Berpeluang menang emas hanya sementara dan pencapaian jaguh lontar peluru Ziyad Zolkefli sangat membanggakan kita.

Biarpun emas dimenangi terpaksa ditarik disebakan masalah teknikal, namun semangat yang diberikan oleh seluruh rakyat malaysia tidak berbelah bagi.

Malah jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang yang juga pemenang pingat Perak di Sukan Olimpik turut memberikan kata-kata semangat pada Ziyad.

Menurutnya beliau juga pernah berada dalam situasi sama apabila kemenangan emas di Sukan Komanwel New Delhi 2010 ditarik semula.

Pemenang pingat perak di Olimpik Tokyo baru-baru ini itu turut berharap agar jaguh lontar peluru paralimpik negara itu bersabar dengan dugaan dihadapinya.

Menerusi perkongsian di Facebook, Azizulhasni mengucapkan jutaan tahniah di atas prestasi cemerlang memecahkan rekod dunia yang ditonjolkan di Sukan Paralimpik Tokyo.

IKLAN

TAHNIAH ZIYAD SABAR ZIYAD

Pertamanya saya ingin ucapkan jutaan tahniah kepada rakan saya Ziyad Zolkefli @ziyadzolkefli di atas prestasi cemerlang memecahkan rekod dunia yang di tonjolkan di Sukan Paralimpik Tokyo. Memang sudah di atas kertas yang Ziyad adalah juara malah memecahkan rekod dunia bukan sesuatu yang mudah.

Namun saya berharap Ziyad bersabar dengan ujian yang terpaksa di hadapi sekarang ini, sudah tentu ianya bukan suatu keputusan yang mudah untuk diterima. Saya benar-benar faham akan perasaan Ziyad kerana saya sendiri pernah di tarik kemenangan pingat Emas di Sukan Komanwel New Delhi 2010 dahulu.

Ini realiti dunia sukan. Pelbagai perkara yang diluar jangkaan boleh berlaku. Kadang-kadang ianya adalah kerana kesilapan kita, dan kadang-kadang pula boleh jadi kesilapan dari pihak lawan.

IKLAN

Dan jangan terkejut jika pihak pengadilan juga melakukan kesilapan kerana ianya memang sentiasa berlaku di dalam dunia sukan ini. Mereka adalah manusia dan kita juga adalah manusia. Manusia memang tidak lari daripada membuat kesilapan.

Ziyad, memang pahit untuk ditelan. Akan tetapi nasihat saya sebagai rakan atlet, cuba untuk terima qada’ dan qadar, jangan berputus asa dan ‘keep moving forward’. Sudah tentu saya pun berharap agar bantahan dari pihak Malaysia akan diterima dan Ziyad dapat pingat Emas yang memang kepunyaan Ziyad itu.

Semua yang berlaku adalah ketentuan Allah dan mungkin ada hikmah besar disebaliknya. Kami rakyat Malaysia semua tahu yang Ziyad adalah juara yang sebenar dan pingat emas itu telah di rampas secara terang-terangan.

IKLAN

TAHNIAH ZIYAD SABAR ZIYAD

#DemiMalaysia #Tokyo2020 #ganbattemalaysia #Paralimpik #Paralympics #malaysiabolehv#Paralimpik2020 #Paralympics2020 #Paralympics 2021 #para

Artikel Berkaitan:

Nampak Muda Dari Pemenang Utama. LCW Tanya Rahsia Awet Muda Azizulhasni Lepas Raih Perak Di Olimpik Tokyo!

Bukan Je Buat Pingat Dari Gajet Recycle, Ini Lagi Fakta Menarik Di Sukan Olimpik Tokyo 2020

Selain Farah Ann, 5 Lagi Atlet Wanita Paling Hot & Curi Tumpuan Di Olimpik Tokyo 2020