan Berat Badan. Wanita Kongsi Rahsia Hanya Amal Diet Konsisten!

Saya mula serius nak kuruskan badan bulan Ogos 2021 dan mengurangkan bacaan blood glukos.  Maka saya memohon bantuan coach Muhamad Bahagia Jemali

Setakat ini, cara yang diajar memang berkesan. Dalam masa 4 bulan ini saya hilang 10kg sebab ada plateau lama gak.

Tetapi inch loss memang banyak sebab boleh pakai saiz xxl dr 4xl. Bacaan gula pun dah turun dr 16  ke 6.5. Ketinggian saya 165 cm, umur 45 tahun.

Lepas 4 Bulan Berjaya Turunkan Berat Badan. Wanita Kongsi Rahsia Hanya Amal Diet Konsisten!

IKLAN

Cara :

1. Defisit calories

2. Kurangkan lemak (so no deep frying, minyak sehari 10ml shj) so saya pakai spray je…

3. Nutrisi lengkap dan seimbang, DSS + Eat clean.

4. Weight training 3 kali seminggu

5. Cardio 3 kali seminggu (jln2 atau lari2 anak 2km – 3km atau aerobik)

6. Cukupkan Protein intake (tambah dgn whey)

7. Tukar bahan masakan, gula – stevia/lakanto/erythritol, garam bukit, kicap – liquid amino

IKLAN

Lepas 4 Bulan Berjaya Turunkan Berat Badan. Wanita Kongsi Rahsia Hanya Amal Diet Konsisten!

8. Makan ayam dada (kurang lemak), selang dengan daging dan ikan.

9. No sugary drinks or dessert (tapi kadang2 jamah juga).

10. Air masak 8-10 gelas sehari.

11. Disiplin & rajin.

12. Istiqamah

IKLAN

Saya jenis susah turun berat tapi senang naik. So memang kena strict sikit.  Perjalanan saya masih jauh.

Jom support each other… suka tengok orang bersemangat menjaga kesihatan. Persaingan yang sihat bagus.

Antara Menu Diet Diambil

Lepas 4 Bulan Berjaya Turunkan Berat Badan. Wanita Kongsi Rahsia Hanya Amal Diet Konsisten!

 

Selain itu:  Walau Rai Syawal Di Rumah, OOTD Tetap Onz. Cantik Bergaya Dengan Busana & Mekap On Point!

Lepas 4 Bulan Berjaya Turunkan Berat Badan. Wanita Kongsi Rahsia Hanya Amal Diet Konsisten!

Artikel Berkaitan:

Pernah Dihina Sebab Berisi, Wanita Tekad Buat Diet DSSS. Berjaya Lenyapkan 38KG Dalam Setahun!

‘Simple & Classic Tapi Menyerlah’ – Uyaina Arshad Gayakan Kurung Pahang Rona Klasik Emas, Untuk Majlis Nikah

Hand Sanitizer Luput Tarikh, Tak Berkesan Bunuh Kuman. Buang Jika Ada Tompokan Kulat & Bakteria!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI