Tak susah pun nak jadi cantik, zaman sekarang segala maklumat di hujung jari. Terdapat pelbagai jenis petua untuk kecantikan kulit boleh anda dapati menerusi media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram.

Ternyata petua-petua memang berkesan jika diamalkan secara berterusan. Menerusi perkongsian di laman Facebook oleh seorang wanita bernama Nurtieja Sheikh Ismail tentang petua cantik menggunakan ais kiub gula pasir yang ditambah dengan buah-buahan kesukaan anda.

Memang sangat menarik apa bila melihat potongan ais kiub yang diisi dengan buah-buahan.

Sekiranya anda mahukan kulit yang cerah, gunakanlah buah oren dan jika anda mahu kulit yang lembap, gunakan tomato. Memang mudah!

Ayuh baca perkongsian gadis ini. Semoga perkongsian ini membantu anda untuk memilki kulit idaman.

DIY Ais Kiub Gula Pasir & Buah-Buahan

Tieja suka beli buah potong banyak banyak. Yang 5 paket RM8 gitu sebab boleh merasa banyak jenis buah. Tapi kedai yang selalu pergi tu, tak sah kalau tak bagi lebih. Tu kadang sayang buah-buah potong ni cepat buruk. Tak sempat nak makan banyak-banyak gitu.

IKLAN

Jadi, daripada membazir Tieja buat cube ice. Siapa follow tieja dari dulu tahu kan, tips penjagaan kulit tieja. Memang setiap hari, sehari sekali akan tuam ais dekat muka.

Tapi kali ni ubah sikit citarasa, buat lebih ‘aummmmm’ khasiat die.

Bahan yang korang perlu ada:

IKLAN

Gula Pasir (Jadikan seperti air gula)

⁃ melembapkan kulit
⁃ kulit sihat dan cerah
⁃ kecilkan pori
⁃ tak ade kesan sampingan, insyaallah
⁃ singkirkan kulit kering

Buah-Buahan:

Buah-buahan yang korang ada, atau suka. Tieja kebetulan ada semua buah buah dan sayur tu dalam peti. So apa salahnya potong buat warna warni. Kelebihan setiap buah ni banyak. Boleh google. Tieja just bagi satu kelebihan setiap buah ni.

  • OREN: mencerahkan
  • ANGGUR HIJAU: kulit lebih berkilau
  • EPAL MERAH: membantutkan pertumbuhan jerawat
  • LEMON: kurangkan minyak muka
  • KENTANG: ini tieja buat khas untuk mata
  • TOMATO: melembapkan
  • PEACH: anti penuaan/anjal kan kulit
  • TIMUN: kecilkan pori
  • KUNYIT HIDUP: kecutkan jerawat
Selain itu:  Tonyoh Tomato Beku Di Wajah, Petua Hilangkan Jerawat Halus & Jeragat. Kulit Pun Jadi Tegang Dan Cantik!
Wanita Ini Kongsi DIY ‘Ais Kiub Ajaib’ Rahsia Kulit Sihat & Lembap. Hasilnya Memang ‘Flawless’!
Bila dah beku. cantik kan..nak makan pun boleh.. tapi yang letak scrub tu tak boleh la nak telan.. memang selamat ditelan..tapii jangan la buat benda mengarut.

Cara Memakai:

Wanita Ini Kongsi DIY ‘Ais Kiub Ajaib’ Rahsia Kulit Sihat & Lembap. Hasilnya Memang ‘Flawless’!
Syok gile wey hari hari mesti nak pakai.

 

IKLAN
Wanita Ini Kongsi DIY ‘Ais Kiub Ajaib’ Rahsia Kulit Sihat & Lembap. Hasilnya Memang ‘Flawless’!
Sejuk sejuk.. sekarang musim panas kembali.

Hasilnya:

Wanita Ini Kongsi DIY ‘Ais Kiub Ajaib’ Rahsia Kulit Sihat & Lembap. Hasilnya Memang ‘Flawless’!
Hasil selepas bilas. Nampak macam kemerahan kan.. yelaa sejuk.
Wanita Ini Kongsi DIY ‘Ais Kiub Ajaib’ Rahsia Kulit Sihat & Lembap. Hasilnya Memang ‘Flawless’!
Kulit tak berminyak walaupon selepas 3-4 jam.

Andai korang pakai buah lain, sila la google ye. Macam labu boleh, lobak, bayam dan banyak la boleh korang cuba.

 

Artikel Berkaitan:

“Saya Berbasikal, Selain Amalkan Diet Sihat” – Ini Rupanya Rahsia ‘Kurus’ Rina Harun Hingga Tarik Perhatian

Jalani Lebih 30 Rawatan Radioterapi & Kimoterapi, Kesannya Muntah, Lemah, Loya & Lesu. Perjuangan Wanita Ini Lawan Kanser!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI