Bagi mereka yang sedang berdiet, selain mengamalkan kaedah Intermittent fasting, ramai juga yang menggunakan cara diet suku-suku separuh dalam pengambilan makanan seharian.

Selain merupakan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia, konsep diet ini juga dipercayai sangat bagus untuk diamalkan oleh semua orang dan ia tidak tertakluk kepada mereka yang ingin menguruskan badan sahaja.

Seperti perkongsian gadis ini Syabella Huda yang memberitahu dia berjaya menurunkan berat sehingga 21 kg hanya dengan mengamalkan kaedah diet suku-suku separuh.

Menerusi laman Facebook Diet Suku Suku Separuh, Syabella Huda telah berkongsikan menu makanan yang diamalkannya sehingga berjaya mengurangkan berat badan daripada 90kg sehingga 69kg dalam masa 3 bulan sahaja.

Saya start dari 90kg, masa tu saranan doktor sebab saya sakit. Jadi, saya buat selama 3 bulan 69kg dan sekarang saya tengah usaha untuk dapat berat ideal 65/63kg macam tu.

Senaman saya hanya exercise ikut rentak lagu dalam bilik untuk tak nak saya stress fikir nak ‘gym’ bagai. ‘Gym’ saya pergi 3 bulan 2 kali je sebab student. Takde masa. Diet saya macam 95% pada food. Exercise hanya sampingan, now berat latest 69.

Skipping boleh buat jugak. 100 pagi, nak senja sebelum Maghrib 100.

Senarai menu dari saya selama saya makan. Meal ini kebanyakkan saya tak makan nasi. Boleh jadi sebagai idea korang yang nak cepat kenyang.

Menu Diet Diamalkan:

1. Wholemeal wrap with omelette + salad and cheese

2. Epal hijau + buah naga

IKLAN

3. Chicken grill with mushroom + mashed potato + brokoli & carrot

4. Telur 2 biji + kacang panggang + salad

5. Vietnam rolls ayam bakar

6. Nasi 3 sudu + sup ayam kampung + brokoli rebus + sambal

7. Green tea

8. Telur rebus + green tea + sebiji epal hijau

9. Pisang + epal hijau + green tea with lemon

10. Rock melon

IKLAN

11. Mix vege + chicken

12. Blend tauhu telur + tauhu + telur + isi ayam + carrot + dawn bawang + lada hitam & putih

13. Spagetti add chili flakes + dada ayam bakar with serbuk lada + sebiji epal hijau

14. Spagetti with chicken breast + sawi + buah ciku

15. Keli bakar + salad + tauhu telur + sup ayam

16. Nasi 3 sudu + seketul ayam goreng + sambal + timun Jepun

17. Ikan tenggiri bakar + Japan sweet potato + telur rebus

IKLAN

18. Nasi + ayam goreng + timun + sambal + tembikai

19. Nasi 3 sudu + ayam masak paprik tanpa kuah + timun jepun + setengah buah epal

20. Nasi 3 sudu + ikan bakar + sayur pakcoy & carrot + sambal

Dia juga turut berkongsi barang yang perlu ada jika mahu diet.

– Beras perang

– Noodle labu ( takperlu buh garam dah )

  Buttercup untuk roti atau butter nak masak. sbb   dah ada perisa bawang putih. sedapppp highly recommend !!

– Yogood oat ( tesco ada )

– Garam bukit colour pink

Artikel Berkaitan:

Wanita Ini Kongsi Menu Diet Sihat Lengkap Sebulan, Hasilnya Suami Berjaya Lenyapkan 20 KG

Berjaya Hilangkan 20 Kg Dalam Masa 4 Bulan, Gadis Ini Kongsi Diet Mudah Tanpa Perlu Berlapar

“2 Minggu Pertama Terus Cut Sugar & Buat Diet ‘Eat Clean’ – Rahsia Gadis Ini Berjaya Hilangkan 15 Kg!