Tidak dinafikan, bukan mudah untuk seseorang itu menurunkan berat badan. Walaupun hanya sedikit penurunan berlaku tetapi memberi kegembiraan atas usaha dilakukan sebelum itu.

Apatah lagi jika usia masih muda, dan tidak mahu berterusan menanggung berat badan berlebihan.

Seperti perkongsian Siti Aishah melalui Grup Diet Suku-Suku Separuh, memberitahu bagaimana dia berjaya menurunkan berat sehingga 11 kg hanya dalam masa 2 bulan.

Artikel Lain: Jaga Makan, Cukup Rehat Bantu Dapat Berat Ideal. Lelaki Ini Kongsi Journey Hilang Berat Lebih 100kg, Hebat!

Dia turut berkongsi rahsia berjaya turunkan berat badan dalam masa singkat hanya  dengan cara mengawal pemakanannnya.

Menurutnya, bukan tidak mengambil langsung makanan dan minuman manis, tetapi mengurangkan pengambilannya.

IKLAN

Bukan itu sahaja, dia juga turut mengurangkan pengambilan makanan yang berlemak dan banyakkan pengambilan minum air masak yang banyak.

Untuk sarapan pagi pula, dia lebih suka mengambil minuman oat dan makan tengahari hanya pada jam 12.30 tengah hari.

Hasil Minum Oat Setiap Pagi, Wanita Akhirnya Berjaya Langsing Dalam Masa Singkat

IKLAN

Sangat berdisiplin soal pengambilan makan malam dengan menetapkan 6.30 petang hingga 7 malam makan nasi.

Dan jika lapar selepas jam 9 malam, dia hanya akan minum oat dengan biskut sahaja. Dia juga turut masuk tidur lebih awal sekitar jam 10 malam.

Artikel Lain: Ambil Masa 3 Bulan Wanita Ini Berjaya Tranformasi Diri. Bukan Je Dapat Berat Ideal, Kulit Pun Makin Sihat!

IKLAN

Berkat disipln dengan amalan dilakukan, wanita ini akhirnya berjaya mendapat berat ideal diimpikan.

Bukan itu sahaja, jika sebelum ini ketika berat badan berlebihan mengalami sakit kaki dan lutut, tetapi kini badannya rasa lebih sihat dan mudah untuknya melakukan kerja rumah terutama senang dalam melakukan ibadah.

Hasil Minum Oat Setiap Pagi, Wanita Akhirnya Berjaya Langsing Dalam Masa Singkat

Artikel Lain: Lepas 4 Bulan Berjaya Turunkan Berat Badan. Wanita Kongsi Rahsia Hanya Amal Diet Konsisten!