Deanna Yusoff

Tanpa menggunakan filter, pelakon wanita yang popular pada zaman 90an, Deanna Yusoff kelihatan tetap cantik walau umurnya sudah masuk 56 tahun.

Menerusi laman Instagram, Deanna berkongsi soal kesihatan dan penjagaan kulit kepada peminatnya. Dia menceritakan pengalaman bagaimana kulitnya berubah setelah melalui fasa menopause (putus haid) hingga tahun-tahun berikutnya.

Deanna akui, dia sangat bimbang dengan kulitnya menjadi lebih kering dan kehilangan keanjalan. Penyanyi, model dan emcee ini juga memberitahu dia tertekan sehingga menghidap psoriasis.

“Kulit saya berubah sepenuhnya semasa peri-menopause, menopaus dan tahun-tahun selepasnya.

Kekeringan dan kehilangan keanjalan adalah dua kebimbangan utama saya, kulit kusam juga menjadi isu. Saya tak selesa dengan kulit saya sendiri dan sedar macam mana rupanya. Ini membuatkan saya tertekan dan saya juga menghidap psoriasis,” jelasnya.

IKLAN

Maksud Psoriasis

Untuk pengetahuan anda, psoriasis adalah sebuah keadaan di mana kulit mengalami kemerah-merahan, gatal-gatal dan mengalami pengelupasan berbentuk sisik.

Namun, Deanna mengambil inisiatif membuat penyelidikan sains disebalik fungsi kulit dalam kehidupan ini.

IKLAN

“Untuk membantu masalah kulit ini, saya mula membuat penjagaan kulit profesional dengan bahan semula jadi dan membuat penyelidikan sains di sebalik fungsi kulit sepanjang kehidupan kita.

Ini membuat saya sedar yang saya perlu menggunakan bahan-bahan selamat dan berkesan yang boleh dipercayai oleh badan saya. Sesuatu yang kita semua harus lakukan dalam rutin penjagaan kulit kita!” tulisnya.

IKLAN

Kulit Deanna Yusoff Pernah Berubah Sebab Hormon, Ini Tips Penjagaan Yang Diamalkan

Tambahnya lagi, perubahan hormon harus seiring dengan penjagaan kulit yang lebih rapi.

Selain itu:  Tawar RM5 Juta Cashback, Usaha Mila Jirin Bantu Golongan Terkesan Akibat Pandemik Covid-19

“Apabila hormon kita berubah dalam fasa kehidupan ini, begitu juga dengan keperluan kulit kita; sedar tentang perubahan tersebut, ini membantu saya untuk menjaga keperluan kulit dengan lebih baik.

Saya sangat teruja kerana dapat berkongsi pengetahuan ini dengan orang lain yang mungkin menghadapi masalah yang sama,” ujarnya.

Sekadar info, Deana Yusoff pernah menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Malaysian ke -10. Deanna juga pernah menceburi bidang nyanyian dengan melancarkan dua buah album, Dinide and Continue dan Fix.

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI