Nampaknya kes jangkitan Covid-19 semakin meningkat dan menyerang tanpa mengira mangsanya.

Salah seorang selebriti yang turut disahkan positif adalah pengacara dan pelakon Karl Shafek dalam kategori 1.

Walaupun dalam kategori tidak begitu bahaya, tetapi gejala dialami sepanjang kuarantin sangat teruk.

Menurutnya selain hidung tersumbat, dia juga mengalami sakit tekak yang melampau, batuk-batuk serta sakit kepala berpanjangan sehingga berjam-jam.

Artikel Lain: ‘No Sugar’ & Tiada Pewarna Tiruan. Doktor Kongsi Tip Pilih Vitamin C Sesuai Untuk Anak!

IKLAN

Tambahnya lagi dia juga sudah menerima suntikan booster dan dapat membayangkan bagaimana jika belum menerima dos penggalak ini.

“Bayangkan kalau dah booster pun sakit, bagaimana yang belum bosster. Saya sendiri tak dapat bayangkan.

“Hidung saya tersumbat teruk sehingga saya tidak boleh bernafas. Nak tidur pun kena meniarap. Jika terletang, saya asyik terjaya sebab tak boleh bernafas.

“Sakit kepala dan demam pun berpanjangan.. Memang saya ada rasa gejala-gejala yang saya alami ini menyakitkan,” ujarnya yang kini menjalani kuarantin di rumah.

IKLAN

Artikel Lain: Jangan Malas Pakai Pelembap Muka. Antara 4 Cara Cegah Penuaan Seawal Usia 20an!

Sebelum itu timbul juga persoalan adakah dirinya kebal kerana tidak pernah dijangkiti sepanjang dua tahun penularan virus ini berbanding orang lain di sekelilingnya yang kecundang.

“Walau bagaimanapun Covid-19 ini juga bergantung pada individu. Mungkin ada masa seseorang itu menjadi yang terawal dijangkiti atau sebaliknya.

IKLAN

“Apa-apa pun saya menasihati supaya rakyat Malaysia mengambil booster bagi mengelak jangkitan Covid-19 dengan gejala teruk.

Selain itu:  Bahaya Guna Kertas Surat Khabar Serap Makanan Bergoreng. Rupanya Boleh Undang Kanser!

“Juga kita perlu sentiasa menjaga diri dan kuarantin di rumah. Bagi mereka yang berada di luar pun perlu sentiasa jaga SOP untuk keselamtan bersama,” tambahnya lagi.

Sumber: Astro Gempak

Artikel Lain: Kopi Bantu Kurangkan Risiko Penyakit. Tapi Pakar Nutrisi Pesan Penghidap PCOS Dinasihat Elak Ambil!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI