Siapa sangka kecacatan yang dialami tidak mematahkan semangat untuk menempa nama di peringkat antarabangsa.

Malah menjadi pendorong kuat untuk terus berjaya seterusnya membuka mata dunia bahawa mereka yang cacat juga boleh melakar impian masing-masing.

Bagi Victoria Salcedo, 23 tahun, berasal dari Guayaquil, Ecuador menempa sejarah apabila berjaya melayakkan diri menjadi salah seorang finalis pertandingan Miss Ecuador 2021.

Jika menang, dia bakal mewakili negara berkenaan ke pertandingan Miss Universe 2021 yang dikatakan akan berlangsung penghujung tahun.

Victoria yang juga seorang pelajar hilang kedua belah tangan dan sebelah kaki dalam insiden renjatan elektrik ketika berusia 5 tahun.

Sejak daripada itu, kehidupannya berubah 100% dan dia tidak mampu hidup seperti gadis normal tetapi ia sedikitpun langsung tidak mematahkan semangat Victoria untuk terus maju ke depan.

IKLAN

Biarpun dikategoikan sebagai orang kurang upaya  (OKU) disebabkan kecacatan kekal dialami, namun tidak mematahkan semangat untuk meneruskan kehidupan dan memburu impian.

Malah dia yang sangat berpengaruh di media sosial juga turut menyampaikan mesej di medium sosial agar masyarakat lebih bersikap memahami.

Dia yang juga pelajar dalam bidang kewartawan berkata insiden berlaku bukan penghalang untuknya mengejar impian.

IKLAN

Malah Victoria juga aktif berenang dan mampu menyertai pelbagai aktiviti tanpa masalah dan kekurangan bukan halangan utama.

Namun yang sering menyukarkan dirinya apabila hendak berkomunikasi dengan orang lain yang selalu memandangnya dengan serba kekurangan.

Selain itu:  Start Diet Bila Penyakit Menyerang. Makan Ikut Portion Betul, Itu Je Rahsianya

Malah dia juga belajar untuk menguruskan kehidupan dan berbuat aktiviti dengan kaki kanannya yang berfungsi.

Wanita hebat ini bukan sahaja berpengaruh di media sosial malah dia turut dikenali sebagai simbol inspirasi buat semua kaum wanita di luar sana.

IKLAN

Victoria sering menyampaikan mesej positif, kata-kata semangat dan memberi kesedaran tentang ‘kehilangan upaya’ menerusi platform di media sosialnya.

Kredit Foto: Instagram Victoria Salcedo

Artikel Berkaitan:

Bella Hadid Wanita Tercantik Di Dunia, Supermodel Berdarah Palestin Miliki Dagu 99.7% Sempurna

Air Minuman Masih Selamat Diminum Walaupun Dah Lepas Tarikh Luput. Ini Penjelasan Lanjut Ahli Kimia!

Rebecca Nur Islam Akhirnya Turut Positif. Setelah Hampir Tumbang Jaga Ahli Keluarga Dijangkiti Covid-19!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI