Pelbagai cara dilakukan seseorang yang mempunyai masalah berat badan untuk mendapatkan berat ideal yang diidamkan.

Bukan tidak cantik badan berisi, tetapi untuk menambah keyakinan apabila berdepan khalayak. Tanpa usaha dan semangat, pastinya kejayaan tidak akan diperolehi dalam masa singkat.

Seperti perkongsian gadis ini menggunakan nama akaun twitter @izzahhazwaniii berjaya menurunkan berat sebanyak 10kg hanya dalam masa 2 bulan.

Perubahan yang sangat ketara ini membuatkan tweetnya menarik perhatian hingga ramai yang meminta tip daripadanya.

Menurut gadis manis inj dia tidak skip makan dan dia tidak mengamalkan diet yang terlalu tegas kerana risau tertekan.

“I breakfast biasa nya makan roti wrap gardenia, takpun roti wholemeal gardenia. Letak telur salad or conflakes/pure oat letak low fat milk dutch lady nak lagi sedap tambah la pisang or apple.

IKLAN

10am tu biasa nya time snacking amek buah2, salad buah ke, bell pepper plus cream cheese tu ke ha. Tengok jugak la stok apa ada dekat rumah haha. Lunch biasa nya I tak tggl nasi. But small portion. satu senduk je.

Lebih kan lauk and sayur. I amalkan makan suku suku separuh and kalau boleh jangan makan malam atas pukul 8 tu. Sebab perut nak rehat sebelum 3 jam nak tidur tu.

Exersice I buat jugak. Tapi I pilih exercise yang I rasa happy nak buat. Jangan pressure kan diri. I minum air masak banyak. Atleast 3 litre. If malam tu I ambik green tea or minum air limau suam tanpa gula,” katanya.

IKLAN

Menurut Izzah, dia sangat gembira kerana telah mencapai berat yang dia inginkan selama ini. Hasil daripada semua tips yang diamalkan olehnya, dia kini nampak lebih bergaya dan yakin setelah berjaya turunkan berat badan dari 55kg kepada 45kg dalam tempoh 2 bulan.

Ternyata perubahan ini menjadi isnpirasi kepada warganet lain untuk mendapat penampilan sepertinya kerana penampilannya semakin cantik.

Cantiknya

Kongsi rutin diet

IKLAN

Auto lawa bila kurus

Artikel Berkaitan:

“2 Minggu Pertama Terus Cut Sugar & Buat Diet ‘Eat Clean’ – Rahsia Gadis Ini Berjaya Hilangkan 15 Kg!

Makan Telur Rebus Boleh Mengenyangkan, Ini Diet Seminggu Dicadangkan Kalau Nak ‘Kurus’ Cara Sihat

“Saya Berbasikal, Selain Amalkan Diet Sihat” – Ini Rupanya Rahsia ‘Kurus’ Rina Harun Hingga Tarik Perhatian