Pernah atau tidak anda mengalami masalah timbul bintik-bintik biji kecil dekat bawah mata. Ini sebenarnya bukanlah jerawat dan tidak boleh dipicit begitu saja.

Malah akan terasa sakit jika dipicit lama-lama. Biji kecil ini sebenarnya adalah Milia Seed ataupun biji kolesterol.

Jangan risau jika ada masalah ini, kerana boleh dihilangkan daripada terus banyak tumbuh di wajah anda.

Namun syaratnya kena rajin dan berdisiplin kerana ia mengambil masa untuk mengurangkan masalah ini.

1. Pilih Oil Cleanser

Rajinkan diri anda untuk mencuci makeup menggunakan oil cleanser. Nanti masalah ini  akan perlahan-lahan hilang.

IKLAN

2. Rajin Exfoliate

Kulit di kawasan mata ini sangat delicate tau. Jadi anda kena rajin exfoliate dengan lembut dan hasilnya biji kolestrol akan beransur hilang.

3. Pakai Sunscreen

Ini antara rutin yang wajib kita pakai tidka kira ketika berada dalam atau luar rumah. Jadi setiap kali pakai skincare, jangan lupa untuk apply pakai sunscreen sekali.

4. Kena Guna AHA

Kalau basic skincare yang dipakai sudah kukuh, anda boleh start exfoliate guna AHA. Bukan saja boleh kurangkan whiteheads, milia seeds pun boleh hilang!

IKLAN

5.Gunakan Juga Eye Cream

Kadang-kadang milia seeds ini boleh jadi disebabkan penggunaan eye cream dipakai. Jadi periksa bahan produk, takut tidak sesuai dengan kulit korang.

6. Sentiasa Cuci Bersih Muka

Pastikan anda remove makeup betul-betul. Ini adalah untuk pastikan pori-pori tidak tersumbat. Kalau pori tersumbat inilah yang akan buatkan bintik kolestrol terjadi.

IKLAN

Artikel Berkaitan:

Guna ‘Acne Patch’, Cara Mudah Hilangkan Jerawat Biasa Atau Bernanah Dalam Masa 3 Hari Je

Kena Alert, Pelitup Muka Punca Wajah Berjerawat. Guna 3 Cara Berkesan Atasi Masalah Ini!

Patutlah Parut Jerawat Susah Nak Hilang, Rupanya Sering Abai 4 Perkara Ini Dalam Penjagaan Wajah!