Mulakan dengan diet dulu dan sesekali anda kena cuba buat senaman juga untuk bakar kalori. Itulah cara yang betul.

Namun kalau kurang jelas dan masih buntu mencari jalan penyelesaian nak kurus, baca perkongsian Doktor Erna Nadia ini ya.

Untuk mereka yang BMI lebih dari 30, kira obesiti la kan. Kalau nak mula bersenam, jika boleh, jangan terus buat yang hardcore atau high intensity terus. Contohnya melompat bintang atau berlari laju.

Sebabnya nanti akan membebankan lutut yang tak biasa bersukan tu.

Lutut, tumit dan pinggul mudah sakit kalau berat badan berlebihan sebab itu lah yang menampung berat/beban badan kita.

Jadi, jika boleh, mulakan dengan aktiviti yang ringan atau sederhana dahulu.

IKLAN

Contohnya brisk walk, slow jog, tabata, hiit, muscle core, erobik, zumba.

Yang penting, konsisten. Untuk kurangkan berat badan, yang paling penting adalah kawal pemakanan.

Diet Bukan Tak Makan Tapi Kawal Portion Makanan. Nah, Ikut Cara Ini!

Diet 80%, bersenam 20%.

IKLAN

Diet bukan tak makan atau skip makan tapi kawal portion makanan.

Mulakan dengan buang air manis atau makanan manis dan kurangkan portion makanan.

Bersenam ni kira bonus. Kalau buat lebih bagus sebab pembakaran lemak lebih banyak.

IKLAN

Nak berat turun formula dia mudah saja. Kalori yang diguna perlu lebih tinggi dari kalori yang masuk.

Dan ini pula portion makanan sihat yang patut anda amalkan.

Diet Bukan Tak Makan Tapi Kawal Portion Makanan. Nah, Ikut Cara Ini!

Yang penting, istiqomah dan tak tahan perut dari tak makan/minum. Cari kawan /group yang ada niat yang sama.

InshaAllah boleh.

Selain itu:  Berbulan 'Workout' Tanpa Henti & Buat 'Intermittent Fasting', Akhirnya Wanita Ini Berjaya Lenyapkan 16KG
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI