Setiap hari kita lihat korban akibat Covid-19 semakin meningkat. Dan semalam mencatat 82 kematian.

Malah setiap kematian mencatat pengalaman yang sukar untuk dilupakan buat keluarga mangsa.

Seperti perkongsian di mana pesanan seorang ibu menyuruh lelaki ini supaya menjaga adik-adiknya dengan baik sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Muhammad Haidir Rodzi tidak menyangka pesanan menerusi panggilan video itu adalah amanat terakhir ibu kepadanya sebagai anak sulung untuk mengambil alih tanggungjawab menjaga adik-beradik selepas ibu bapanya meninggal dunia akibat COVID-19. Masih terngiang-ngiang di telinganya saat kata-kata itu dilafazkan.

Mula-Mula Ayah, Kemudian Ibu Pula Dijemput Ilahi. Lima Beradik Hilang Insan Tersayang Korban Covid-19!
Kedua ibu bapa, Rodzi (kiri) & Nazita Idris (gambar kanan tengah) yang menjadi meninggal dunia akibat Covid-10.

Sebelum itu ayah mereka, Rodzi Tahar, 55, telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tampin pada 31 Mei lalu, manakala ibunya, Nazita Idris, 45, meninggal dunia enam hari kemudian di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ).

“Kami berasa sedih namun reda dengan ketentuan Allah atas pemergian ibu bapa tersayang. Perkara paling menyedihkan apabila kami sekeluarga tidak dapat mencium jenazah arwah ibu dan bapa buat kali terakhir, namun doa dan ingatan sentiasa ada buat mereka,” katanya mewakili adik beradik lain.

Muhammad Haidir bersama-sama empat adiknya, Muhammad Hairie Rodzi, 20, Nurhairieka Rodzi, 18, Muhammad Haiqiel Rodzi, 13 dan Muhammad Khierzamani Rodzi berusia tujuh tahun kini menetap di rumah peninggalan arwah bapa mereka di Bandar Sunggala, Port Dickson.

IKLAN

Bercerita mengenai perkara itu, Muhammad Haidir berkata bapanya mengalami demam biasa pada 26 Mei lalu dan mengambil keputusan untuk menjalani ujian saringan di Hospital Port Dickson pada 29 Mei sebelum disahkan positif pada keesokan harinya dan dihantar ke Hospital Tampin.

Namun, tanpa diduga, keluarga mereka menerima perkhabaran duka apabila doktor mengesahkan bapanya meninggal dunia pada jam 4.30 pagi keesokan harinya.

Selain itu:  Pantang 100 Hari & Tolak Minum Ais. Rahsia Tasha Shila Kekal Langsing & Berseri Lepas Melahirkan!
Mula-Mula Ayah, Kemudian Ibu Pula Dijemput Ilahi. Lima Beradik Hilang Insan Tersayang Korban Covid-19!
Lima beradik yang kehilangan kedua ibu bapa disebabkan virus merbahaya ini.

“Perkara paling menyedihkan apabila arwah bapa tidak sempat meninggalkan pesanan buat kami selepas dimasukkan ke hospital.

“Bapa saya mempunyai sejarah penyakit darah tinggi, kencing manis dan sakit buah pinggang, manakala ibu pula mempunyai penyakit darah tinggi. Jadi mereka golongan berisiko.

IKLAN

“Kami tidak tahu punca jangkitan dapat dari mana dan tidak tahu kontak rapat daripada siapa?”, katanya lagi.

Muhammad Haidir berkata, arwah ibunya melakukan ujian calitan pada 30 Mei selepas mengalami simptom seperti demam dan batuk serta disahkan positif COVID-19, pada keesokan harinya.

Katanya, mereka adik-beradik juga didapati positif COVID-19 dan menjalani kuarantin di rumah, bagaimanapun tidak mengalami simptom yang teruk dan kini sudah sembuh daripada jangkitan itu.

Menjadikan kisah keluarganya sebagai contoh, Muhammad Haidir mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi arahan ditetapkan kerajaan dan tidak memandang remeh terhadap penularan wabak COVID-19 yang boleh meragut nyawa insan tersayang.

IKLAN

Mula-Mula Ayah, Kemudian Ibu Pula Dijemput Ilahi. Lima Beradik Hilang Insan Tersayang Korban Covid-19!

Sumber: Bernama Via Berita Harian

Artikel Berkaitan:

Doktor Jelaskan Apa Perlu Buat Kalau ‘Self Quarantine’ Di Rumah, Sebelum Dipanggil KKM Elak Virus Merebak

Wanita Ini Berjaya Hilangkan 15 KG Tanpa Produk Supplemen, Walaupun Berdepan Masalah Kesihatan

Nurse Meninggal Dengan Anak Dalam Kandungan, Akibat Dijangkiti Covid-19 Dari Pesakit Postif

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI