Viral semalam apabila laman sosial Facebook Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) melaporkan kematian seorang doktor disebabkan beban kerja terlalu penat dan letih.

Selain dikatakan kekurangan kekurangan masa untuk beristirahat setelah bertugas di barisan hadapan KKM menangani Covid-19.

Sangkal Dakwaan Dr Ali, Frontliner Meninggal Bukan Sebab Penat Tangani Covid-19. Ini Penjelasan Dr Noor Hisham!

Kematian Dr Ali Noor Hassan yang juga ali SPJM menjadi tumpuan netizen yang disifatkan sebagai wira negara dalam berdepan pandemik ini. Allahyarham dikatakan hampir setahun bertungkus lumus menangani wabak ini bersama frontliner lain.

Namun begitu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyangkal dakwaan Dr Ali Noor  Hassan meninggal dunia akibat terlampau penat dengan beban tugas.

Sebaliknya kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kepada Sinar Harian, doktor itu mempunyai penyakit lain.

IKLAN

“Beliau telah dikesan mempunyai penyakit lain dan tak ada kaitan dengan kelesuan bekerja,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp pada Rabu.

Sangkal Dakwaan Dr Ali, Frontliner Meninggal Bukan Sebab Penat Tangani Covid-19. Ini Penjelasan Dr Noor Hisham!

Sementara itu, menerusi perkongsian di laman Facebooknya, Dr Noor Hisham berkata, Dr Ali dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak awal Disember disebabkan penyakit lain dan telah menjalani beberapa sesi rawatan.

IKLAN

“Allahyarham Dr Ali telah pulang ke pangkuan Ilahi lewat malam kelmarin (Isnin). Takziah buat ahli keluarganya,” katanya.

Menyifatkan Dr Ali sebagai pegawai perubatan yang amat disenangi oleh rakan sekerja, pesakit dan masyarakat setempat, beliau menyeru semua pihak tidak membuat spekulasi mengenai kes kematian itu bagi menghormati jenazah dan ahli keluarga.

“Marilah kita sama-sama memanjatkan doa dan peringatan buat arwah Dr Ali Noor.

IKLAN

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan:

Biarpun Sepanyol Masih Lockdown, Dr. Soo Wincci Tetap Semangat Jalani Kelas Online Habiskan Pengajian PhD Kedua

Selain itu:  Buahnya Kecil & Manis. Kajian Terbaru Dedah Makan Anggur Dapat Elak Serangan Jantung & Strok!

‘Tak Ada Kau Aku, Tapi Lebih Brotherhood’ – Bekas Pesakit Covid-19 Kongsi Pengalaman Di Pusat Kuarantin

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI