
Lama sungguh Che Puan Syamim Farid tak makan nasi, patutlah maintain tubuh slim dan cantik kulitnya.
Kerjaya wanita anggun berusia 32 tahun ini berkembang sebagai seorang pelakon dan pengacara yang sentiasa dilihat menghiasi kaca televisyen di Malaysia.
Kahwin 8 Tahun Tapi Tubuh Che Puan Syamim Maintain Slim
Kini masih lagi aktif dalam dunia seni, beliau merupakan isteri kepada Yang Mulia Bentara Raja Tengku Ezrique Ezzudean Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Al-Haj yang dikahwininya pada tahun 2016.
Namun, apa yang paling menjadi inspirasi ramai adalah kelangsingan bentuk tubuh Che Puan Syamim ini yang langsung tidak berubah persis anak dara meskipun sudah berkahwin selama lapan tahun.
Malah kelihatan semakin jelita! Agaknya apakah rahsia yang diamalkan?
Tak Jamah Nasi Dan Tolak Gula
Berusia 32 tahun, Che Puan Syamim masih lagi cantik seperti 10 tahun lalu. Beliau mengekalkan figura tubuhnya yang langsing sekali gus memastikan kesihatan pada tahap maksima.
Baru-baru ini Che Puan Syamim tampil berkongsi kepada umum mengenai rejim pemakanan yang diamalkannya untuk tampil langsing dan sihat.
Khabarnya, sudah sembilan tahun tidak menjamah nasi. Beliau juga tidak makan makanan seperti ayam, daging, minyak dan gula.
“Bila saya dah memulakan sesuatu, saya akan buat betul-betul self-dicipline. No cheat day.
“Nak berhenti makan sesuatu memang susah. Tapi fikir pasal diri sendiri. Awak jaga diri awak, makan awak bukan untuk orang lain, untuk diri sendiri. Kalau sayang diri, makanlah healthy food,” kongsinya mengenai diet ketat yang diamalkan.
Sesekali Makan Spaghetti
Selain itu, jika mahu makan makanan yang berat beliau hanya memilih untuk menikmati hidangan pasta seperti spagheti Aglio Olio yang dimasak menggunakan minyak zaitun.
Begitulah tip cantik daripada Che Puan Syamim, jadi jika anda mahu bertubuh slim, makan kena jaga. Yang penting pilih menu sihat, inshaa Allah akan ada hasilnya.
5 Tahun Alami Bipolar Disorder, Wanita Ini Kongsi Simptom Cakap Seorang Diri, Menggigil & Kerap Penat

Tanggal 30 Mac lalu rupanya adalah sambutan Hari Bipolar Sedunia. Ramai yang tak ambil kisah kerana tidak tahu betapa bahayanya masalah ini jika tidak ditangani segera.
Lihat saja kes Janna Nick baru-baru ini yang mengadu seperti mahu berhenti kerja disebabkan gangguan masalah ini.
Perkongsian Puan Areefah Ahmad sebagai pesakit bipolar disorder bagi meningkatkan kefahaman serta kesedaran orang awam tentang kesihatan mental.
Pengalaman Sebagai Pengidap Bipolar Disorder
Bersempena Hari Bipolar Sedunia 30 Mac 2020, aku nak kongsikan pengalaman aku sebagai pesakit yang mengidap bipolar disorder. Versi 2020.
Lebih kurang 5 tahun lepas aku telah disahkan mengidap penyakit mental.
Bipolar disorder atau kecelaruan dwikutub ni ada 2 polar, which are (1) depression dan (2) manic. Kedua mood extreme ini akan berlangsung bersilih ganti.
Secara ringkasnya depression ni berada dalam mood yang sangat rendah, namun bukan sekadar sedih sahaja. Tetapi terhidang dengan beberapa gejala lain.
Manic pulak, bila pesakit ada dalam peringkat dimana kami terlampau eksaited, terlalu gembira dan sangat bersemangat.

Ini simtpom yang dialami. Mula-mula disahkan hidap Major Depressive Disorder (MDD). Tak bercakap, tiada selera makan dan malam tak boleh tidur.
Aku akan kongsikan simptom-simptom yang aku alami.
Pada awalnya, aku disahkan mengidap Major Depressive Disorder (MDD).
Gejalanya sama macam dalam poster bawah.
Selama beberapa bulan aku tak bercakap, tak ada selera makan, malam tak boleh tidur walaupun sangat penat. Aku umpamakan penat tu macam pergi mukhayyam (kem), sedangkan duduk tak buat apa pun. Malam tak boleh tidur, tapi siang melekat kat katil.
Aku sentiasa gelisah, tak tenang, rasa sayu dan tak keruan. Rasa bersalah yang teramat. Rasa tak guna. Setiap masa ada suara dalam kepala bisikkan supaya bunuh diri. Susah nak buang suara tu. Macam real. Aku bagai ditindih dengan makhluk hitam yang kelam. Memang serba gelap hidup aku masa tu. Tak nampak cahaya langsung.
Aku makin sangsi dengan diri aku bila baca Quran, solat taubat, istikharah, hajat, witr semua tak boleh buatkan aku tenang. Aku makin hukum diri aku yang Allah tak terima ibadah aku sebab banyak dosa.
Tapi aku tetap tak putus asa. Sebelum ni kalau aku nak kuat, aku paksa diri aku untuk tahajjud. Tu kunci kekuatan sebab aku banyak terinspirasi dengan tempat aku internship yang mana mereka mengamalkan tahajjud hari-hari. Tapi masa tu setiap malam buat tahajjud, tetap tak boleh tenang dan sentiasa gusar. Hidup serba tak kena. Aku makin down.
Juga sering bercakap seorang diri. Sentiasa berfikiran negatif, sentiasa rasa looser dan lebih baik mati. Juga alami simptom delusi di mana rasa smua orang tak suka
Aku juga sering cakap dalam diri, kalau nak dijauhkan dari perkara-perkara negatif, tak boleh tinggal bacaan mathurat. Memang aku tak pernah baca mathurat qubra secara nafsi nafsi (bersendirian), tak hafal pun, tapi time tu aku baca versi qubra untuk buangkan fikiran negatif.
Siap baca makna. Tapi aku tetap tak boleh stop fikiran negatif. Perasaan untuk tamatkan hidup tu sangaat kuat. Aku tak tahu arah tujuan, kecuali dengan berdoa pada Allah. Masa tu tak ada apa yang boleh buatkan aku kuat.
Sebagai orang noob dan taktau yang aku sedang sakit, aku makin kuat kecam dan salahkan diri sendiri. Aku rasa loser, tak guna dan lebih baik mati. Ada simptom delusi dimana aku rasa semua orang bencikan aku, aku menyusahkan orang, orang tengah berpakat nak kenakan aku. Serius sangat tak tenteram.
Simptom pada fizikal pulak aku akan kerap penat, sakit kepala, tegang urat, menggigil, sesak nafas, sakit dada dan lain-lain.
Dalam 6 bulan selepas itu, aku disahkan mengidap bipolar II disorder.
Pada mulanya aku ingatkan aku dah sembuh daripada depression. Sebab aku dah okay, takde rasa nak bunuh diri, takde rasa sedih, takde rasa penat, tak boleh tidur tapi tak mengantuk, rasa nak buat macam-macam.
Yang paling obvious bila aku spending spree kot. Aku ni sebelum ni sangat la berkira kalau nak beli barang. Tapi masa tu aku belanja macam orang kaya, sedangkan tengah tak ada duit.

Depression hingga rasa paranoid dan sangat takut untuk berjumpa orang lain sebab takit sesak nafas. Turut deactivate semua akaun media sosial
Masa depression tu, aku sangat paranoid. Aku rasa semua orang tengah berkata tak elok pasal aku. Aku sangat takut nak berjumpa manusia sebab nanti sesak nafas dan menggigil. Aku memang tak boleh mengadap orang walaupun dalam alam maya. Jadi aku deactivate semua akaun media sosial aku.
Tapi masa manic tu aku terus rasa nak on phone, bukak balik semua sosial media aku. Aku banyak ‘membebel’ dalam whatsapp group. Banyak cakap la. Rasa diri special.
Pada mulanya aku anggap semua gejala manic tu adalah nafsu semata-mata. So sebab tu aku tak rasa ada keperluan untuk bagitau doktor simptom-simptom tu.
Tapi ada satu hari tu, ada sorang pesakit post dalam support group kata doktor baru diagnose dia mengidap bipolar disorder. Aku tanya kenapa doktor diagnose bipolar. So dia cerita symptom yang dia alami. Aku terkejut sebab sebijik macam apa aku rasa.
Dari situ aku rasa aku perlu maklumkan pada doktor psikiatri dan dia diagnose aku as bipolar II disorder. Doktor memulakan ubat pertama aripiprazole. Dan lepas tu sebab aku tak tidur, doktor suruh tidur dan bagi aku diazepam untuk tidur.
Gejala (hypo)manic ni berlangsung selama 2 minggu berterusan. Lepas 2 minggu tu, aku terus depress balik. Aku mula menjauhkan diri dan mendiamkan diri seperti sebelum ni. Dunia kembali gelap.
Beberapa bulan selepas tu, aku di diagnose dengan bipolar I disorder.
Begitu la nasib sang pengidap bipolar. Ada masa extreme low, ada masa extreme high. Tapi aku most of the time low la. Alhamdulillah sekarang tak low, tak high. Normal untuk 4 bulan selepas keluar wad and buat ECT. Ini sangat amaizing. Tak penah lagi macam ni. Subhanallah.

Berkongsi masalah bukan untuk menagih simpati tetapi mahu berkongsi masalah dengan orang lain yang ada masalah sama
Aku suka berkongsi simptom yang aku alami bukan untuk menagih simpati. Tapi since aku dapat petunjuk (hidayah) daripada perkongsian orang lain, aku rasa terpanggil untuk menceritakan kisah aku supaya pesakit MDD terutamanya memaklumkan pada doktor psikiatri jika mengalami gejala manic.
Kalau sorang baca dan sorang tu jumpa doktor, aku sangat syukur. Sebab apa? Sebab manic ni bahaya kalau dibiarkan begitu sahaja. Boleh melarat dan kesannya teruk contohnya tak tidur berhari-hari boleh halusinasi. Ni yang doktor bagitau dan nasihat aku untuk makan ubat tidur kalau tak boleh tidur.
Sekarang takde ubat tidur. Just lamotrigine, olanzapine, lithium and sertraline. Tapi tidur tak hengat dunia.
Yang aku share ni hanya sikit info pasal manic sebab aku tak alami banyak sangat gejala. Tapi penting untuk kita maklum, kalau diri sendiri atau orang terdekat ada ciri-ciri manic, cepatlah berjumpa psikiatri.
Antara salahfaham pasal bipolar ni orang selalu kaitkan dengan ‘gila isim’. Tiba-tiba dia nak belajar ilmu makrifat, cakap perkara yang aneh pasal syurga neraka, rajin ke masjid atau majlis ilmu dan banyak cakap pasal ilmu agama. Perwatakan pun berubah jadi semakin islamik.
Sini antara point kenapa orang rasa pesakit bipolar ni ada gangguan makhluk halus. Sebab kata disampuk ‘jin Islam’ la. Sebab tu jugak pesakit biasanya dibawa ke bomoh dulu sebelum dibawa ke hospital untuk bertemu pakar.
Antara lain, dia rasa dia berkuasa dan mampu mengubah dunia. Dia rasa diri dia special, sebagai contoh nama Ahmad tapi tiba-tiba mengaku nama Tengku Ahmad. Kononnya keturunan raja.
Pesakit juga mungkin akan drive kereta laju-laju. Selain tu, dia akan rasa ada semangat yang luar biasa contohnya berhenti keje as penjawat awam dan bukak business sendiri.
Harap kawan lain boleh share pengalaman diri juga. Supaya masyarakat lebih faham penyakit kita dan tak salah anggap macam-macam.
Selamat Hari Bipolar Sedunia 30 Mac 2020.
Areefah,
Impikan kesembuhan.
Artikel Berkaitan:
Hilang Deria Rasa & Bau, Sweet Qismina Disahkan Positif Covid-19. Kini Di Pusat Kuarantin!
Hamil Anak Kedua Di Usia 40, Elly Mazlein Akui Cepat Penat. Tiada Selera Makan, Kecuali Sushi!
Lepas Habis Pantang Perut Nampak ‘Flat’. Scha Alyahya Dedah Rahsianya Amal Menyusu Badan!
Berat Pernah Cecah 100 KG, Nurul Zahid Dedah Buat Kaedah ‘Potong Usus’ Demi Kesihatan

Sebelum ini pernah tular kisah penyanyi Aishah yang melakukan pembedahan bariatrik atau pintasan perut demi untuk kesihatan.
Kaedah yang popular dengan nama ‘potong perut’ ini membolehkan seseorang itu mengawal pemakanannya dan hasilnya sangat mengagumkan.
Dalam satu perkongsian di laman sosial Instagram Datuk Nurul Hidayah turut mengakui pernah menjalani pembedanan berkenaan disebabkan mengalami pertambahan berat badan mencecah 100 kilogram.
Menurutnya beliau mengambil keputusan melakukan keadah bariatrik ini kira-kira 11 tahun lalu demi kesihatan.
Kita pernah gemuk. 100kg.
Kita buat Bariatric Surgery – Sleeve Gastrectomy (sila Google)
Kita makan sikit jer sebab perut tak boleh terima makanan dalam kuantiti yang banyak.
Kita mengaku kat ramai orang yang kita buat prosedure kecilkan kantung perut.
Tambah anak kepada Presiden Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi ini berat badannya kemudian terus turun menjadi 58 kg dalam tempoh setahun setengah.
Beliau turut mencadangkan bagi mereka yang mengalami masalah obesiti untuk melakukan kaedah sama. Ketika melakukannya dulu kos tidak semahal seperti sekarang.
Dari 100kg pernah turun sampai 58kg dalam masa setahun setengah. Tapi kita tak tipu. Kita siap suggest/cadangkan orang yang obesiti buat. Tak mahal pun, sebab 11 tahun lepas kita buat RM15k. Sekarang dah mahal tapi berbaloi.
Tambahnya lagi, beliau membuka cerita berkenaan bukan untuk menjadi manusia negatif, sebaliknya memberitahu apa tujuan sebenar melakukan kaedah berkenaan.
Dalam pada itu, Nurul Zahid juga menasihatkan individu supaya positif dan jangan malu berterus-terang apabila menjalani pembedahan bariatrik.
Di samping, beliau menyarankan agar jangan sesekali menipu bahawa kejayaan kurus itu kerana bersenam, berdiet atau makan produk kurus jenama sendiri.
Kita nak cerita, bukan nak jadi manusia negatif. Kita nak cerita kalau buat proses potong usus ker kecik kan perut ker jangan la bagi tau exercise. Jangan la bagi tau diet atau makan produk kurus jenama sendiri.
Pendapat saya. Berlaku jujur dan jangan malu kongsi perkara baik. Nak malu apa potong usus/kecik kan perut? Bukan untuk kecantikan pun untuk kesihatan. Kalau memang cantik gemuk 200kg pun cantik lagi. Tapi dengan prosedur macam yang saya bagi tau tadi lebih cepat dan kita lebih sihat. Itu jer.
Jangan tipu. Tipu dosa. Tapi kubur masing-masng. Ikut la macam mana
So, yeah. Kita kurus dulu sebab buat Bariatric Surgery.
100kg – 58kg – 80kg (lepas 10 tahun)
Perkongsian jujur Nurul Zahid mengenai pengalaman melakukan bariatrik pendapat respon positif daripada warga maya. Majoriti teruja bertanya lebih lanjut pro dan kontra mengenai prosedur terbabit.
Antaranya, ada followers yang memikirkan kesan pada kulit badan selepas menjalani prosedur bariatrik sama ada ia akan mengelebeh ataupun tidak.
“Soalan yang bagus. Ia bergantung kerana kalau gemuk jawapannya, ya. Cuma lepas tiga bulan kena rajin bersenam.
“Lakukan facial urut muka. Kalau malas bersenam pergi menjalani urutan badan dua kali seminggu bagi mengelakkan kulit kendur,”
Sementara itu, menerusi ruangan IG Stories pula beliau menjawab pertanyaan daripada warga maya yang bertanyakan tentang selera makan selepas pembedahan.
“Selepas menjalani pembedahan selera makan tak menurun kerana keinginan untuk menikmati makanan itu sentiasa ada.
“Memang saya stres sebab apabila makan akan muntah. Saya mengambil masa selama setahun untuk membiasakan diri dengan situasi ini. Jadi saya makan dalam kuantiti yang sedikit,” jawab beliau yang memiliki ketinggian 167 sentimeter.
Kredit Foto: Instagram Nurul Zahid
Artikel Berkaitan:
Berat Asal 100 KG & Berjaya Lenyapkan 43 KG. Setahun Tak Makan Manis, Rahsia Kurus Wanita Ini!
Sepantas 2 Minggu Berat Turun Mendadak. Pasangan Kongsi Tip Diet Sihat Tanpa Produk!

Setiap orang pastinya memasang impian mahu memiliki tubuh badan ideal bagi memudahkan setiap pergerakan.
Bagi mereka yang mahu menurunkan berat badan cara sihat, boleh ikut cara pasangan suami isteri ini yang berjaya menurunkan berat badan mengikut kilogram yang dimahukan.
Walaupun tidak banyak, tetapi cara sihat diamalkan boleh dijadikan panduan untuk mereka yang mahu melakukan diet cara sihat dan selamat tanpa pengambilan produk suplemen.
SEBELUM 2019 VS SELEPAS 2019 (until sekarang)
Husband 72 to 57 (maintain) dulu kategori obes sekarang dah normal. (tinggi 165cm)
(1bulan turun 10kg = 62kg, after that baru dia turun pelan-pelan until 57kg)
Saya 55/56 to 45 (maintain) dulu normal skrg pun normal (tinggi 153cm)
Tempoh masa
Husband 1 month (turun 10kg) after tu turun lagi sampai maintain sekarang 57kg.
Saya 2 weeks shaja dah hilang 10kg (skrg maintain je 45kg)
*Calculate ni roughly..saya dah tak ingat mane saya screenshot gambar BMI saya & en.abey sebab hal dari 2019,gambar BMI missing dah entah mana
*Amalan usaha bermula 2019 sehingga sekarang just maintain.
Yang dilakukan
1. Setiap hari bermula tahun 2019 – 2020 (6bulan konsisten tanpa culas..around bulan 7 ke 9 mcmtu), amalkan sarapan pagi HANYA overnight oat..TANPA SUSU..sebab susu tak sesuai untuk yang nak turun berat (bila campur dengan buah). Susu baik hanya diambil secara segar tanpa campur apa-apa atau hanya sekadar campur kurma sahaja. Dengan sukatan suku2 separuh (dalam pemilihan bahan) tak campur aduk..ikut pengetahuan dlm KKM..dan beberapa sumber akademik lain. Sedikit contoh overnight oat saya.
2. Suku-suku separuh memang dah menjadi kebiasaan bila makan tengah ari..sebab menu saya memang lebih banyak lauk-lauk sihat. Saya jarang sangat menggoreng, masak lemak. Nasi beras tukar parboiled, lebih banyak sayuran (tengahari saya tak amik buah sebab saya dah makan buah ketika waktu yang betul iaitu waktu pagi sbg sarapan pagi bersama serat2 sihat)..menu makan tenghari saya kebanyakan 90% adalah menu-menu reneh, stim, bakar, rebus, dressing, celur-celur.
.
3. Makan malam saya biasanya tak berat. Kadang-kadang makan nasi itupun selewat sebelum kul8pm. Menu antaranya byk dressing, ulaman, bakar-bakar, stim2, spagethi, sup2, roti-roti, barli + buah, peanut/almond butter homemade + buah-buahan..makan malam saya ambil paling ringkas..tapi yang bersifat kompleks.
.
4.100% berhenti
– Gula pasir (smpi skrg) ganti gula semulajadi baik dan toyyiban
– segala minuman manis di luar (kalau makan luar biasa minum air kosong je)
– biskut (6bulan stop sekarang jarang-jarang)
– kerepek2 (6bulan stop sekarang jarang-jarang)
– kuih (6bulan stop sekarang jarang-jarang)
– fast food
5. Tukar jenis
– Beras to parboiled
– Roti to wholemeal
– Tepung to tepung talbinah organic wholemeal
– Gula to madu asli, kurma, buah-buahan, gula perang (tapi jarang-jarang gula perang)
– Coklat to dark chocolate 70% ke atas
– Koko to 100% koko
– Telur to telur ayam kg
– Ayam to ayam organik
6. Senaman
– 20% sahaja. Tu pun jarang2, tak jogging tapi berbasikal..disiplin sangat tinggi pada menu makanan, waktu makan dan sarapan pagi.
7. Cekedis/Jajan
Semua diganti kepada yang baik dan toyyiban.
8. Minuman di rumah
– Tak ada stok teh, kopi bla bla bla
Yang ada cuma koko & air kosong mineral sahaja.
9. Manfaat saya & husb perolehi
– Gastrik saya sembuh terus. Sejak sekolah menengah, sampai kahwin, makin teruk, masuk hospital, akhirnya sembuh, hilang macam itu je..asbab jaga makan. Baiki balik keperluan perut, usus, probiotik n prebiotik. (kene belajar kasi faham).
– Masalah angin dalam badan saya & husband hilang terus (hampir 9tahun tak solve problem ni)
– Tido bangun tak sakit lg tulang belikat, rasa berat ke ape ke hilang
– Badan ringan, mudah bangun malam beribadah
– Tak mudah letih, ngantuk, dll
– Emosi perhubungan cun2
*Saya & husband tak senam sebab saya rasa badan berat lagi masa tu..rasa penat, sakit-sakit badan nak buat, jadi fokus pada makanan dulu..sekarang bila badan ringan adalah dalam 2x seminggu…senam untuk keluarkan peluh buat dalam rumah saja (kebetulan pulak pkp, so cycling n zumba dalam rumah saje).
In shaa Allah lain ari saya kongsi makanan2 minuman2 saya pulak. Belajar kenal pasti makanan minuman yang baik & toyyiban. Jaga sukatan suku-suku separuh atau sedikit-sedikit tapi kompleks. In shaa Allah ilmu yang betul, disiplin yang tinggi, niat yang solid. 1bulan jer.
Dr.Hajar
Ini Diet Sihat Diambil
Artikel Berkaitan:
Merana Akibat Sakit Tekak. Doktor Kongsi Cara Kumur Air Garam Atau Makan Aiskrim Kurangkan Sakit!
Rasa Kebas Menyucuk Tanda Hidap Slipped Disc. Boleh Bahayakan Nyawa Kalau Tak Segera Dirawat!
Rajin Workout & Cheat Day Sebulan Sekali. Rahsia Gadis Lenyapkan 20KG Dalam Masa 3 Bulan!