Kadang kala rasa sedih dikecewakan seseorang jadi pemangkin semangat untuk melakukan suatu perubahan pada diri.

Seperti perkongsian wanita ini yang mengambil keputusan untuk menurunkan berat badan sebaik mengetahui kekasinya curang dengan rakan baik sendiri.

Hancur perasaan apabila mendapat tahu kekasihnya menjalinkan hubungan sulit bersama rakan baiknya.

Rentetan itu gadis yang dikenali sebagai Nguyen Thi Thao Nhi menjadikan kisah ‘patah hatinya sebagai motivasi untuk mengubah penampilan diri.

Dia kemudian berjaya melenyapkan 30 kg berat badan dalam masa empat bulan sahaja.

Kecewa Kekasih Curang Dengan Teman Baik. Jadi Motivasi Wanita Lenyapkan 30KG Dalam 4 Bulan!

IKLAN

Pada awalnya, dia tidak mempunyai keyakinan namun sepanjang bercinta, kekasihnya sering memuji dirinya.

Namun selepas tiga tahun, dia mendapat tahu kekasihnya sudah berubah pandangan kepada orang lain.

Memulakan perubahan itu dengan memfokuskan kepada makanan apabila dia berhenti untuk makan makanan ringan dan elak mengambilan teh susu.

Selain itu, jadual pemakanan dietnya sangat ketat. Dia berdisiplin tentang pengambilan makanannya sekaligus menjaga jadual senamannya agar tujuan untuk menurunkan berat badan berhasil.

IKLAN

Kecewa Kekasih Curang Dengan Teman Baik. Jadi Motivasi Wanita Lenyapkan 30KG Dalam 4 Bulan!

Setelah 4 bulan berusaha, berat badan Nguyen dari 80kg kini menjadi 50kg. Dia berjaya turunkan berat badan sehingga 30kg.

“Saya ingin berterima kasih kepada bekas kekasih kerana perbuatannya itu dapat memberi kepercayaan pada diri sendiri setelah berjaya hilangkan 30kg dalam masa 4 bulan. Malah, kini saya lebih bahagia,” katanya.

Kini, dia yakin dan percaya diri untuk memakai pakaian yang disukainya.

IKLAN

Sumber: Detik.com

Artikel Lain:

Lepas Sebulan Hilang 5KG. Doktor Kongsi Tip Untuk Yang Pertama Kali Cuba Kaedah Diet Intermittent Fasting!

Tolak Terus ‘Fast Food’ Jadi Punca Berat Badan Naik. Gadis Berjaya Lenyapkan 21 KG Dalam Masa 8 Bulan!

4 Bulan Konsisten Diet ‘Eat Clean’, Wanita Akhirnya Berjaya Tukar Baju Saiz 4XL Ke XXL!

Selain itu:  Wanita Ini Kongsi 10 Cara Nak 'Melidi' Dalam Masa 2 Minggu, Jom!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI