Sakit perut menjadi masalah biasa bila tiba bulan puasa. Ada yang disebabkan oleh  gastrik, pedih hulu hati atau tersalah makan.

Walau apa juga alasan, jika betul mengalami masalah ini tidak mengapa. Tetapi jika sengaja dibuat-buat, perbuatan itu salah sebenarnya dengan niat untuk ponteng berpuasa.

Dalam satu perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan memberitahu tip untuk elak sakit perut sepanjang kita berpuasa.

Menurutnya ada yang datang mengadu padanya mengalami simptom pedih hulu hati, kejang perut, loya dan muntah serta badan di dada. Semua itu sebenarnya adalah tanda-tanda dyspepsia.

Doktor Kongsi Tip Elak Sakit Perut Sepanjang Berpuasa. Pesan Jangan Makan Banyak!

SAKIT PERUT BERPUASA, BAGAIMANA NAK ELAK?

Di bulan Ramadan ini ramai ke saya klinik mengadu simptom-simptom, pedih hulu hati, kejang perut, kerap bersendawa (masam), loya dan muntah, serta rasa panas di dada (heartburn).

Ini adalah tanda-tanda dyspepsia. Dyspepsia adalah kondisi pencernaan terjejas. Ada beberapa punca berlaku dyspepsia, antaranya; gastritis, peptic ulcer disease, atau gastroesophageal reflux disease (GERD).

Simptom dyspepsia ni secara umum mudah berlaku ketika berpuasa kerana perut kita kosong, tetapi perut tetap merembeskan asid. Ada orang, perutnya sangat sensitif dengan asid ni.

Jadi apa nak buat jika kerap kena dyspepsia sepanjang berpuasa ni?

ELAKKAN

– merokok serta minum minuman keras

– minum kopi, teh, minuman berkarbonat

– makan juadah pedas dan berminyak

IKLAN

– ambil NSAID(ubat tahan sakit) berterusan

– makan terlalu banyak semasa berbuka

– baring atau tidur selepas berbuka/sahur

– makan terlalu hampir waktu tidur

Doktor Kongsi Tip Elak Sakit Perut Sepanjang Berpuasa. Pesan Jangan Makan Banyak!

AMALKAN

– berbuka awal(tak usah tangguh)

– sahur lewat (bukan sebelum tidur)

IKLAN

– makan porsi kecil dan berulang

– sahur dengan makanan tinggi serat

– tidur yang mencukupi

– minum air kosong secukupnya

– bertenang(kurangkan stress)

Doktor Kongsi Tip Elak Sakit Perut Sepanjang Berpuasa. Pesan Jangan Makan Banyak!

BILA PERLU JUMPA DOKTOR?

1. Sakit perut yang sangat kuat. Doktor akan beri ubat kurangkan rembesan asid dan ubat sokongan yang lain.

IKLAN

2. Jika muntah, ada darah segar, atau berwarna merah kehitaman. Itu tanda pendarahan di perut.

3. Najis berwarna hitam legam. Juga tanda pendarahan di perut.

4. Perlu MC. Namun, doktor akan hanya beri jika anda benar-benar layak.

Doktor Kongsi Tip Elak Sakit Perut Sepanjang Berpuasa. Pesan Jangan Makan Banyak!

Semoga bermanfaat!

Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

Salam Ramadan

Artikel Berkaitan:

Selain itu:  Doktor Jelaskan Air Bunga Cengkih Boleh Legakan Batuk, Sakit Tekak & Selesema. Tapi Bukan Bunuh Virus Covid-19!

Ini Sebabnya Kenapa Badan Rasa Lemah Setiap Kali Lepas Berbuka Puasa

Amalkan Kaedah 3S, Rahsia Kekal Cergas & Tak Letih Sepanjang Berpuasa

Gadis Kongsi Tip Pilih Bauan Paling Sedap, Di Kedai Barangan Penjagaan Diri Popular

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI