Perjalanan seseorang itu untuk mendapatkan berat badan ideal bukanlah satu tugas yang mudah.

Perlu banyak berkorban masa dan paling penting kekal semangat untuk mendapat berat badan ideal supaya jadi lebih sihat.

Seperti perkongsian wanita ini, Najmia Mamat, 34 tahun yang mengambil masa 2 tahun dalam perjalanan menurunkan 21kg. Sebelum ini mempunyai berat 69 kg dan kini beratnya sekitar 48 kg.

Dia yang mempunyai ketinggian sekitar 151 cm ini berkata tidak mahu terburu-buru kerana lebih suka diet secara sihat dan santai. Dan akhirnya berjaya mendapatkan  berat idaman tanpa pengambilan sebarang produk.

Hanya mengamalkan diet suku-suku separuh dengan pengambilan makanan mengikut kuantiti dalam piramid makanan disyorkan KKM.

Selain iu dia juga turu menjaga portion dan mencukupkan nutrisi diperlukan tubuh.

IKLAN

“Menu yang disediakan banyak juga. Kalau masak Mia akan pastikan olah bahan supaya dapat kawal pengambilan garam, gula & minyak. Jadi apa yang Mia masak untuk keluarga itulah makanan diet Mia.

“Kaedah suku suku separuh ini memang jadi guideline untuk kawal cara makan kita supaya makan cukup nutrisi dan seimbang. Paling penting dapat jadikan gaya pemakanan yang lebih sihat sampai bila-bila,” ujarnya yang turut melakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu.

“Senaman 2x HIIT dan 3x strength atau weight training. Semua buat kat rumah saja dan lebih mudah untuk kita menentukan masa itu,” katanya lagi yang turut mengingatkan tiada jalan mudah untuk berjaya.

Turut memberi pesanan bagi yang sedang berusaha jangan sesekali putus asa. Tidak rugi cari ilmu untuk makan dengan cara yang betul. Paling penting kurus dengan cara tanpa produk, sebaliknya hanya pengambilan makanan natural food.

Antara Menu Diambil:

IKLAN

Roti Telur Cheese & Salads

Bijiran Penuh Dengan Susu Segar

Chicken Wrap

Kuey Teow Goreng

IKLAN

Tom Yam Merah & Nasi Putih

Pad Thai

Artikel Berkaitan:

Diet Tanpa Berlapar, Fitness Coach Kongsi Senarai Stok Makanan Sihat Patut Ada Di Rumah

Menangis Tengok Saiz Badan Dulu, Gadis Ini Dedah Rahsia Berjaya Turunkan 24 KG Dalam Masa 4 Bulan!

Jaga Portion & Rajin Skipping, Rahsia Pasangan Kembar Turun 22 KG Dalam Masa 6 Bulan Je